Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Saturday, January 8, 2011

Domain dan Hosting Percuma Daripada Mrnamie.com dan Weirdobytes

12:04 AM Posted by freezer_91 3 comments
-a picture by MrNamie.com-
Contest ini boleh didapati di sini...

Taman Maju Selalu, Kota Bharu

6 Januari 2011
8.00 malam

Senja sudah berlabuh apabila Afir sampai di rumahnya dari KBMall. Petang tadi, dia dan berjanji untuk keluar bersama rakan-rakan sekolahnya dahulu, memang sudah lama rasanya dia tidak berjumpa dengan mereka sejak mereka berpecah untuk mengejar impian masing-masing. Letih membalut seluruh tubuhnya dan rasa penat berpaut di seluruh sendinya. Sebaik melangkah masuk, terus dia menghempapkan tubuhnya di atas sofa. Berbaring seketika dengan harapan rasa letih dan penat itu akan terusir pergi.

Afir penat. Hampir satu hari dia bersama-sama dengan rakannya, pada mulanya mereka hanya berjanji untuk keluar makan bersama sahaja, namun dek kerana sudah lama tidak berjumpa, mereka pergi bermain boling dan go-kart tadi. Penat. Itulah yang mampu diluahkan.

“Blog aku tak update lagi hari ini”, getus hati kecilnya.

Akibat daripada getus hati tersebut, dia terus bangun, menuju ke arah biliknya. “Afir, tak nak makan dulu ke?”tanya emaknya.

“Kejap lagi mak, Afir nak mandi dulu ni”, Afir membalas.

Tangannya lantas mencapai tuala dan terus meluru masuk ke dalam bilik mandi.


9.15 malam

Afir baru sahaja selesai mandi dan menunaikan solat. Dia lantas keluar dari biliknya dan menuju kea rah bilik ibunya.

“Mak dah makan? Afir nak makan dah ni”, ujar Afir.

“Mak dah makan dulu tadi, tunggu Afir lama sangat”, maknya membalas.

Afir segera ke dapur, sekarang perasaan penatnya sudah hilang, dibawa oleh air yang mencucuri badannya tadi. Dia kembali segar.


11.00 malam

Afir masuk ke dalam biliknya. Dia baru sahaja habis melihat rancangan tv kegemarannya, CSI. Sebuah cerita yang berkisarkan penyiasatan pihak polis terhadap kes pembunuhan. Afir terlalu kagum dengan cerita tersebut, sehinggakan kalau terlepas satu episode pun, dia akan terasa amat rugi.

Afir terus menghempapkan badannya ke atas katil, memejam matanya. Namun, setelah 30 minit berlalu, ternyata, dia masih belum dapat melelapkan matanya. Dia teringatkan satu perkara yang amat penting. Lantas, tangannya menekan butang pada laptopnya. Azamnya pada tahun ini adalah untuk meng-update blog setiap hari. Hari ini dia masih belum update blognya lagi.


7 Januari
12.15 pagi

Selesai tugasnya pada hari ini, azamnya masih lagi belum lebur, masih lagi dapat update blog setiap hari. Dia terus merayau-rayau di laman web kebiasaannya. Biasanya setiap malam, dia akan menajamkan lagi skil “design”nya. Mala mini juga tidak berkecuali.
Dia sedang mencari tutorial yang sesuai dan dapat menarik minatnya. Jumpa!


1.45 pagi
Buat kali terakhir, sebelum dia pergi tidur, tangannya meng-klik pada dashboard blognya. Manalah tahu takut-takut ada yang baru selesai update blog yang di-follownya.

Lirik matanya tiba-tiba tertarik pada satu entri dari blog kegemarannya.

“Baru update agaknya, interesting juga ni.”

Entri yang membuat hatinya bagai hendak melonjak kegembiraan. Bagaikan hendak keluar melompat di luar sahaja hati tersebut. Dia membaca berkali-kali, dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan, dari barat daya ke timur laut, dari barat laut ke tenggara, tapi ternyata, dia tidak silap lagi.


Sebelum ini dia hanya pernah menyertai sekali sahaja contest, iaitu peraduan menulis oleh Cik Latifah. Memang, sudah banyak contest yang ada di blog-blog lain, tetapi ternyata hadiah yang ditawarkan tidak dapat menarik minatnya seperti contest yang dibuat oleh Cik Latifah. Ternyata, kali ini, sudah pasti, contest yang kedua akan disertainya.

Terpampar di skrin laptop. Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang.

Tempat pertama
(Pakej3) domain dan hosting tajaan Weirdobytes
2Gb webspace
20Gb bandwidth
Unlimited addon domains
Pengiklanan secara percuma di MrNamie.com dan semuabest.com selama 1 bulan
kesemuanya bernilai RM115
Tempat ke-2
(Pakej2) domain dan hosting tajaan Weirdobytes
500mb webspace
5Gb bandwidth/month
unlimited addon domains
Pengiklanan percuma di mrnamie.com selama 1 bulan
kesemuanya bernilai RM85
Tempat ke-3
(Pakej1) domain dan hosting tajaan Weirdobytes
200mb webspace
2Gb bandwidth/month
unlimited addon domains
kesemuanya bernilai RM55


Memang tepat pada masanya. Dia memang menginginkan perubahan pada blognya. Dia menginginkan domainnya yang sendiri. Dia ingin menjadikan blognya adalah satu blog yang berkisarkan tentang hidupnya dan juga gerak kerjanya. Dia ingin melibatkan diri lebih jauh lagi dalam bidang motion graphic. Pengalaman 3 tahun baginya masih belum cukup. Bermula dengan mendapatkan domain sendiri inilah, dia akan memulakan gerak kerjanya. InsyaAllah.

“Mungkin ini gerak kerja bersama antara MrNamie.com dan Weirdobytes,”getus Afir.

Weirdobytes, tidak pernah didengari sebelum ini. Rupa-rupanya, Weirdobytes ini adalah promosi untuk membuat domain dan hosting.


-a picture by Weirdobytes-

Namun, jam sudah menunjukkan pukul 2.35 pagi. Sudah lewat jika ingin menulis sekarang.

“Aku tulis entri malam ni lah”, Afir bertekad.


11.00 malam

Seperti biasa, dia baru sahaja selesai melihat siaran ulangan CSI. Walaupun episode itu telah berkali-kali dilihatnya, tidak pernah rasa jemu menjengah ke dalam dirinya.

Seharian dia berfikir tentang contest yang bakal disertainya. Memikirkan bagaimanakan sesuatu entri itu boleh dianggap kreatif dan menarik? Dari saat ke minit, minit ke jam, itulah yang difikirkannya.

Akhirnya, dia mendapat idea. Dia ingin mencuba nasib dengan membuat cerpen. Afir segera membaca syarat-syarat penyertaan.

Syarat yang pertama adalah membuat satu entri berdasarkan contest tersebut.

“Hurmm, baik aku mula menulis sekarang.”

“New Post” dikliknya, dan tangannya segera menetak papan kekunci laptopnya.

Setelah selesai, dia segera ke syarat kedua iaitu tag 3 orang rakan lain.

“Siapa agaknya ya?” Afir termenung seketika.

“Aku nak tag....”




Cukup 3 orang.

“Janganlah ada orang salah faham sebab aku tag semuanya perempuan”, Afir tersenyum sendirian.

Dah siap syarat kedua. Terus meluru ke syarat ketiga.

Mesti letakkan picture contest itu dalam entri tersebut. “Done..dari mula-mula tadi lagi dah letak kat atas tu.”

Syarat keempat terus ditelitinya.

Letakkan link ke entri ini.
“Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai contest ini, dia bolehlah melayari MrNamie.com. Contestnya berada pada link ini.”

Teringat dia ketika mula-mula membaca MrNamie.com.

Masa tu, dia sahaja membaca tips-tips untuk mantapkan lagi penggunaan DSLR. Maklumlah, sudah lama cita-citanya untuk memiliki DSLR. Sudah banyak laman web yang dilayarinya, semua ayat yang digunakan ‘grand’ sangat. Susah nak faham. Adalah satu artikel tentang DSLR, di situ adalah diceritakan beberapa tips untuk menggunakan DSLR, dan ada juga diselit laman web seperti Cursingmalay dan juga MrNamie.com. Dia terus klik pada dua-dua laman web tersebut. Cursingmalay adalah salah satu laman web yang sangat banyak infonya. Tapi, MrNamie.com juga tidak kurang juga, penerangannya terhadap DSLR memang mantap. 

"Simple yet meaningful". 

Mudah difahami. Sebenarnya, aku tak naklah perkara yang mendalam sesangat, Cuma nak tahu apakah itu aperture, ISO, etc., dan MrNamie.com telah banyak membantuku.

Dia terus tersedar dari lamunannya. Syarat terakhir, letakkan link entri di komen.

“Akhirnya, siap juga cerpen aku.”

Terus dia membuka laman web MrNamie.com dan menghantar komen. Berakhirnya sebuah cerpen.

Sekadar pemberitahuan, contest ini akan tamat pada 31 Januari 2011.


Contest ini ditaja sepenuhnya oleh :

MrNamie.com : http://mrnamie.com/
                       &





-freezer_always-
-12.04 a.m.-
-8/1/2011-

Pencarian tidak semestinya berakhir dengan penemuan...

3 comments :