-a picture by ~WingedBlueberry of deviantart-
Taman Sudah Maju Sedikit
13 Januari 2011
6.45 petang
Sedang menunggu azan Maghrib, retina Afir tertancap pada warna gharib di dada langit. Matahari yang berbenang emas sedang menekat hamparan petang. Tenungan Afir bagaikan tercari-cari sesuatu di antara garisan langit dan bumi. Namun, bukan itulah yang Afir fikirkan sekarang ini. Fikirannya jauh melayang terhadap perbualan facebook chat antara dia dan rakannya tadi.
Baru sahaja dia ingin menekan butang 'x' di penjuru web browser, tiba-tiba muncul pop-up di laman facebooknya.
Azman : Assalamualaikum...
Afir : Waalaikummussalam...
Azman : Lama tak dengar khabar. Amacam? Sihat ke?
Afir : Alhamdulillah..masih lagi diberi kesihatan oleh Allah. Seminit lagi tak tahula, mungkin diambil nyawa pun kita tak tahu.
Azman : Haha..yelah.
Afir : Kau kat mana sekarang? Hari tu aku ajak keluar tak nak.
Azman : Dah siapa suruh kau ajak masa aku nak naik bas balik ke universiti?
Afir : Ye ke? Manalah aku tahu.
Azman : Yelah, kau tau si dia je kan. Ambil berat betul.
Afir : Errr...si dia?
Azman : Eleh, buat-buat tak tahu pula. Si dia tu Aminah la. Mana la tahu kan, jodoh kau ke tu.
Afir : MasyaAllah, apa kau cakap ni Man? Subhanallah, mintak jauhla benda-benda macam ni.
Azman : Larhhh, apa? Salah ke apa yang aku cakap? Aku tengok status dia saja...huhu
Afir : Jangan tuduh pelik-pelik Man, malu aku.
Azman : Bukan tuduh la, aku bagi cadangan saja. Mana la tahu kan, isteri kau nanti baka orang Arab tu, siapa yang tahu?
Afir : Hurmmm...jodoh tu di tangan Allah, kalau betul dia jodoh aku, takkan ke mana la. Tapi, tolonglah, jangan sesekali kau tuduh aku macam tu.
Azman : Yelah, aku minta maaf. Aku cuma nak usik kau je tadi.
Afir : Sudah-sudah la tu, nanti kan jadi benda besar pula, tak baik. Minta jauhla benda-benda gosip ni semua. Takut.
Azman : Oklah, aku nak out dulu. Assalamualaikum...
Afir : Waalaikummussalam...
Kicauan burung yang berterbangan pulang ke sarang masing-masing mengejutkan Afir dari lamunannya. Afir terkesima seketika melihatkan sekawan burung yang berterbangan. Afir merasakan bahawa dirinya juga termasuk dalam kelompok burung-burung yang terbang apabila pagi dan pulang apabila petang. Sejauh-jauh terbangnya burung itu, sesudah langit pudar sinarnya, ke sarang juga pulang akhirnya.
Begitulah nasib Afir. Dahulunya, memang terlalu jauh di tersesat, bergelumang dengan dosa yang tidak berkesudahan hinggakan hampir tiada harapan untuknya kembali ke jalan asal. Namun, segala-galanya adalah kehendak Allah. Selagi mana kita masih hidup di atas muka bumi ini, selagi itulah erti putus asa itu sepatutnya tidak wujud. Mungkin sekali kita hairan bahawa mengapa diri kita yang sangat hina ini terpilih untuk kembali ke jalan yang begitu suci ini, ini hanya dapat dijawab dengan "Allah masih sayangkan aku".
Namun, perkara yang baru berlaku petang tadi menggugat sedikit keimanannya. Apakah yang dilakukannya sehingga timbul perkara yang paling tidak diingininya? Entahlah, dia sendiri masih belum jumpa akan jawapannya. Mungkin hubungan dia dengan Allah masih lagi belum kukuh. Ya, inilah masanya dia bangkit kembali, menepis segala tuduhan. Aku ingin berubah!
Azan Maghrib berkumandang...
Wujudnya seorang lagi manusia yang ingin mempertingkatkan lagi ketakwaannya kepada Penciptanya...
-freezer_always-
-11.45 p.m.-
-15/1/2011-
Merangkak dalam bertaubat kepada-Nya...

0 comments :
Post a Comment