-a picture by ~Pedro of deviantart-
Persoalan itu terus aku bukukan di dalam hati,
Perhatianku hanyalah ke arah jalan yang aku ambil sahaja,
Sekali lagi lorong memotong,
Dan tetap tiada apa yang hendak dipotong,
Melihatkan kenderaan berpusu-pusu datang dari arah bertentangan,
Aku merasakan sangat asing berada di jalan ini,
Namun, aku tetap percaya kepada orang tadi,
Kerna dialah yang mahir dalam arah tuju jalan,
Sedikitpun aku silap,
Ataupun sedikitpun aku terkeliru,
Aku terus merujuk kepada beliau,
Pernah atau tidak dia melalui jalan ini,
Itu tidak penting,
Kerna aku tahu,
Setiap jalan yang dilaluinya adalah jalan yang lurus,
Lurus yakni bukan dari segi fizikalnya,
Tetapi lurus secara lahiriahnya,
Langit memendungkan dirinya,
Sesaat selepas itu, tekaan aku ternyata benar,
Hujan menimpa diriku,
Membasahi jalan,
Melicinkan jalanraya yang aku lalui,
Menyukarkan aku memandu dengan laju,
Mungkin hujan mengingatkan aku supaya memandu dengan perlahan dan berhati-hati,
Jalan yang berlubang-lubang,
Menyukarkan lagi perjalananku,
Menjadi penghalang daripada aku sampai ke destinasi lebih cepat,
Namun, apalah ertinya sebuah jalanraya jika ia terlalu sempurna,
Tanpa jalan yang berlubang-lubang,
Kabus tebal mula menghalang pandanganku,
Aku takut nanti kalau ada gaung di hadapan,
Dan aku tidak sempat untuk mengelak,
Dek kerana terhalangnya pandanganku oleh kabus tebal ini,
Aku lebih berhati-hati,
Supaya tidak mengambil langkah yang salah,
bersambung...
-freezer_always-
-1/1/2011-
-Menuju ke Puncak Banjaran Titiwangsa-
Mengerdilkan diri di hadapan-Nya...
0 comments :
Post a Comment