Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Thursday, December 30, 2010

Apabila Kita Bising Tentang Indonesia-Malaysia...

12:21 AM Posted by freezer_91 No comments

-picture of ~John Pecko of deviantart-


Mencari Yahoo Messenger untuk dilog masuk. Jumpa sahaja dia terus mengisi data-data yang diperlukan dan menekan butang "sign-in".

Seketika kemudian, muncul satu pop-up window.

Eli : Jom chat.

Afir : Ok juga, lagipun tengah boring ni. Menantikan cerita pukul 6.30 petang nanti.

Eli : Owh, cerita yang ganti Seribu Kali Cinta tu ke? Best ke cerita tu?

Afir : Eh..?
Eli : Betul la kan? TV3?

Afir : Eh, mana ada, Astro Ceria la. Cerita "Bukan Diriku". Tengok ketika ada masa je.

Eli : Owh, saya ingatkan cerita TV3 tadi. Saya kurangla cerita-cerita yangpenduduknya buat hal kat sini.

Afir : ...

Eli : Yelah, sokong lagi cerita mereka semua tu.

Afir : Ini seorang lagi, anti-Indonesia. Kenapalah awak cakap begitu.

Eli : Ya la, mereka semua mana ada nak terima cerita kita di negara mereka. Artis kita pun susah nak masuk ke sana. Mereka datang sini punyalah senang. Kita? Susah sangat-sangat. Lepas itu, pasal hal bola, sedap-sedap sahaja buat tuduhan palsu macam tu.



Tersenyum sahaja melihatkan kemarahan kawannya itu. Kawan ketika sekolah menengah dahulu. Cuma yang membezakan hanyalah dia terlebih dahulu mengambil SPM daripada diriku. Tetapi, hubungan kami tidak pernah putus, sentiasa berhubung walaupun melalui alam maya.

Melihatkannya bising tentang Indonesia. Indonesia. Negara jiran kita sendiri. Serumpun. Seagama. Namun, kata sahaja sejiran dan serumpun, ada sahaja pergaduhan yang ingin dicari hinggakan menyebabkan mogok sana mogok sini. Sekali lagi, saya ingin mengajak para pembaca, lihatlah keluasan tatkala terjadinya pergaduhan.

Bukanlah hendak mengatakan tidak membela negara sendiri tetapi aku juga pernah menghadapi situasi yang sama. Bahkan baru sahaja berlalu. Pergaduhan peminat bola sepak Malaysia-Indonesia di laman web facebook. Melihatkan negara Malaysia dicaci, dihina sebegitu rupa, rakyat mana yang tidak akan berang.

Mulalah mengeluarkan kata-kata kesat, dan seperti biasa kata-kata itu tidak akan berhenti setakat itu sahaja. Akan ada, semestinya akan dibalas balik dengan kata-kata kesat mencaci negara kita. Namun, itu semuanya adalah permainan syaitan semata-mata. Betapa seronoknya melihatkan umat Islam bergaduh sesama sendiri.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."

(Surah Ali ‘Imran : 103)


Terkesan. Itulah perkataan yang dapat diungkapkan apabila membaca ayat ini. Kita dahulunya diikatkan dengan perasaan kasih dan sayang terhadap sahabat sesama Islam. Oleh sebab itulah kita diselamatkan daripada kekufuran. Kerana kita berada di dalam nuansa orang-orang yang beriman! Tidak seorang pun yang dibenarkan jatuh. Jika ada yang jatuh, seribu bahu datang membantu. Tetapi sekarang, nampaknya kita sudah kembali ke jurang neraka. Ingin menjadi penghuni neraka. MasyaAllah.

Ingatlah, tiada siapa yang mampu menentukan negara yang akan dihuninya ketika lahir nanti, sama ada Malaysia ataupun Indonesia, ataupun Amerika. Itu semua adalah ketentuan Allah S.W.T., dan sudah tentu bukan di atas usaha atau darjat seseorang itu. Jadi, sebelum kita mula melemparkan kata-kata kesat itu, ayuh kita berfikir sejenak dan memahami keadaan dengan baik supaya kita tidak menyalahkan atau menghina sesebuah negara atas sebab kesalahan kecil yang dibuat oleh negara tersebut. Cuba kita fikir bagaimana jika kita berada di tempat mereka?

“...dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)."

(Surah al-Isra : 15)

Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukanlah salah kepimpinan negara tersebut. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda :

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan”

(Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Jika hal ini tidak diteliti, perkauman akan berlaku. Ya. Perkauman di dalam kalangan kaum Melayu sendiri. Janganlah kita begitu cepat menilai kata-kata media yang sekarang ini tidak boleh untuk dipercayai. Kita seharusnya menyiasat perkara ini terlebih dahulu, janganlah menjadikan orang lain sebagai mangsa. Martin Luther King pernah menyebut, “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.

Kita semestinya sudah tahu bahawa antara tujuan kita diciptakan berlainan negara, bangsa, dan agama adalah untuk saling kenal mengenali sesama kita.

"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya."

(Surah al-Hujurat: 13)


Sebagai penutupnya, ayuh rakan-rakan semua, baiki diri kita, tinggalkan persengketaan. Raikanlah persamaan dan terimalah perbezaan. Tiada gunanya kita bergaduh sesama kita. Ada pelajar di Indonesia, dan ada pelajar di Malaysia. Ada pekerja di Indonesia, dan ada pekerja di Malaysia. Tidak cukupkah untuk kita berdamai?

Ayuh kita majukan diri kita setapak lebih ke hadapan. Hulurkan tanganmu wahai sahabat-sahabat Malaysia dan Indonesia ku, kita bergerak memerangi Israel, membebaskan Palestin. InsyaAllah!!!~


p/s : Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya memenangi Piala AFF Suzuki dengan agregat 4-2. Kepada pasukan Indonesia, pasukan anda telah bermain dengan sangat-sangat bagus, tetapi mungkin rezeki berpihak kepada Malaysia pada tahun ini. Semoga kita dapat bersaing dengan sihat lagi di masa akan datang!




-freezer_always-
-12:21 a.m.-
-30/12/2010-

Monday, December 27, 2010

Perlukah Aku Menjadi Genius?

8:03 AM Posted by freezer_91 No comments

-a picture by ~Wisesam of deviantart-


Malam yang sangat tenang. Selesai sahaja mengulangkaji Organic Chemistry, Afir terus melangkahkan kakinya ke kamar Azman, seorang ikhwah yang sama-sama ditarbiyyah bersamanya. Pintu bilik diketuk. Salam diberi. Namun, tiada jawapan diberi. Sekali lagi perbuatan yang sama diulangi, pintu diketuk dan salam diberi. Masih lagi tiada jawapan.

'Mana dia ni? Tidur ke?'

Pintu tidak berkunci. Afir terus melangkah masuk tanpa disedari oleh Azman. Lalu terlihat Azman termenung jauh. Dia sedang melihat kertas jawapan Test 2 Differential Equation yang baru sahaja diberikan oleh pensyarah petang tadi. Dia melihat kertas itu jauh ke dalam sehinggakan ditembusinya kertas itu. Afir boleh meneka kenapa sahabatnya menjadi sedemikian.

Afir menggeleng kepala. Azman dihampirinya. Salam diberikan sekali lagi betul-betul di sebelah telinga Azman. Masih lagi tiada respon yang diberikan.

'Eh, Man ni dah mati rasa ke? Sampai salam aku pun tak dijawabnya'.

Afir semakin geram. Didekatinya Azman lalu memekik,

'Assalamualaikum!!!!!', pekik Afir.

Azman sedikit terlompat. Terkejut. Segera menoleh ke arah Afir.

'Ishh!!!Kalau masuk bilik orang bagila salam dulu!', Azman memarahinya sambil sebelah tangannya dihalakan ke pipi untuk mengesat kebasahan.

'Salam apekebendanya lagi. Aku bagi salam sebelah telinga kau pun kau tak dengar! Khusyuk mengalahkan orang solat!'

Azman hanya mendengus. Kembali melihat kertas jawapannya hinggakan kalau boleh, hendak sahaja kertas itu hilang dari pandangannya. Azman menangis, cukup ringkas percaturan yang dibuat oleh Afir. Dia tahu sebabnya. Peristiwa petang tadi jatuh ke benak fikirannya kembali.

Pukul 4 petang tadi...

'Afir...39/40'

'Azim...40/40'

'Adam...40/40'

Pensyarah terus membacakan markah test 2 DE. Sebelum itu, Azman masih lagi bergelak ketawa, masih lagi boleh tersenyum, bergurau. Tetapi, setiba sahaja gilirannya,

'Azman...11/40', ujar pensyarah.

Senyum di bibir Azman terus hilang. Usai sahaja habis kelas, dia terus menghilangkan diri. Hilang di lautan pelajar yang rata-rata ingin kembali ke bilik masing-masing. Sewaktu makan malam tadi pun Azman tidak keluar dari bilik walaupun sudah berpuluh kali pintu biliknya diketuk.

'Aku bodoh, Fir', keluhan Azman menyedarkannya.

'Dahla aku anak pesisir pantai, main-main pula, patutla markah aku rendah'.

'Bagi Adam, Azim, Khir, mereka semua tidak perlu mengulangkaji pun, mereka sudah berjaya, aku bodoh, Fir', titisan airmatanya terus menerus turun membasahi kertas jawapan.

Afir mencapai air 7up Revive yang baru sahaja dibeli sebelum datang ke sini tadi dan meminumnya. 'Oh, sejuknya, brrr, sejuk-sejuk', Afir bergurau. Tiada reaksi. Afir senyap, ingin mendengar segala keluhan Azman.

'Tak sesuai'.

'Test 2 hari itu, Adam tak memerlukan sejam pun untuk menyiapkannya dan mendapat markah penuh'.

'Tapi, walauapapun yang aku lakukan, aku masih lagi tidak boleh melakukannya, at least mendapat markah seperti mereka'.

'Belajar bersama-sama Adam, mengikut car-caranya belajar, mengikut segala perancangannya, sentiasa terlintas di benak fikiran aku,"Bolehkah aku menjadi sehebatnya satu hari nanti, non-stop Dean List, 4 flat setiap sem?". Tapi aku tahu itu semua tidak akan terjadi pada aku'.

Airmata terus menjadi saksi akan keluhan Azman itu. Teresak-esak dibuatnya.

'Betul semua yang kau cakapkan tu', Afir memulakan bicaranya.

'Adam boleh dikategorikan dalam kalangan genius alam, skillnya dalam kepimpinan sahaja boleh membuatkan dia seorang yang sangat genius'.

'Pada peringkat umurnya, menyelesaikan masalah yang sepatutnya diselesaikan oleh pelajar final year dalam masa tidak sampai 15 minit, memang tidak boleh masuk akal'.

Teringat dia akan peristiwa genius Adam. Adam, seorang genius yang dilahirkan dan tersesat di universiti ini gara-gara dia terlupa untuk mengisi borang ke luar negara. Pada minggu lepas, Afir sahaja ingin bergurau dan mengajaknya masuk ke kelas pelajar fnal year. Mereka masuk, dan nasib kami menjadi malang kerana Adam dipanggil oleh pensyarah untuk menjawab soalan di hadapan. Namun, soalan itu terlalu mudah dijawabnya, yang sepatutnya mengambil masa lebih daripada 45 minit, dia hanya menyelesaikannya dalam masa 15 minit sahaja. Sejak dari hari itu, dia terus menjadi bualan warga kampus. Pelajar 1st year yang tersangat genius.

'Jika dibandingkan dengannya, kau hanyalah seorang insan biasa, sama seperti orang lain', Afir menyambung perbualannya.

'Mungkin, mungkin jika kau berusaha dengan lebih gigih lagi, kau akan menjadi seorang yang lebih baik sedikit dibandingkan dengan insan biasa, aku rasa'.

'Tapi, bukankah itu sudah cukup?', Afir bertanya.

Soalan itu menimbulkan keraguan pada muka Azman. Ditenungnya muka Afir dengan penuh tanda tanya. Mana mungkin itu sudah memadai, dia tidak mahu hanya lebih sedikit sahaja dari orang biasa, tetapi, dia ingin menjadi manusia yang setaraf dengan Adam, Azim, dan mereka-mereka yang dianggap genius. Azman menantikan jawapan.

'Huh?', Azman pelik.

'Mengetahui batas kebolehan kita sendiri, dalam maksud lain, memahami apa yang kau sememangnya berupaya untuk membuat sesuatu itu'.

'....'

'Tidak kiralah apa pekerjaan sekalipun, belajar mahupun bekerja, orang yang betul-betul mendokong situasi terebut adalah mereka-mereka yang dianggap orang biasa di kalangan orang genius'.

'....'

'Tapi, tugas yang ditanggungjawabkan kepada orang biasa ini, tidak kurangnya dibandingkan dengan mereka yang genius. Walaupun kita melihatnya hanyalah biasa, kita tidak pandai, kita tidak mendapat fullmark, tidak boleh menjawab soalan dalam masa yang singkat, namun, itulah kelebihan yang ada pada diri kita sendiri'.

'....'

'Itulah sesuatu yang membuatkan kita lebih kuat dibandingkan dengan si genius. Itulah satu perkara unik yang ada pada diri kita. Kesabaran yang tinggi. Kegigihan yang tinggi'.

'Hurmm...', Azman mengeluh.

Afir bangun dari tempat duduknya dan membelakangi Azman.

'Hanya kita sendiri yang boleh jujur dengan diri kita sendiri. Dan aku tahu, kau juga boleh melakukannya. Terimalah diri kita ini seadanya, kerana tugas kita lebih berat daripada yang genius. Berdirilah, bukakanlah semangat kita, tunjukkan bahawa kita juga boleh berjaya. Bahkan lebih lagi.'

Afir melangkah untuk keluar dari bilik. Dia terdengar keesakan tangisan rakannya itu semakin kuat. Dibiarkannya sahaja begitu.

'Pernah Adam Smith mengatakan bahawa keputusan yang terbaik dalam sesebuah kumpulan akan keluar apabila semua ahli kumpulan melakukan yang terbaik kepada dirinya sendiri. Tetapi bagi aku, kata-kata itu tidak pernah lengkap, kerana keputusan yang terbaik dalam sesebuah kumpulan akan keluar apabila semua ahli kumpulan melakukan yang terbaik kepada dirinya sendiri dan juga kumpulannya.'

Afir menguak pintu bilik dan meninggalkan Azman keseorangan. Menangis semahu-mahunya. Ditelan kegelapan malam...



-freezer_always-
-9:28 a.m.-
-27/12/2010-

Saturday, December 25, 2010

Peraduan Menulis : Idolaku, Inspirasiku

12:14 PM Posted by freezer_91 1 comment
Sedang khusyuk membaca novel yang baru dibelinya, InkHeart, tiba-tiba satu "Buzz!!!" kedengaran.

Pop-up window Yahoo Messenger kelihatan. Kawannya, Adam.

Adam : Salam. Maaf bertanya ya Afir. Ayah Afir dah tiada ke?

Afir : Haaaaaaaaaaaa??? Mana ada.. Ayah saya still ada la..

Adam : 0oooo.. Hihihihi.. Sebab Afir tak pernah sebut pasal ayah Afir..

Rasa geli dalam hati pun ada. Macam mana la dia boleh terfikir untuk bertanyakan solan macam itu kepada saya. Adam, sahabat baiknya, sama-sama ditarbiyyah sewaktu di sekolah dahulu, sama-sama mengharungi pahit getir dakwah. Suka duka sentiasa dikongsikan bersama. Mungkin jarak yang memisahkan kami membuatkan dia bertanya sedemikian. Ataupun mungkin saya tidak pernah bercakap dengan dia tentang ABAH! Pertanyaan dia itu telah menyedarkan saya dari tidur selama ini.

Baru kini saya sedar, bahawa mulut ini seringkali hanya menyebut perihal mama sahaja. Menurut kajian, semakin banyak kita berbicara tentang seseorang itu, semakin mendalam cinta kita kepadanya. Hati bagaikan dipanah halilintar, kenapa jarang sekali aku bercakap tentang Abah? Tak sayangkan abah? Tak ingat kat abah ke?

TIDAK!!! Mestilah sayang... Cuma...

Abah tak banyak cakap..
Abah kurang mesra..
Abah macam tak peduli..
Abah macam taknak mendengar..

Mungkin inilah manusia. Hanya melihat dengan mata kasar sahaja dan bukannya dengan mata hati.

Barangsiapa yang mahu melihat ke hadapan,
Tolehlah ke belakang
Kerana peristiwa manusia selalunya menyamai sejarah lalu

-Niccolo Machiavelli-


Berdasarkan cerita yang saya dengar dari mama, sewaktu saya kecil-kecil dahulu(ketika masih bayi), saya susah sangat hendak tidur pada waktu malam. Mungkin kerana takutkan gelap. Tatkala lampu terpadam, mesti saya terus menangis. Abah terpaksa menjaga saya, menahan karenah saya pada malam hari kerana mama perlu tidur untuk bekerja pada esok harinya. Abah tidak bekerja? Tidak. Abah bekerja juga pada paginya. Namun, kerana anaknya, dia sanggup menahan perasaan mengantuknya. Demi menjaga seorang insan yang bernama anak supaya tidak kesepian dan tidak keseorangan. Abah menahan keletihannya demi melihat karenah anaknya ini pada waktu malam yang susah sekali hendak tidur.

Selain itu, mama juga bercerita, selalunya abah yang bangun pada malam hari untuk membancuh susu untuk saya. Abah tidak mahu mama bangun kerana tidak mahu menyusahkannya. Dalam mamai, abah bangun, membancuh susu, tidak mahu anaknya kelaparan di malam hari.

Hari demi hari, saya semakin meningkat dewasa. Suatu malam, abah sedang menjamu selera. Ketika itu, saya dan kakak telah pun masuk tidur. Saya hanya bangun untuk ke tandas. Saya terdengar perbualan antara abah dengan mama.

"Nak tambah nasi lagi?" mama bertanya.

"Takpela, takut nanti tengah makam nanti, anak-anak bangun, lapar pulak diorang nanti", abah menjawab.

Walaupun nasi masih banyak, dia hanya menjamah sedikit sahaja kerana bimbangkan anak-anaknya.

Ada lagi....

Sentiasa sahaja kita mendengar tajuk cerpen, "My Hero". Tajuk yang mudah apabila dipandang, tajuk yang mudah apabila difikirkan. Namun, menjadi sesuatu yang amat berharga apabila kita betul-betul menghayati tajuk itu. Tidak kira, alam sekolah rendah, sekolah menengah, bahkan universiti, hero kita tetap sama. Abah. Cukup ringkas jika hendak ditulis bahawa abahlah yang menjadi pendorong kita selama ini, menyara keluarga, dan sebagainya. Namun, ingin saya tujukan satu persoalan di sini, pernahkah terdetik di hati kita, sewaktu menulis cerpen itu, untuk betul-betul mengenali hero kita itu?

Kak long pernah mewarnakan rambutnya ketika saya masih kecil lagi. Saya masa itu sangat kecil lagi(tadika rasanya), saya berada di dalam bilik abah dengan mama. Abah berasa sebak dan bercerita kepada mama tentang kak long. Pada masa itu, saya menganggapnya tidak penting. Namun, sekarang baru saya sedar betapa kasihnya abah kepada anak-anaknya. Itu baru rambut sudahpun sedih sedemikian.

Setiap kali ada perjumpaan di sekolah, saya hanya mahu mama sahaja datang, dan bukannya abah. Saya menganggap abah tidak pernah memahami pelajaran anak-anaknya. Tapi, pada satu hari itu, semasa saya darjah 6, ketika perjumpaan di kantin sekolah sempena dgn keputusan ujian pertengahan tahun, abah yang terpaksa datang, mama ada perkara yang hendak dilakukan. Saya sangat berat hati. Saya duduk jauh-jauh dari abah. Tetapi, kemudiannya, apabila saya diumumkan pelajar terbaik, abah datang memeluk saya. Pada masa itu, saya tidak terlalu terasa sebaknya, tetapi sekarang pada usia yang telah menginjak dewasa, peristiwa itu sentiasa bermain-main di kepala, dan mampu membuatkan saya menitiskan air mata kegembiraan.

Tahun 2008...

Sehari sebelum Peperiksaan Percubaan SPM 2008, saya terlibat dalam kemalangan dengan kereta. Boleh dikatakan agak teruk, luka di tangan, kaki, dan muka. Yang paling tragisnya adalah peperiksaan adalah pada keesokan harinya. Pada malam hari, abah sanggup keluar untuk mencari ubat walaupun sudah saya bagitahu bahawa saya tidak sakit langsung. Malam itu juga, abah terpaksa membatalkan mesyuarat asrama kerana tidak mahu meninggalkan saya. Mama disuruhnya tidur bersama-sama saya, supaya dapat menengokkan saya, kalau-kalau sakit akibat kemalangan itu kembali. Abah tidak mahu saya menduduki Peperiksaan Percubaan SPM, walaupun saya tahu, perasaan menggunung tinggi di dalam hati untuk melihat saya berjaya. Namun, saya gagahkan jua diri ini untuk menghadiri peperiksaan demi tidak mengecewakan harapan abah dan mama.

Ketika ingin mengambil keputusan SPM, hanya mama yang menemani saya. Alhamdulillah, saya mendapat keputusan yang agak baik. Sampai sahaja ke rumah, saya terus mencari bah dan menunjukkan keputusan kepadanya. Namun, abah hanya tersenyum kecil sahaja. Ketika itu, hati saya agak terguris, tidak cukup baikkah keputusanku ini? Persoalan itu terus bermain-main sehinggalah saya mendapat jawapan. Di sebalik senyuman kecil itu, tersimpannya suatu impian yang sangat besar, impian untuk melihat anaknya berjaya, melihat anaknya menjadi seseorang yang berjasa kepada agama, bangsa, dan juga negara.

Lagi dan lagi...

Sekarang, saya sudah diterima masuk ke salah sebuah universiti. Setiap hari, mama akan menelefon untuk bertanya khabar. Dan setiap kali itu jugalah ketika saya bercakap dengan mama, ada suara sayup-sayup di belakang mama. Sedarkah diri ini, siapa yang berada di sebelah mama pada masa itu? Siapa ya? Cukup hanya dengan menjawab di dalam hati masing-masing. Walau tidak dibagitahu sekalipun, kita sudah punya jawapannya.

Ya. Abah orangnya.

"Abah ni, selalu je cakap kat belakang, apa salahnya abah cakap terus".

"Entahlah abah tu, mama pun tak tahu", kata mama.

Kenapa abah tidak pernah hendak bercakap? Tidak mahu mengetahui perkembangan saya? Tidak dan sesekali tidak. Sebaik sahaja mama mematikan telefon, abah terus menyoal mama bagaimana saya, sihatkah saya, sedang buat apa, bila nak balik.

Perangai abah macam mana??

Abah seorang yang tak banyak cakap...
Seorang yang tak pandai meluahkan perasaan...
Seorang yang tak pandai nak mendamaikan hati...

Tapi jauh di lubuk hatinya, semua perasaan yang kita anggap tidak pernah wujud atau tidak ada itu sebenarnya tersemat rapi dan setiap hari mekar mewangi. Sememangnya lumrah lelaki untuk berkelakuan sedemikian rupa. Jenis yang tidak dapat untuk meluahkan apa yang dirasakan oleh mereka. Bagi golongan Adam, memendam itu lebih baik daripada meluahkannya. Jauh berbeza dengan kaum Hawa.

Abah juga adalah seorang yang sentimental. Pernah sekali saya tengok abah termenung di tepi cermin seorang diri. Abah seakan-akan berbual dengan seseorang.

“Eh, abah tengah buat apa tu?”, getus hati saya.

“Meow2 duk kat luar je ye. Meow takleh masuk rumah, nanti mama marah. Tidur baik-baik ya", kata abah kepada kucing peliharaan kami.

Kadang-kadang lawak juga abah ni ya.

Kita sambung lagi...

Pada waktu itu, saya sedang berehat di atas katil sambil berbual dengan mama melalui telefon bimbit dan mama bertanya, taknak cakap dengan abah? Boleh juga. Bukannya senang abah nak bercakap dengan anaknya.

"Adik, bila balik cuti?", abah memulakan bicara.

"Lambat lagi abah, hujung tahun ni kot".

"Kenapa lambat sangat? Abah ada beli baju untuk adik ni. Nanti boleh la adik pakai".

"Eh, abah beli baju? Nanti balik adik ambil la".

"Yelah, sebab tu abah tanya adik cuti bila".

Perbualan antara kami senyap seketika. Tiba-tiba kedengaran satu suara teresa-esak di hujung telefon.

"Abah, kenapa ni abah", saya bertanya.

"Lamanya abah tak dengar suara adik, abah tak tengok adik", abah menjawab dengan suara teresa-esak.

MasyaAllah, mendengarkan kata-kata abah itu menyebabkan saya tersedar betapa pentingnya saya dalam hidupnya. Baru saya sedar, selama ini, saya hanya berbual dengan mama sahaja dan tidak pernah meminta untuk berbual dengan abah.

Sekarang sudah masuk cuti semester. Adat seorang pelajar, ingin qada' tidurnya yang tidak cukup ketika di asrama. Saya selalu sahaja bangun lewat. "Apalah anak abah yang seorang ni, bangun lewat je tahu. Cubala bangun tolong-tolong abah pagi-pagi", abah mengusik. Namun usikannya itulah yang sentiasa menyedarkan saya. Abah tidak akan sesekali memberi nasihat secara terus. Tentu ada sahaja perkara lain yang ingin dikaitkannya dan barulah dia menasihati anak-anaknya.

Setiap kali saya nak balik ke asrama, abah pasti membekalkan pelbagai nasihat. Abah selalu bekalkan saya dengan doa. Abah selalu memberi saya bekalan ubat. Dan apabila 'final exam' menjelang tiba, abah akan telefon, bertanya khabar, dan apabila saya bagitahu dia kekecewaan saya dalam menjawab peperiksaan, dia akan membalas, jangan risau, setiap malam ayah melakukan solat hajat untuk kamu.

Semasa saya berada di universiti, abah selalu bertanya tentang keputusan 'final exam' baru-baru ni. Sekarang baru saya sedar betapa menggunungnya harapan abah dan mama kepada saya. Kadangkala terfikir juga, mampukah saya untuk menanggungnya. Tapi, saya akan membuat abah dan mama tersenyum gembira dengan kejayaan saya suatu hari nanti.

Walaupun sudah 19 tahun berlalu, abah masih lagi tidak jemu untuk membuka pintu bilik saya setiap malam sebelum dia masuk tidur. Menjenguk saya dan berpesan supaya jangan tidur terlalu lewat.

Masih banyak lagi...

Jika hendak diceritakan semua, pasti tidak akan berhenti daripada menulis. Kerana baru kini saya sedar bahawa apabila bercakap tentang abah, terlalu banyak pengorbanannya kepada kita. Dan datang persoalan kepada saya, mampukah saya untuk membalas semua itu?

SAYA SAYANG ABAH!!!

SAYA SAYANG ABAH!!!

SAYA SAYANG ABAH!!!

Saya tetap anak abah sampai bila2. Walaupun saya sudah meningkat dewasa, saya tetap anak abah yang masih kecil itu. Saya tetap sayang abah. Tanpa abah, mama akan kesunyian, semangat mama tidak lagi utuh, mama akan kemurungan. Tanpa abah dgn izin Allah, saya takkan lahir di dunia ni.

Terima kasih abah....


Please tell the whole world who is your father..

What is so special about him?
Can you see and feel his love towards you?
How is that?

Let’s remember it again...
Hopefully, we’ll never forget him and we’ll always speak about him as much as we speak about our beloved mother.
Do you still have your father?
If not, I’m so sorry to hear that.

But, deep inside my heart...
I’ll be glad if you can share something about your father,
Coz in your typing,
Everyone else and I, will be able to see your love towards him,
Maybe not fully, but at least we do.

Once, there was a friend told me,

”Everyone is good for something.”

As for that, I’m quite sure,
Your father will be proud of you as who you are, because you are good for something and he knows it very well,
He loves you, he cares about you.

Let’s see...
In your eyes right now,
I can see it,
Your love towards him,
This is love,
The true love ever after.

Alhamdulillah..
May Allah bless all of us,
The One who give us this kind of love,
Thanks Ya Allah and I love You too, deeply, madly,
Insyaallah..



Sekianlah penulisan saya untuk kali ini.

Mungkin sesetengah daripada para pembaca sudahpun membaca tentang entri ini. Saya hanya menyalin dan hanya mengubah ayatnya sahaja.

Jika berminat boleh klik sini. Hadiahnya pun lumayan, insyaAllah.

Tarikh tutup peraduan adalah pada 31 Disember 2010

Saudari Latifah meminta untuk tag 3 orang. Jadi, orang yang di-tag adalah seperti berikut...

1) Nini

2) Kakak Anonymous

3) Fatin

Dah tiada orang nak di-tag. Tag aje lah yang kenal. ^^


-freezer_always-
-12:14 p.m.-
-25/12/2010-

Tuesday, December 21, 2010

Indahnya Zaman Itu...

7:25 AM Posted by freezer_91 2 comments

-picture by ~thymian of deviantart-


Baru-baru ini, ada seorang kawan rapat saya di YM bertanyakan saya.

Temanku: Eh, dah lama kita tak jumpa Asyraf kan?

Me: Haaaaaaaaaaaa??? Asyraf mana pulak ni? Ko ni, bia betul. Sape?

Temanku: Ishh!!!Kau ni. Kawan kita time kecik2 dulu la. Kan masa umur 7 tahun dia pindah ke Sarawak. Takkan tak ingat kot. Selalu je main-main masa kecik dulu.

Ingatan aku mula masuk kembali. Cuba untuk mengingati sepenuhnya. Sampai satu saat, ya!!!Ingat!! Rasa nak ketawa pun ada. Macam mana la boleh saya boleh lupa kawan baik sendiri. Mungkin saya dengan dia sudah lama tidak berjumpa. Saya dengan dia bagaikan isi dengan kuku, selalu sahaja main sama-sama ketika kecil dulu. Keluarga saya dan dia memang rapat. Pertanyaan rakan saya itu telah menarik saya kembali ke zaman dahulu. Termenung sendirian. Teringat kisah zaman kecil-kecil dahulu.

Bersuka-ria. Bermain di halaman rumah. Gelak ketawa tak habis-habis. Boleh dikatakan hidup ketika kecil memang tiada kekangan. Hidupnya penuh dengan suka sahaja. Selepas dari itulah, baru saya sedar, bahawa memang zaman kanak-kanak tiada gantinya.

Kita semua membesar dengan menonton G-Force, Transformers, Teletubbies, Sailormoon, Mickey Mouse, Ninja Turtles, Keluang Man. Tak lupa juga kita kepada Usop Sontorian. Animasi yang paling mantap la pernah tengok zaman itu. Sekarang ni boleh dikira sebagai Upin & Ipin la. Nanti dulu, tak habis lagi, sanggup tak nak pergi sekolah semata-mata nak tengok Dragon Ball. Dragon Ball dahla hari Ahad, dan di Kelantan, Ahad sekolah, dan terpaksa la kadang-kadang buat sakit perut tak nak pergi sekolah, sebab nak tengok Dragon Ball. Dulu-dulu, bangun awal je, pukul 7 pun dah bangun pada hari minggu, sebab? Mestila nak tengok kartun. Sekarang? Pukul 9 pun belum tentu bangun.

Habis je solat Asar, terus keluar pergi main-main entah ke mana. Lesap sekejap. Kawan-kawan yang ajak. Bukan saya yang nak pergi.:D. Nak dekat-dekat waktu Maghrib dah mula berlegar di kawasan rumah. Tapi belum masuk lagi, tengah bermain lagi. Main la apa-apa yang ada. Biasanya kalau malas nak pergi main jauh-jauh. Main dekat kawasan rumah sahaja. Badminton pun jalan. Teringt pula masa Thomas Cup. Tak ingat tahun berapa. Masa tu Malaysia lawan Indonesia, keputusan 2-2. Set terakhir semuanya mengharapkan Hafiz Hashim yang main. Hafiz masa tu memang terkenal. Habis satu Kelantan main badminton gara-gara dia. Biasala, anak Kelantan terkenal di serata dunia. Tapi, yang keluarnya abang dia. Hashim juga, tapi Roslin Hasim. Dan keputusan 3-2 Malaysia kalah. Walaupun dah Maghrib, belum masuk lagi, selagi Abah belum keluar memanggil suruh masuk. "Adik!!Masuk!!Gelap dah ni!!!". Masuklah saya ke dalam rumah. Jumpa esok pula ya kawan-kawan.

Keesokan paginya. Punyalah bangun awal nak pergi sekolah. Sebab abah tak nak jalan sesak. Biasanya, saya lah antara murid yang sampai paling awal sekali. Kemudian, duduk sahaja dalam kelas, tengok kiri, tengok kanan, termenung. Sampailah pukul 7 lebih, dah ramai kawan-kawan datang. Rehat masa sekolah rendah 45 minit rasanya. Bunyi je loceng rehat. Terus berlari pergi ke kantin. Sebelum orang ramai. Masa tu, duit bekal ke sekolah hanya RM1.50 sahaja. Dah lebih pada cukup dah tu. Air, 20 sen, nasi, 80 sen, seringgit semuanya. 50 sen lagi simpan, buat beli lepas tamat waktu sekolah nanti. Kadang-kadang dapat simpan penuh, RM1.50. Sebab makan Rancangan Makanan Tambahan(RMT). Bukan berniat jahat, tapi dah tak habis, cikgu suruh habiskanla. Apa lagi, makan la, dua bekas pun jadi.

Habis sahaja makan, terus berkumpul. Panggil ramai-ramai. Apa lagi, nak main la tu namanya. Main hide-n-seek. Kalau tak kena cari, memang la best, tapi masalahnya kalau kita yang kena cari, itulah yang menjadi masalah besar. Mulalah bagi alasan, lepas makan nak pergi perpustakaanlah, nak baca buku. Padahal dah tak nak main, sebab kena cari. Susah la macam tu. Tak suka. Habis sahaja waktu rehat, sambung esok pula.

Ada lagi...

Pernah sekali tu cikgu tanya. "Siapa sini ayah dia dah mati?". Saya pun masa tu macam blur je. Nak angkat ke tak. Tanya dulu kawan. "Eh, cikgu cakap apa ah?". Dan dengan yakinnya kawan saya terus jawab. "Kau angkat je, ayah kau kan dah mati". Saya pun angkat tangan. Dahla seorang pula tu. Lepas tu, cikgu bawa saya untuk disoal siasat. Mungkin untuk bagi biasiswa.

"Ayah awak dah mati?".

"Errr..".

"Err.. ye cikgu".

"Bila ayah awak mati?".

"Errr..minggu lepas cikgu".

"Jadi betullah ayah awak dah mati. Ayah awak Ab. Malek ni dah mati?".

"Eh???"

"Takla cikgu, ayah kepada ayah saya yang mati".

"Errr...", cikgu pelik.

"Ok, awak boleh keluar sekarang", cikgu memberikan arahan.

Masa itu, barulah saya sedar bahawa sudah dipermainkan oleh kawan saya sendiri. Huh. Malu yang teramat sangat.

Lagi dan lagi...

Pada suatu petang, matahari memancar terik. Cuaca panas. Tetapi tetap setia menunggu kehadiran bapaku yang tersayang untuk menjemputku di sekolah. Sampai sahaja abah, saya terus ambil beg, dan berjalan seperti biasa ke arah kereta. Tapi, entah macam mana, hari tu, langsung tak ingat bahawa kat depan ada longkang. Mata tak tahu letak kat mana. Jalan terus sahaja. Kemudian, dipendekkan cerita, kakiku sebelah telah terjunam masuk ke dalam longkang. Penuh air. Adoii. Macam mana la boleh lupa nak langkah longkang. Kan dah malu satu badan. Punya la malu, sampai boleh terfikir dah tak nak pergi sekolah dah.

Zaman kanak-kanak dahulu, pemadam lah senjata yang paling penting. Ya. Lawan pemadam. Siapa kalah, pemadam dia kena rampas. Siap buat liga lawan pemadam lagi. Tapi apakan daya, kalah di peringkat awal. Tapi asal cikgu tak masuk kelas, mesti lawan pemadam lah. Atau..atau..atau... Main tudung botol!! Ingat? Ambil tudung botol, jadikan bola. Memang best la. Menguji mata. Melihat benda sekecil tudung botol di kalangan pemain. Kadang-kadang, kecewa juga, sebab tudung botol habis. Sanggup bawa dari rumah sebab nak main. Ada satu hari, entah macam mana, tudung botol disepak terlalu tinggi dan lekat di atas papan hitam. Salah seorang dari kami pun panjatla papan hitam untuk ambil tudung botol tu, tapi sekali dengan papan hitam pun jatuh. Senyap. Cikgu datang bawa rotan. Habis satu kelas kena rotan. Yang tak bersalah pun kena sebab tak nasihat. Kan dah padan muka.

Ingat lagi tak cerita Dash Yankuro? Alaa, kereta Tamiya? Sanggup berlapar semata-mata nak kumpul duit nak beli kereta Tamiya. Mahal pula tu. Lepas beli, nak upgrade pula. Beli enjin sahaja. Yang paling tiptop la. Nak lawan, mana paling laju. Ingat tak?

Internet? E-mail? Youtube? Apa semua tu? Pelik benar bunyinya. CD? Apa tu? Yang tahu hanyalah kaset tape yang besar tu. Movie semua tengok guna benda tu je. Playstation? Apa tu. Yang pernah main hanyalah game yang guna tape. Itu pun dah kira canggih tahap tak ingat dah. Punyala mahal tape. Nak dekat RM60 per tape. Sekarang? Huh. Masa sekolah abah ambil, simpan dalam bilik, tak bagi main. Waktu cuti hujung tahun sahaja, mulalah main tak ingat dunia. Sampai nak meletup tv pun ada juga.

Siapa cakap dia tidak pernah main bola kaki tiga, memang, dia tidak punya zaman kanak-kanak. Ambil 3 selipar buat. Guna bola tenis, kalau bola tenis hilang. Guna bola sepak pula. Tapi kalau kena bola sepak tu, memang lebam-lebam la badan. Tapi seronok!! Pihak yang menang adalah pihak yang dapat bina balik selipar dalam masa yang tersingkat.

Akhir sekali, tanpa disedari, diri ini semakin hari semakin meningkat dewasa. Rakan-rakan sewaktu kecil dahulu semuanya berpecah. Ada yang pergi ke asrama penuh, MRSM, dan ada juga yang berpindah. Namun, kenangan sewaktu kecil adalah kenangan yang paling indah.

Jika kita tengok kanak-kanak zaman sekarang, mereka sudah ada facebook sendiri, telefon bimbit, main Playstation 3. Tiada lagi permainan galah panjang(choh bak kata orang Kelantan). Tiada lagi bola kaki tiga. Tiada lagi Usop Sontorian. Mungkin ada sesetengah, tetapi peratusnya amatlah sedikit.

Sekarang, budak-budak lebih terdedah kepada zaman teknologi. Teknologi yang semakin hari semakin berkembang pesat. Namun, itulah dunia, sentiasa berkembang dengan peredaran zaman. Mungkin 20 atau 30 tahun lagi, anak-anak kita sudah tidak kenal apakah itu Deng Dang. Yang tahu hanyalah eBay, Amazon, etc.

Itulah zaman yang tidak mungkin kita pernah lupakan. Walaupun kita sudah meningkat dewasa, zaman itulah yang membentuk kita menjadi kita hari ini. Menjadi seorang yang boleh berbakti kepada agama, bangsa, dan negara. InsyaAllah.

Tanpa disedari, diri ini tersenyum sendirian, mengenangkan betapa indahnya zaman kanak-kanak dahulu. Ingin sekali kembali ke zaman dahulu dan lihat bagaimanakah gelagat kita dahulu. Sentiasalah ingat zaman kanak-kanak kita, dan jangan sesekali kita lupakan sahabat yang bersama-sama kita dahulu. Kerana mereka, kita dapat mengenal erti hidup. Keseronokan bersahabat yang ada pada mereka. Jangan biarkan ia ditiup angin dan hilang seperti meletupnya buih-buih yang berterbangan di udara.

Everyone is good for something...

p/s : Terbaca akhbar Metro. Budak perempuan berumur 14 tahun dibunuh oleh rakan lelakinya yang berumur 15 tahun. MasyaAllah, betapa kejamnya dunia sekarang. Budak sekecil itu sudah pandai untuk membunuh. Apatah lagi orang dewasa? Sama-sama lah kita menghayatinya dan memohon agar kita semua dijauhkan dari benda-benda sedemikian.



-freezer_always-
-7:25 a.m.-
-23/12/2010-

Friday, December 17, 2010

Aku Sayangkan Kau...

5:10 AM Posted by freezer_91 3 comments

-picture by ~Hidden-target of devianart-



Dari Islam aku temui keindahan,
Dari keindahan aku temui kecantikan.

Dari solat aku temui kedamaian,
Dari kedamaian aku temui penyelesaian.

Dari al-Quran aku temui kebenaran,
Dari kebenaran aku jauhi kesesatan.

Dari hadis aku temui pedoman,
Dari pedoman aku temui jalan.

Dari qiam aku temui kekuatan,
Dari kekuatan aku jumpai kelemahan.

Dari Dhuha aku temui keinsafan,
Dari keinsafan aku temui kekhilafan.

Dari dirimu aku temui PERSAUDARAAN...

Ya. Persaudaraan. Kadangkala kita tidak sedar bahawa persaudaraanlah yang boleh membawa kita ke syurga. Persaudaraanlah yang boleh menarik kita kembali ke jalan yang benar. Persaudaraan jugalah yang senantiasa mengisi masa kita.

Kita kadangkala tidak pernah hendak menghargai sahabat kita. Tidak pernah hendak mengambil tahu hal-hal dia. Dan yang paling penting sekali, kita berani membiarkan sahabat kita keseorangan.

Tahun 2009, aku masih lagi muda. Berada dalam tahun pertama sesi pengajianku.

Aku baru pulang dari kuliah. Badan sudah mula mencucuk-cucuk. Mata sudah mula layu. Katil sudah memanggil. Aku segera merebahkan badan ke atas katil. Azan Zohor sedang berkumandang. Aku melihat Adam sudah bersiap sedia untuk ke masjid. Berjemaah. Baru ada kekuatan sikit katanya.

"Ah, biarkanlah si Adam tu, bab jemaah memang dia tidak pernah tinggal, nanti aku solat sendiri la", getus hati kecilku.

Baru sahaja mata aku ingin terlelap, Adam bertanya, "Afir, jom ke masjid, baru dapat pahala banyak sikit". Aku menggeleng kepala tanda tidak mahu mengikutnya. "Alaaa, jom la kejap je pun, kejap lagi kau tidurla", Adam terus mendesakku. Aku tetap tidak menjawab pertanyaannya. Aku segera membelakangkan tubuhku kepadanya. Menandakan aku tetap dengan keputusanku. Ingin solat sendirian sahaja di bilik.

Selesai sahaja solat Zohor di bilik, Afir termenung sendirian. Merenung jauh perlakuannya tadi. Betapa hinanya diri dia apabila membiarkan sahabatnya tadi. Sedangkan sahabatnya itu sudah banyak membantunya. Sahabatnya itu jugalah yang senantiasa mengajaknya ke arah kebaikan. Namun, perasaan bersalah itu tidak kekal lama, aku kembali menjadi diri aku yang dulu sebaik sahaja bangun dari tikar sejadah.

Selepas solat, aku terus cuba menyiapkan assignment DE yang baru sahaja diberikan oleh lecturer tadi. Perut berbunyi. Menandakan masuknya waktu makan. Aku mencapai duit dan terus pergi ke kedai Pak Ali.

Selesai makan, aku terus masuk ke bilik tanpa singgah ke mana-mana. "Eh, Fir, jom pergi makan, aku tunggu kau dari tadi lagi, lapar la", Adam bersuara. Aku terkesima buat sementara. Akal fikiranku ligat mencari alasan. "Err, kau pergi la makan dulu, aku tak lapar la hari ni",aku memberi alasan.

Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi.

Adam segera bangun untuk menunaikan tahajjud. Melihatkan Afir masih lagi nyenyak tidur. Adam mengejutkannya. "Fir, bangun, jom tahajjud", Adam berusaha mengejutkanku.

"Taknakla, ngantuk sangat ni, tengokla kalau aku rajin aku bangunla. Kau pergi la solat dulu", aku menjawab. Adam terus pergi mengambil wuduk dan segera menunaikan solat malam.

Azan Subuh berkumandang. Sekali lagi Adam mengejutkan aku untuk solat berjemaah di masjid. Jawapannya tetap sama. Tidak. Seminggu, boleh kira berapa kali aku ke masjid. Terlalu sedikit. Kadang-kadang dalam seminggu tu, tiada sekalipun pergi ke masjid. Kecuali Solat Jumaat la. Tambah-tambah lagi waktu subuh. Memang ligat.

Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi.

Aku bingkas bangun untuk menunaikan solat Subuh. Selesai sahaja berdoa, dia kembali teringat akan kata-kata Adam malam tadi. "Afir, aku nak cakap dengan kau sikit tau malam ni. Penting sangat-sangat. Jangan lupa tau. Lepas Isyak ok tak", Adam bertanya. Aku hanya mengiyakan sahaja soalan itu. Lagipun, memang mereka akan selalu berbual pun selepas Isyak. Namun, sebaik sahaja menunaikan solat Isyak, aku terus mati. Nyenyak dibuai mimpi.

"Pelik la Adam malam tadi. Entah apa la yang penting sangat", aku berbisik.

Siang berganti malam. Malam berganti siang. Minit bertukar jam. Jam bertukar hari. Hari bertukar bulan. Bulan bertukar tahun. Begitulah kehidupan. Masa terlalu cepat. Tidak kira kita menggunakannya ataupun tidak, itulah masa, sentiasa berlalu pergi.

Sekarang, aku sudah berada di tahun terakhir pengajianku di sini. Terasa indah apabila ingin menamatkan pengajian tidak lama lagi. Aku termenung jauh. Mengimbau kembali si dia. Ya. Si dia yang telah pergi menemui Yang Maha Esa.

Dalam tahun keduanya, Adam telah dimasukkan ke hospital akibat kanser tulang yang dihadapinya. Kini, kanser yang dihadapinya sudah masuk ke peringkat akhir. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Adam hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh. Mendengarkan penjelasan doktor, jantung aku bagaikan ingin luruh ke bumi. Aku tidak tahu bagaimana ingin menerimanya. Adam, sahabat karibku.

Selang seminggu, Adam menghembuskan nafas terakhirnya. Sebelum Adam meninggal dunia, Adam sempat menulis sepucuk surat kepadaku. Dia menyuruh keluarganya memberikan surat itu kepada aku sebaik sahaja dia menghembuskan nafas terakhirnya.


Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan kami sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun, andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia dan Engkau. Maka tiada tangguh untukku berundur dari hidupnya. Kerana, saat aku memohon teman yang menghembuskan keimanan dan Engkau anugerahkan dia menjadi pohon singgahsana agar rimbunannya menjadi teduhanku dari bahang kemarau yang berpanjangan. Bagaimana mungkin Kau meminta dia dariku sedang nyata aku dan dia adalah milik-Mu. Pada-Mu ku serahkan dia andai itu mahar keredhaan-Mu. Kerana saat Engkau hadirkan pertemuan itu. Telah aku redha akan sebuah perpisahan. Dan jikalau hadirku tidak menambah teduh. Biarlah gugur menjadi baja. Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergianku ini menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah. Biarlah ia jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang gugur tidak akan sesekali membenci angin. Afir, maafkan aku kerana tidak dapat menjadi sahabatmu yang terbaik. Yang dapat mengajakmu ke arah kebaikan. Yang dapat mengubahmu menjadi seorang da'i yang sangat berjaya. Maafkan aku. Aku gagal. Maafkan aku wahai sahabat. Maafkan aku.

Sahabatmu,
Adam


Airmata terus berlinang membasahi surat tersebut. Tanpa disedari, Adam terlalu banyak memberi nasihat-nasihat yang membina kepada dirinya.

"Afir, kau janganlah tengok movie banyak-banyak sangat. Sebab itu akan membuatkan kau lalai dalam menunaikan tanggungjawab kau sebagai hamba Allah di muka bumi ni".

"Afir, jom join halaqah aku nak tak".

"Afir, kurangkan makan, nanti berat pulak nak beribadah".

"Afir, jom ke masjid?"


Berapa banyak kalikah aku mengambil nasihatnya itu? Kalau hendak diibaratkan boleh dikira dengan jari-jemari sahaja.

Namun, itulah sejarah. Ternyata, seseorang yang ingin maju ke hadapan, hendaklah dia menoleh ke belakang. Kerana perkara yang belakang itulah yang banyak memberi pengajaran kepada kita.

"Abang Afir, jomla kita start, semua dah datang ni",ajak mad'u aku.

"Ok, jom kita start, Azim jadi MC ya hari ni".

Adam, tidakkah kau melihat. Aku sudah mempunyai mad'u sekarang. Mampu untuk mendidik anak-anak kecil untuk menjadi pemangkin ummah seperti engkau! Aku ingin mereka mengerti betapa pentingnya sahabat. Ya, sahabat yang berlandaskan iman. Sahabat seperti engkau.

Adam. Telah diriwayatkan sesungguhnya orang yang berkasih sayang kerana Allah, apabila salah seorang dari mereka mati kelak, maka masuklah dia ke dalam syurga. Namun, dia tidak akan masuk syurga melainkan dia mencari saudaranya dan dia berkata,"Wahai Tuhanku, di manakah sahabtku yang aku kasihi kerana Allah? Aku ingi masuk syurga bersamanya". Maka masuklah dia ke dalam syurga bersamanya. Walaupun kau sudah tiada lagi, namun kasih sayangmu tetap aku rasai.

Ini kerana satu yang menghubungkan kita. Ukhuwah Imaniah...

Aku sayangkan kau Adam...


-freezer_always-
-17/12/2010-
-5:10 a.m.-

Thursday, December 16, 2010

Tuhan Sudah Berbuah...

12:08 AM Posted by freezer_91 No comments

-picture by ~eskimoblueboy of devianart-


Suatu pagi di tahun 2008...

Jam menunjukkan 10.00malam.

"Exam dah nak dekat, jom kita qiam malam ni nak tak?" tanya Afir kepada kawan-kawanya melalui YM Conference. "Boleh juga, nanti kau tolong kejut aku pukul 4.30 pagi.". Semuanya setuju dengan cadangannya itu. Terdetik rasa kagum dan bangga dengan rakan-rakan mereka semua. Persediaan untuk SPM, semoga keputusan kami semua cemerlang pada tahun ini.

1 hari selepas SPM 2008 berakhir...

"Eh, jom qiam lagi nak tak malam ni?"tanya Afir.

"Err, aku tak boleh rasanya kot, aku hajat nak stay up malam ni, nak marathon movie"...

"Aku pun sama juga, tak boleh kot, kau sorang jela"...

"Aku nak tidur la malam ni"...

"Aku hajat nak habiskan baca novel yang baru aku beli la malam ni"...

"Aik? Kenapa dengan diorang ni semua?" getus hati kecilku sendirian. Aku terpinga-pinga sendirian. Waktu yang sama, hajat yang sama, yang berbeza hanyalah 1 malam selepas Peperiksaan SPM selesai.

Aku termenung sendirian. Berfikir mengapa perkara ini boleh terjadi. Namun, fikiran itu hanyut dibuai masa.

Sekarang 2 tahun sudah berlalu. Aku sudahpun diterima masuk ke salah sebuah universiti terkenal di Malaysia. Universiti Tarbiyyah Pendakwah. Namun, fenomena yang sama turut berlaku di sini.

Seminggu sebelum final exam, berpusu-pusu umat manusia ke masjid, begitu ramai orang yang tidur di masjid semata-mata untuk qiam. Namun, sehari sahaja selepas final exam berakhir, semuanya hilang. Masjid gelap gelita. Suram seperti biasa.

Namun yang berbezanya sekarang, aku sudah mendapat jawapannya. Ya, Tuhan sudah gugur. Dan Tuhan hanya berbuah sebelum final exam. Jadi, bolehlah kita menyimpulkan bahawa Tuhan ini ada musim-musimnya juga. Betulkah begitu?

Mungkin fenomena yang berlaku hampir di setiap sekolah dan universiti apabila tibanya musim peperiksaan.

Tiap-tiap malam diadakan solat hajat.

Selepas solat hajat, disambung pula dengan solat taubat.

Pagi-pagi ramai yang baca Al-Quran, istiqamah.

Ma'thurat tidak pernah ditinggal.

Solat malam turut didirikan.

Doanya khusyuk dan sujud dipanjangkan.

Namun, semua itu hanyalah bersifat sementara. Hilang ditiup angin selepas musim peperiksaan. Tuhan hanya dicari ketika adanya keperluan, perlunya pertolongan, dan perlunya tempat merintih. Menjadikan Tuhan adalah seperti "buah yang ada musimnya". Jika kita lihat kepada keluasan, ia hampir berlaku kepada hampir semua manusia, di setiap peringkat, pada mana-mana zaman sekalipun.

Diri sendiri ini pun selalu sahaja menjadikan Tuhan itu adalah "keperluan bermusim". Namun, diri tidak pernah sedar dari kesilapan itu. Afir termenung sendirian. Betapa hinanya diri ini. Sedih melanda dirinya.

Solat istikharah hanya ketika ingin bernikah sahaja.

Berdoa ketika datangnya kesusahan.

Datang ke surau dan masjid ketika urusan dunia terasa payah diharungi.

Namun ketika Allah telah menurunkan pertolongan-Nya, dia kembali kepada keadaan asalnya.

"Alah, baru pukul 6, Maghrib pukul 7:15, nanti pukul 6.45 aku sembahyanglah."

"Baca Al-Quran? Kan dah baca semalam. Hari ni tak payahla. Yasin malam Jumaat dahla." (Itupun kalau dia nak baca dan di surau tempatnya pergi ada buat bacaan yasin. Bila dengar kononnya baca yasin di malam jumaat bid'ah, lagilah tak buat)

"Mengapa? Mengapa ini semua terjadi?"keluh Afir terhadap dirinya.

Manusia. Manusia. Memang itulah yang menjadi kebiasaan manusia. Fitrah manusia tidak akan mampu keseorangan, tidak akan mampu menanggung segala kesusahan keseorangan. Kita semua memang akan kembali kepada Tuhan apabila telah menemui kebuntuan, kesusahan, dan kegagalan.

Tidakkah kita berfikir? Mahukah kita mendustakan nikmat yang telah diberikan oleh-Nya? Mahukah kita menjadi penderhaka?

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(Yunus : 12)

Ingatlah, Allah sentiasa bersama-sama kita. Tidak pernah dia menjadikan kita sebagai bermusim. Kita? Apakah yang telah kita lakukan kepada-Nya? Ingatlah Allah di setiap ketika, di setiap sedutan nafas, denyutan jantung, langkahan kaki dan di setiap detik waktu. Bukan hanya di musim-musim tertentu!


-freezer_always-
-16/12/2010-
-6:03 p.m.-

Tuesday, December 14, 2010

Diri Itu...

6:45 AM Posted by freezer_91 No comments

-picture of ~spako of devianart-

Diri itu...
Diri itulah yang dahulunya selalu aku caci,
Diri yang paling hina di mata masyarakat,
Masyarakat sekarang ataupun dulu,
Itulah yang menjadi diriku satu masa dahulu.

Tanpa cahaya yang jelas,
Tanpa arah tuju yang jelas,
Tanpa pedoman yang jelas,
Tanpa tujuan hidup yang jelas.

Aku terjebak ke lembah kehinaan,
Dirobek segala keimanan,
Perlahan-lahan ia menarik aku jauh dari Tuhanku,
Aku sesat dan tidak tahu berbuat apa-apa.

Walaupun aku tahu jalanku penuh dengan awan yang gelap,
Namun aku terus menujunya,
Tanpa menghirau perkara yang disuruh oleh Tuanku,
Terus aku berjalan ke lembah itu.

Terciptanya seorang hamba yang ingkar pada Tuannya,
Betapa ruginya hamba tersebut,
Kerana mendapat seorang Tuan yang sangat penyayang,
Tetapi tidak mahukan perasaan sayang tersebut berada kepada diri ini.

Dan kini...
Segalanya berubah,
Aku berubah,
Aku benci kepada diriku yang dahulu,
Dan aku suka kepada diriku sekarang.

Aku malu untuk bertemu dengan Tuanku,
Malu setelah menolak cinta-Nya,
Namun itulah kenyataan yang harus kita hadapi,
Memberi cinta kepada yang sewajarnya.

Tuanku tidak sesekali akan menolak cintaku,
Sedikit cinta yang ku berikan,
Dibalas dengan berjuta cinta daripada-Nya,
Itulah Tuanku yang Maha Agung.

Aku tidak ingin kembali kepada diriku yang dahulu,
Aku lebih suka diriku sekarang,
Penuh dengan kecintaan kepada yang sepatutnya,
Aku lebih suka begitu.

Kadangkala aku terfikir sendirian,
Mengapa aku yang hina suatu ketika dahulu,
Diberi peluang untuk kembali ke jalan yang benar,
Mungkin hanya mampu dijawab dengan satu jawapan...

Allah masih sayangkan aku...

Monday, December 13, 2010

Jadilah Kita Sang Pemburu...

11:42 PM Posted by freezer_91 No comments

-picture by =WiciaQ of devianart-

Islam.

Tak mungkin akan tertegaknya Islam di atas muka bumi ini tanpa perjuangan daripada para penganutnya. Tak mungkin akan tertanam tanpa siraman darah para mujahid dan mujahidahnya. Itulah yang diajar oleh guru kita, Nabi Muhammad S.A.W. Keberanian mempertahankan agama adalah segala-galanya bagi diri kita. Itulah yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Hadirnya kita ke atas muka bumi ini adalah dengan satu tujuan utama iaitu beribadah kepada Allah S.W.T. Ayuh kita kembali ke zaman Perang Uhud. Banyak pengajaran dapat kita singkap di sebalik kekalahan itu.

Sehari sebelum perang Uhud, Rasulullah S.A.W. bersabda di atas mimbar :
“Demi Allah yang menggenggam jiwaku, setiap orang yang terbunuh di jalan Allah pasti datang pada hari Kiamat seperti keadaannya ketika terbunuh di dunia. Warnanya warna darah, tapi baunya bau minyak kesturi”.

Dalam hadis lain pula Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah berfirman kepada para syuhada pada hari Kiamat. Siapa yang membunuh kalian?” Mereka menjawab, “Musuh-musuh-Mu”. Dia berfirman lagi, “Mengapa kalian dibunuh?” Mereka menjawab,”Kami terbunuh karena perjuangan di jalan-Mu. Dia berfirman, “Aku telah mengampuni kalian”.

Setiap yang berlaku ada baik dan buruknya. Perang Uhud. Lihatlah bagaimana keadaan para pejuang zaman dahulu dan zaman sekarang, dan apa yang telah kita berikan kepada Islam sepanjang hidup di atas muka bumi-Nya?

Mana para syuhada hari ini?

Mana para pahlawan Islam hari ini?

Mana peranan kita dalam menyebarkan Islam hari ini?

Mana darah? Mana harta? Mana waktu? Mana pengorbanan? Mana pergi?

Boleh saya katakan kosong. Kosong. Kosong. Mana pergi umat-umat Islam? Melancong? Melencong?...

Sehari sebelum bermulanya perang Uhud, Rasulullah S.A.W. bermusyawarah dengan para sahabat. Beliau mengumumkan hendak memerangi Abu Sufyan dan kaum musyrikin. Beliau bertanya kepada para sahabat, “Bagaimana pendapat kalian? Apakah kita memerangi mereka di lorong-lorong kota atau kita halang mereka di gunung Uhud”.

Orang-orang tua menjawab, “Wahai Rasulullah, lebih baik kita tetap di tempat, bertahan di lorong-lorong dan rumah-rumah kita. Kalau mereka masuk kota, kita perangi mereka”. Baginda pun setuju.

Tetapi, baru selesai ucapan itu, para sahabat yang berusia muda, yang berjumlah lapan puluh orang, keluar, lalu menghunus pedang dan memasang besi pelindung di kepala. Kemudian mereka melantunkan nasyid di luar masjid dengan suara lantang. ”Kami adalah orang-orang yang berbaiat setia kepada Nabi Muhammad untuk berjihad selama kami hidup”, jelas mereka.

Kemudian, seorang pemuda yang berusia sekitar dua puluh tahun berkata nyaring, ”Wahai Rasulullah, pimpinlah kami ke Uhud. Jangan halangi kami masuk syurga! Demi Allah, saya pasti masuk syurga”. Mendengar gelora penuh semangat itu, Rasulullah bangkit. Setiap bulu di tubuh baginda berdiri. Setiap titis darah baginda bergejolak. Baginda lalu berdiri. Baginda mengumumkan bahwa pintu-pintu syurga telah dibuka dan Allah telah menempatkan diri kepada hamba-hamba-Nya .

“Dengan apa kamu masuk syurga?”, tanya baginda kepada para pemuda itu.

Para pemuda itu menjawab, “Dengan dua hal. Pertama, saya mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan saya tidak lari dari medan pertempuran”. Kemudian air mata Rasulullah S.A.W. mengalir. Dengan mengangkat kedua tangan baginda bersabda, “Kalau kamu jujur kepada Allah, Dia pasti akan membalas kejujuranmu”.

Allah berfirman :
“Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keridhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik”.
(al-Ankanbut : 69)

Kemudian, Rasulullah S.A.W. pun berangkat ke medan peperangan. Sebelum perang bermula, beliau mencabut pedangnya dan bertanya, “Siapa yang mahu memegang pedang ini?”. “Kami semua ingin memegangnya”, jawab para sahabat. Abu Dujanah bertanya, “Apa hak pedang ini, wahai Rasulullah?”, tanyanya. “Haknya adalah menebaskannya kepada kaum kafir hingga ia bengkok”, tegas Rasulullah.

Pernah anda mendengar ada pedang yang bengkok, kerana digunakan untuk membunuh musuh? Ya, ada, dengan telapak tangan sahabat-sahabat Muhammad Rasulullah S.A.W. Kemudian Abu Dujanah mengambil pedang itu, sambil bersyair.

“Akulah yang berjanji kepada kekasihku,
Tatkala kami berada di gunung di antara rumpun kurma,
Untuk selamanya tidak berdiri di barisan belakang,
Aku membunuh dengan pedang Allah dan Rasul.”

Kemudian Abu Dujanah menggunakan pedang untuk berperang dan membunuh orang-orang kafir, hingga pedang itu bengkok. Lalu, dia mengembalikan pedang bengkok kepada Rasulullah S.A.W. Para pahlawan lahir bermunculan.

Pintu-pintu syurga dibuka. Para malaikat ikut meramaikan pertempuran. Pintu-pintu langit dibuka, menurunkan tentara yang dikomandani Jibril as. Dan turun di atas gunung Uhud.

Lihatlah, betapa mereka sanggup menggadaikan nyawa mereka sendiri. Untuk menjadi sang pemburu. Bukannya pemburu jalanan dan murahan. Tetapi pemburu syurga, pemburu tertinggi di kalangan pemburu.

Sekarang...

Di mana agama kita? Di mana cita-cita kita untuk menggapai syurga? Di mana letaknya ukhuwah sesama muslim?

Sudah lenyapkah Islam dari muka bumi ini?

Ataupun umatnya yang telah lenyap?

Teringat kata-kata saifulislam ketika dia merantau ke negara barat, "Apabila aku pulang ke negara asalku, aku melihat muslim tanpa Islam, sedangkan di luar, aku melihat Islam tanpa muslim".

Hilangnya pembawa Islam. Siapa lagi kalau bukan kita semua yang ingin membawanya. Tidak teringinkah kita berada dalam generasi rabbani. Generasi yang amat indah. Ya, anda katakan anda ingin hidup di dalam generasi biasa-biasa, dan seperti Hilal Asyraf berkata, "Sebab biasa-biasalah, kita kena menjadi luar biasa".

Tidak beruntungkah kita? Tidak beruntungkah kita berada di dalam masyarakat asing? Tidakkah kita ingin menjadi orang dagang?

Ibnu Mas'ud menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda:
"Ummat akhir zaman kelak yang berpegang dengan Islam adalah seumpama menggenggam bara api. Kerana kesukaran sebegitu, Allah janjikan pahala satu amalan mereka seolah-olah sama dgn pahala 50 orang. Para sahabat r.a. bertanya kepada Rasulullah, "50 dari kalangan kami atau kalangan mereka?" Jawab Rasulullah, "50 orang dari kalangan kamu (dari kalangan para sahabat)".

Lihatlah anda semua. Bangkitlah. Berjuanglah. Lontarkan kesemua kudrat kita untuk membangunkan Islam. Ingat, Islam tidak sesekali memerlukan kita, tetapi kita yang akan memerlukan Islam. Kita yang akhirnya akur dan sujud ke arah kiblat yang satu.

Adakah anda berfikir tanpa anda Islam tidak akan menang?

Adakah agama ini akan lenyap dari muka bumi atau kebenaran yang menang?

Tidak ingatkah kamu kepada janji Allah bahawa Islam tetap akan menang walaupun dengan anda ataupun tanpa anda. Jadi, terpulang kepada anda, ingin menyertai Islam ataupun sebaliknya. Pilihlah.

Sudah pasti kemenangan Islam yang akan datang. Tetapi bukan kepada mereka yang menjadikan dunia sebagai Tuhan mereka. Kemenangan akan datang kepada mereka yang menjadikan dunia sebagai jambatan ke syurga. Dunia ini hanya akan bermakna jika digunakan untuk akhirat.



-freezer_always-
-14/12/2010-
-1:32 a.m.-

Tuesday, December 7, 2010

Wujudkah Jalan Yang Mudah?

10:39 PM Posted by freezer_91 1 comment

-picture by =GxMew of devianart-


Sedang aku khusyuk membaca surat khabar, terdengar perbualan dari meja sebelah kananku.

"Syim, tolong 'adjust' anak aku masuk sekolah kau. Kau kan kabel besar sekolah tu". Suara itu kedengaran.

"InsyaAllah, nanti kau tolong mesej no id peperiksaan anak kau".

Saya tiba-tiba terfikir. Begitu mudahkah untuk masuk ke sekolah berasrama penuh? Jadi apa bezanya dengan sekolah biasa? Ya, inilah manusia. Mudah akan tetap menjadi pilihan walaupun perkara itu salah. Ingatlah, niat tidak akan sesekali menghalalkan cara kita melakukannya. Bahkan, niat yang baik akan tetap dianggap sebagai buruk jika cara melakukannya buruk. Cuba kita ambil contoh, seorang pereka telefon bimbit ingin mereka suatu kelainan pada telefon yang diciptanya. Tetapi jika telefon itu hanya mengubah sedikit model telefon lain dan menjualnya dengan harga yang murah, itu dinamakan kegagalan dan bukannya kejayaan.

Kita lihat di sini, apa gunanya kita masuk sekolah berasrama penuh jika kita sememangnya tidak layak untuk masuk ke situ? Mungkin ramai orang kata bahawa inilah zaman sekarang. Ramai yang menggunakan kabel(orang dalam) untuk masuk ke sekolah berasrama penuh dan sewaktu dengannya. Jika kita tidak guna kabel, jangan harap nak dapat masuk.

Saya membalas, jika dah tahu tiada harapan nak masuk, kenapa mahu masuk juga, bukankah itu namanya tidak adil. Ramai lagi orang yang lebih layak menggantikan anak anda. Tetapi, oleh kerana anak anda masuk dengan menggunakan kabel, orang yang lebih layak tersebut akan terbiar begitu sahaja dan hanya masuk sekolah harian biasa. Bakatnya yang terpendam tidak dapat diasah dengan baik. Bukanlah ingin mengatakan bahawa sekolah harian biasa tiada kelebihan tetapi bukankah di Malaysia, sekolah berasrama penuh itu lebih banyak prasarana? Maka hilanglah seorang pemimpin yang berkaliber yang bakal memimpin negara ini kerana tidak mendapat didikan yang sebenarnya.

Ya, dunia semakin maju, begitu juga dengan manusia. Manusia semakin hari semakin pandai. Jadi, jika kita tidak hendakkan cabaran, saya katakan anda seorang yang mundur dari semua segi termasuklah dari segi pemikiran terutamanya. Memang peluang untuk masuk ke sekolah yang ternama terlalu susah, tapi cuba anda bayangkan jika kita mendapatnya dengan usaha kita sendiri. Betapa puasnya hati ini.

Sekadar berkongsi pengalaman sendiri, ketika saya menghadiri temuduga PETRONAS dan JPA. Ketika temuduga dengan JPA, saya yakin saya sudah melakukan dengan terbaik, saya cuma berharap untuk dapat apa yang saya inginkan. Dua bulan selepas itu, keputusan diumumkan dan saya tidak terpilih. Lalu, saya diberitahu bahawa ada kabel yang boleh menolong saya untuk dapatkan biasiswa JPA tersebut. Saya menolaknya dengan tekad walaupun ada rasa kesal di dalam hati. Saya dalam dilemma ketika itu. Temuduga seterusnya adalah dengan PETRONAS, saya tetap bersungguh-sungguh dalam melakukannya, tetapi setelah melihat pencabar, harapan saya sedikit turun. Namun, saya mendapat panggilan dan diberitahu bahawa saya mendapat biasiswa PETRONAS.

Saat itu, rasa syukur saya kepada Ilahi tidak mampu saya ungkapkan. Betapa gembiranya saya apabila mendapat biasiswa itu dengan usaha saya sendiri. Nah... tidakkah kita inginkan suatu perasaan sebegitu rupa? Suatu nikmat yang Allah berikan kepada kita. Nikmat kegembiraan.

Jika kita hanya berharap orang akan terus menolong kita, kita tidak akan ke mana-mana. Kerana kita akan sentiasa bergantung harap kepada orang lain untuk melakukan kerja kepada kita.

Dalam dunia ini tiada jalan yang mudah wahai sahabatku. Dunia ini penuh dengan cabaran. Dan cabaran itulah yang membawa kita ke hapadan dan lebih mendekatkan kita kepada Pencipta kita. Ingatlah bahawa Allah tidak akan sesekali menzalimi hamba-hamba-Nya melainkan hamba itu sendiri yang menzalimi dirinya sendiri. Jika benda itu yang terbaik untuk kita, maka kita memang layak untuk mendapatkannya walaupun tidak menggunakan orang dalam.

Jika kita asyik mengambil jalan yang mudah, cabaran pun sudah tiada, maka hidup hanyalah akan berterusan begitu sahaja tanpa kemajuan. Cabaran menjadikan kita manusia yang bertamadun. Teknologi yang kita ada hari ini adalah kerana mereka zaman dahulu mencabar diri mereka sendiri untuk berjaya.

Kita ambil contoh Thomas Edison, pereka lampu. Dia berjaya mencipta lampu setelah gagal sebanyak 10,000 kali. Tapi komennya adalah, "I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work.". Betapa berbezanya cara pemikiran dia dan kita semua. Apa yang kita tahu hanyalah apabila kita gagal, kita akan terus gagal selama-lamanya.

Ingatlah, perkara sebegini tidak seharusnya wujud di dunia masa kini. Kerana ia akan menjejaskan kemajuan negara. Kita lihat sahaja untuk mendapatkan projek kerajaan sekarang, jika seseorang itu hanyalah insan biasa, tiada pangkat dan tiada kaitan dengan orang kenamaan, maka, hampir mustahil projek itu akan diserahkan kepada orang tersebut walaupun dia sememangnya orang yang paling layak untuk mendapat projek itu. Jadi, berlakulah rasuah merasuah di antara mereka.

"Dan manusia hanya memperoleh apa yang diusahakannya"
(An-Najm : 39)

“Siapa yang bertawakal kepada Allah, maka Dia yang pencukupkannya”
(At-Talaq : 3)

“Sesungguhnya Allah itu menyintai orang-orang yang bertawakal”
(Ali-Imran : 159)

Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa jika kita hendakkan sesuatu, berusahalah bersungguh-sungguh dan berharaplah kepada Allah dan bukannya manusia. Adakah kita sudah tidak yakin dengan keputusan Allah? Bagaimanakah seorang yang berharap ingin berharap kepada seorang yang berharap juga? Tidak mungkin perkara itu akan berlaku. Di dalam konteks ini, kembalilah kita kepada Allah S.W.T.

Kerana apabila kita kembali kepada-Nya, kita akan merasakan bahawa kita telah melakukan yang terbaik. Dan sekiranya kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, hati ini tidak akan merasa sedih kerana kita tahu Allah tetap bersama-sama kita. Dan Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah : 216)

Ingatlah wahai sahabatku, tiada jalan yang selamanya lurus di atas bumi ini, kerana jalan itu tetap membelok yakni ke kiri ataupun ke kanan. Sematkanlah semangat perjuangan di dalam hati kerana itulah yang akan membawa kita sampai ke destinasi. InsyaAllah...



-freezer_always-
-08/12/2010-
-2:44 a.m.-

Wajarkah Berkongsi Hubungan di Rangkaian Sosial?

1:45 AM Posted by freezer_91 4 comments

-picture by `Synfull of deviant art-


Sebenarnya sudah lama perkara ini saya perhatikan. Sejak saya mula-mula terjebak dengan virus-virus rangkaian sosial lagi. Dimulakan dengan friendster, myspace, twitter, dan yang paling terkenal sekarang adalah facebook.

Ya. Hubungan yang saya maksudkan adalah status hubungan cinta anda. Saya bukanlah jenis orang yang cemburu melihat pasangan ini berjiwang-jiwang manja di facebook, cuma keadaan itu menyebabkan rasa kurang selesa lahir dalam diri. Terus terang saya katakan di sini, rasa meluat.

Saya membuat post ini bukanlah nak bagitahu bahawa 'couple sebelum kahwin' itu haramla apa la. Saya tahu yang semua di kalangan kita pun sudah sedia maklum tentang hal ini. Lagipun sudah berapa puluh artikel disebarkan di internet tentang haramnya kita couple. Tak juga masuk-masuk dalam fikiran sesetengah orang.

Kita cuba lihat di facebook. Dah semacam drama sinetron saya melihatnya. Kadang-kadang si romeo buat status "ILYSM". Yela, zaman sms sekarang, semuanya nak ringkas. I Love You So Much. KNGRBXPTTSSD. Faham tak apa yang saya tulis? Kalau nak guna ringkasan baik tak payah taip, telefon sahaja si dia. Kalau dunia ini semuanya ringkas, mungkin gaji kerja translator lebih tinggi daripada seorang doktor. Lepas ini, boleh la kita semua ambil PhD dalam bidang merungkaikan ringkasan bahasa.

Mungkin satu hari nanti penulis novel cinta akan ke facebook mereka untuk mendapatkan ayat-ayat jiwang. Maklumlah, ayat orang tengah bercinta. Semuanya manis. Mengalahkan Shakespeare, jika nak dibandingkan dengan Sonnet 18, memang jauh lebih mantap ayat orang bercinta. Kadang-kadang apabila melihat status mereka, saya tergelak sendiri., saya sendiri tidak tahu mengapa.

Bukanlah saya hendak mencaci mereka ini semua. Tapi tidak perlulah terbawa-bawa kehidupan di luar ke dalam internet. Tidak perlulah untuk meluahkan isi hati di dalam internet. Bukankah dunia sudah maju? Cukuplah sekadar bagi mesej melalui telefon bimbit sahaja. Kalau tiada kredit sekalipun, bukankah facebook menyediakan ruangan chat di bawah? Jadi timbul satu persoalan di sini. Mengapa hendak membuat status secara terang-terangan? Adakah sekadar untuk menunjukkan anda sangat menyintainya kekasih anda? Ataupun anda sekadar hendak memberitahu rakan-rakan anda bahawa anda mempunyai seorang kekasih yang sangat kacak? Ada sedikit ketidakjujuran di situ nampaknya. Cinta, penuh dengan penipuan.

Bagi sesetengah orang, benda ini mungkin romantik. Tapi, secara lahiriahnya, rangkaian sosial dinamakan sebagai namanya adalah kerana seluruh pelosok dunia boleh melihat apa yang anda tulis. Jadi, bagi gadis-gadis di luar sana. Adakah anda pasti bahawa profile anda tidak di-stalk oleh orang lain? Jujur saya katakan di sini, walaupun anda sudah mempunyai seorang kekasih, mungkin ada antara rakan-rakan anda cemburu dengan perhubungan anda dan seterusnya cuba "meretakkan" rumahtangga yang telah anda bina selama ini. Berlakulah sumpahan di sana sini. "Hoi perempuan, ko ingt muka ko lawa sgt ke ah nk mngorat pkwe ak? Sial". No comment...

Jom-jom. Ada lagi. Kita ambil contoh. Minah in a relationship with Ali. Satu hari, Ali terjumpa dengan perempuan sekolah rendah dia dahulu, Rogayah. Terlalu cantik bagi Ali. Jika nak dibandingkan dengan Minah. Bezanya langit dan bumi. Tidak terbeza. Dahla si Rogayah sudah meminati Ali sejak sekolah rendah lagi. Lalu, berlakulah transformasi teman perempuan Ali. Minah ditinggalkannya, Rogayah diambilnya. Sekarang, Ali is in relationship with Rogayah.

Sudah-sudahla tu, anda sudah membuat ramai orang terseksa dengan status anda. Janganlah bagi kami semua dosa percuma dengan membaca status anda itu. Kasihanilah kami.

"Siapa suruh kau baca. Dah xsuka, remove jela friend"

Dan saya menjawab. Kalaulah saya tidak pernah mengenali anda...

Apapun, post ini hanyalah sekadar perkongsian untuk semua. Bagi yang kecil hati diharap berlapang dada. Saya hanyalah insan kerdil di hadapan Tuannya, dan cuba untuk menyedarkan kita semua. Kerana artikel couple itu haram sudah banyak. Jadi saya cuba mengambil alternatif lain untuk menyedarkan kita semua terutamanya diri yang sedang menulis ini. Supaya kelak kita tidak menjerit, melaung, melalak di dalam kubur.

Apapun, couple tetap haram. Sudah-sudah la tu bercouple. Jom berhalaqah pula.

p/s : sedang menunggu The Social Network habis download, buat post ni dulu..



-freezer_always-
-07/12/2010-
-2:50 a.m.-

Monday, December 6, 2010

Ketenangan...

2:33 AM Posted by freezer_91 No comments

-picture by *julianrassmann of deviant art-

Ketenangan...
Terlalu mudah untuk diungkapkan..
Tapi untuk mendapatkannya belum tentu..
Tanpa ketenangan hidup ini bagaikan tiada makna..

Wahai hati!!
Tenanglah kamu!!!

Bukan semudah itu wahai sahabatku,
Ketenangan hanyalah dapat ditagih daripada Pencipta Ketenangan tersebut,

Ayuhlah wahai sahabat,
Hari ini kita bangkit,
Bangkit untuk bertaubat dosa semalam,
Bangkit untuk menambah pahala kebaikan.

Sekadar untuk penutup malam ini. Muhasabah diri sendiri.


-freezer_always-
-06/12/2010-
-2:41 a.m.-

Masalahmu Masalahku Jua Wahai Sahabat...

1:14 AM Posted by freezer_91 3 comments

-picture by =BRAINSTUDIO of deviant art-



Afir memutar pen di tangan membuat heli-spin. Academic Writing dah lepas... Differential Equation dah lepas... Physical Chemistry dah sudah... Kini hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum bahana semester satu menamatkan riwayatnya. Nota Organic Chemistry dibeleknya.

"I hate O-Chem."

"Where's the fire?"

Kenapa mesti ada di atas muka bumi ini subjek bernama O-Chem. Kekule structure cuba dihafalnya sekali lagi. Kekule structure adalah orang yang menjumpai dan mereka rupa bentuk aromatic compound. Kekule hanyalah mendapat idea dengan hanya melihat seekor ular melingkar di atas tanah. Dan dia terus membuat kesimpulan bahawa benzene adalah sesuatu dalam keadaan seperti cincin.

Sedang khusyuk menghafal jenis-jenis aromatic compound, nada dering iklan Cadburry berbunyi memecah kesepian. Menandakan seseorang menghantar mesej. Afir lantas mencapai telefon bimbitnya. Tertera nama kawan baiknya, Azman. Dia terus membaca mesej tersebut.

"Assalamualaikum, nak tanya sikit boleh tak?"

"InsyaAllah, boleh aje". Afir membalasnya pendek.

"Kau pernah couple tak".

"Kenapa tiba-tiba aje tanya ni?"

"Takde papelah, aku nak tahu je".

"Cuba kau cerita kat aku, kita kan sahabat, jangan ketika gembira sahaja kau nak berkongsi dengan aku. Kalau aku boleh tolong, aku akan tolong kau. Aku bersahabat dengan kau tidak lain tidak bukan hanyalah kerana untuk kita bersama-sama mencari keredhaan Allah S.W.T. sahaja".

"Hmm... Nampaknya memang aku tak boleh nak simpan apa-apa pun daripada kau".

"..."

"Begini ceritanya, ada satu gadis di tempat aku belajar sekarang ni. Dia baik sangat dengan aku. Kami selalu mesej. Then, semalam dia mesej aku. Katanya, dia hendak perhubungan aku dan dia lebih dari sekadar kawa. Means pasangan kekasih la. Aku masih belum beri jawapan. Sebab aku tahu couple tu salah!"

"Ermm.. Bagusla kalau kau masih belum terima dia lagi".

"Erm.. Aku mintak untuk jadi kawan je dengan dia. Aku dan dia tak akan couple. Tapi mungkin dalam proses kot. Lepas itu, aku dah tak nak berharap lagi. Aku takut rasa sedih. Takut.. macam-macam la. Kau pun faham kan".

"Eh? Kejap, menurut kenyataan kau tadi. Kau cakap kau tak akan couple tapi dalam proses? Maknanya kau akan couple juga la satu hari nanti. Tak kira la cepat atau lambat. Maksudnya di sini kau berharap pada dia. Dan masa yang sama kau cakap kau dah tak nak berharap lagi kepada dia? Mustahil Man".

"Macam ni. Aku dan dia hanya kawan baik sahaja. Tapi dia dah bagi terlalu banyak harapan kepada aku. Tapi dalam masa yang sama aku takut. Mungki Allah masih belum beri keizinan hati aku dicemari dengan benda yang belum pasti".

"Hurmm.. Man, Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Manusia itu dua matanya ibarat petunjuk, dua telinganya ibarat pemberi isyarat awas, lisannya sebagai penterjemah, dua tangannya sebagai sayap, dua kakinya ialah perutusan, hatinya pula sebagai raja. Kalau rajanya baik, maka baiklah bala tenteranya."Faham kan?"

"Ya. Aku faham..."

"Man, maksud hati dalam bahasa Arab adalah "kibdah" tetapi dalam al-Quran tidak pernah digunakan perkataan "kibdah". Sebaliknya Allah gunakan "qalb" yang bermaksud "yang berbolak-balik". Kerana apa? Kerana hati ini sentiasa boleh dibolak-balikkan oleh Allah S.W.T. "Qalb" boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu qalb yang hidup, yang sakit, dan juga yang mati".

"..."

"Hati yang hidup adalah hati yang senantiasa mengepam iman kepada seluruh pancaindera kita termasuklah juga keinginan kau untuk mengambil gadis itu sebagai pasangan kekasih. Jika iman di dada, sudah tentu kau tidak pernah melihat gadis itu. Jika dia jodoh untuk kau. Maka, yakinlah kepada Allah. Allah tidak akan pernah menzalimi hamba-Nya".

"Tak la. Kalau boleh bagi kebaikan ape salahnya. Semangat untuk kita belajar ke".

"Niat tidak menghalalkan cara, Man. Sungguh kita tidak tahu dari segi manakah syaitan akan menghasut kita".

"Hehe... Tapi ada ustaz kata, tak apa. Mungkin kalau jadi semakin baik, boleh kot".

"Hurmm... Aku pernah juga mendengar kisah ustaz seorang ni. Kisah dia dapat awek dia dari tingkatan 4 lagi. Tapi mengikut ustaz tu, dia pergi jumpa ibubapa perempuan tu ketika di tingkatan 4 lagi. Dan apabila berjumpa pun, disertai dengan ibubapa perempuan tu. Jika kau nak, aku boleh email ceramah ustaz tu. Mesej je. Tapi bagi aku, iman ustaz itu terlalu kuat, jika aku berada di tempat dia, sudah tentu aku tidak tahan dengan godaan syaitan".

"Nah... tengok, itulah yang aku maksudkan. Menjaga perhubungan hingga ke tangga perkahwinan".

"Man, nak tegur sikit boleh tak?"

"..."

"Couple memang la boleh tapi selepas kahwin. Tapi untuk ke arah perkahwinan itu, janganlah kita terlalu nak memikirkan siapakah jodoh kita. Banyakkan perbaiki diri bukan banyakkan mencari. Dan janganlah kita booking siap-siap, ana nak dia ni. Reserve untuk ana. Haha, terdesaknya."

"Cheh..."

"Tak de la Man. Aku bercakap atas pengalaman diri aku sendiri. Aku tidaklah alim sangat untuk nasihat kau. Aku tahu aku juga pernah terjerat dengan jerat syaitan itu satu ketika dahulu. Tetapi, aku tidak mahu kau terjerat dengan jerat yang sama".

"..."

"Man, ingatlah firman Allah S.W.T.:
...dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)...
(An-Nuur : 26).
Kau mesti yakin dengan ayat Allah. Jika dia yang baik untuk kau, percayalah bahawa dia dengan sendirinya akan pergi kepada kau satu hari nanti. Buat masa ini, jagalah hubungan antara lelaki dengan perempuan dengan sebaiknya".

"..."

"Maksud aku hanya mesej ketika perlu sahaja. Bertanya tentang pelajaran ataupun yang sewaktu dengannya. Aku pun sekarang ni iman sudah tak terjaga. Sekali sekala mesej juga dengan perempuan. Tapi tidak berpanjangan la. Aku sedang mencuba untuk tidak langsung hantar mesej kepada perempuan walaupun sekali. Aku ingin meningkatkan iman aku! Jodoh kita siapa hanya boleh diusahakan. Kepastiannya hanya milik Allah. Namun persiapan diri kita untuk menjadi yang terbaik dalam keimanan dan ketaqwaan, itu yang pasti. Dan Allah menjanjikan pasangan yang sesuai dengan kadar usaha kita."

"Terima kasih Fir. Kaulah sahabat aku dunia akhirat. Sekarang aku sudah sedar. Mungkin aku tidak akan mesej dia lagi selepas ini. Hanya ketika benda penting sahaja".

"Alhamdulillah... Semoga kita semua istiqamah dalam mengekalkan iman kita.Firman Allah :
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ketika mereka ditimpa waswas syaitan, maka mereka akan segera mengingati Allah dan ketika itu juga mereka menyedari kesilapan mereka.
(Al-A'raf : 201).
Mungkin kau boleh bagi dia lagu Maaf Tuk Berpisah by Tashiru".

"InsyaAllah. Aku tidur dulu ya".

"Ok, doakan aku supaya boleh menjawab dengan tenang esok. Uhibbukafillah".

"Uhibbukafillah."


Tiada mesej lagi masuk selepas itu. Jarum panjang telah menunjukkan pukul satu. Afir termenung keseorangan. Roommate-nya dari tadi sudah nyenyak dibuai mimpi indah O-Chem.

"Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkaulah tempat kami bergantung. Tautkanlah hati-hati kami ini semua. Agar kami semua sentiasa istiqamah di jalan-Mu. Semoga tiada lagi sahabat-sahabatku terjerumus ke lembah kehinaan seperti aku suatu ketika dahulu. Mungkin aku akan mencoretkannya di dalam blog satu hari nanti".

Ya.

Satu hari nanti...

Satu...

hari...

nanti.




-freezer_always-
-06/12/2010-
-2:20 a.m.-

Friday, December 3, 2010

Pernahkah Kita Terfikir?

1:50 AM Posted by freezer_91 No comments

-picture by *m0thyyku of deviant art-


Tadi baru lepas membaca salah satu blog saudara saya. Dan di dalam post nya dimasukkan salah satu ayat iaitu:

“Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
Surah Al-A’raf ayat 7.

Cubalah kita menghayati maksud ayat ini. Tetapi pernahkah kita membuka al-Quran untuk melihat ayat itu sendiri. Untuk membaca ayat itu sendiri. Sebenarnya ayat di atas adalah surah Al-A'raf ayat 96.

Bukanlah saya ingin memandang rendah kepada pemilik blog tersebut. Namun, saya ingin mengajak para pembaca untuk bergerak seminit ke belakang. Cuba anda semua fikirkan dan simpulkan bahawa semua yang anda akan dapat dari mana-mana blog adalah ilmu dan bukannya sekadar bahan bacaan.

Pernahkah anda terfikir bahawa anda membaca post terbaru dari satu blog ke satu blog itu anda akan belajar benda yang baru. Anda mendapat bahan pelajaran baru hari ini. Tetapi, kita tidak seharusnya hanya membaca sahaja. Kita hendaklah mengkaji juga. Ini adalah kerana manusia bukanlah sesempurna yang kita sangkakan.

Akan ada kesilapan di mana-mana walaupun pada tanggapan kita itulah yang paling terbaik. Oleh itu, kita sebagai saudara hendaklah saling membetulkan.

Manusia tidak sempurna. Tetapi, tidak mustahil kita akan sempurna. Kerana kesempurnaan orang lain akan melengkapi ketidaksempurnaan kita. Dengan demikian, kita akan mendapat hasil yang sangat bagus. Kerana Allah telah berfirman :


"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh".
(As-Saff : 4)


Ilmu hatta boleh dituntut dengan budak sekecil 5 tahun. Mungkin kesilapan kita ditegur oleh mereka. Itu semua tidak mustahil. Terimalah segala ilmu dengan tangan yang terbuka. Tepuk dada, tanyalah selera kita, inginkan ilmu ataupun tidak?

Memetik kata-kata Imam Hasan al-Banna, Islam akan maju jika kita dapat menguasai 3 perkara iaitu:

1)Akidah
2)Ukhuwwah
3)Wasilah


"...Dan barangsiapa yang terpelihara dari kebakhilan dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung."
(At-Taghabun : 16)


Akidah adalah sesuatu yang sangat penting kepada kita dalam kehidupan seharian. Oleh itu, untuk memantapkan akidah, perlunya ukhuwwah. Seorang kawan sesungguhnya melihat kawan-kawannya yang lain lebih utama daripada dirinya kerana jika dia tidak bersama mereka, maka dia sekali-kali tidak mungkin bersama orang lain, sedangkan mereka jika tidak bersamanya mereka akan bersama orang selainnya. Serigala hanya memakan kambing yang tersisih dari kawanannya.


"Orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong sebahagian yang lain..."
(At-Taubah : 71)


Perkara yang ketiga adalah wasilah. Apa yang dimaksudkan dengan wasilah di sini adalah kemajuan teknologi kita sebagai umat Islam. Untuk memajukan teknologi, ilmu diperlukan. Di sini kita dapat melihat bahawa ilmu itu datangnya daripada Allah, yakni Pencipta Ilmu itu sendiri.

Kebergantungan kepada Allah itu adalah amat penting. Marilah kita semua sujud menyembah diri kita yang hina. Bukan sahaja perbuatan sujud itu. Tapi biarlah jiwa dan raga kita turut sujud menghina diri di hadapan Allah semoga kita sentiasa mendapat ketenangan untuk menuntut ilmu.

Ketenangan hanyalah datang apabila kita kembali kepada Islam. Ketenangan hanyalah datang apabila kita kembali kepada al-Quran. Dan, ketenangan hanyalah akan datang jika kita kembali kepada Pencipta Ketenangan tersebut. InsyaAllah.

-freezer_always-
-3/12/2010-
-2:17 a.m.-

Thursday, December 2, 2010

Kisah...

9:42 PM Posted by freezer_91 No comments

-picture by *thomasdelonge of deviant art-


Pada suatu ketika apabila Nabi Muhammad s.a.w. sampai ke masjid untuk mendirikan solat, Baginda s.a.w. dapati beberapa orang sahabat sedang gelak ketawa. Baginda s.a.w. berkata: "Kalau kamu selalu mengingati maut sudah tentu aku tidak mendapati kamu semua dalam keadaan demikian. Pada setiap masa kamu hidup kamu mesti mengingati maut. Setiap waktu tanah perkuburan memekik mengatakan: 'Aku ini merupakan semak samun. Aku dipenuhi dengan debu. Aku ini penuh dengan serangga.'

Apabila seorang mukmin dikebumikan didalamnya, bumi berkata 'Aku ucapkan selamat datang kepada mu. Diantara manusia yang bertebaran atas muka bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Baik sungguh hatimu kerana mahu memasuki ku. Sekarang lihatlah bagaimana aku menghiburkan hatimu?'

Kemudian bumi membesar sejauh mata memandang. Sebuah pintu syurga terbuka dihadapannya. Melalui pintu inilah bau-bauan yang semarak harumnya menyusupi lubang hidungnya.

Tetapi apabila seorang yang jahat dimasukkan kedalamnya, bumi akan berkata:'Tidak ada kata alu-aluan buatmu. Diantara manusia yang hidup didunia, engkaulah yang paling aku benci. Sekarang lihatlah layanan aku terhadapmu.'

Kemudian ia dihimpit oleh bumi sehingga tulang-tulang rusuknya saling bertikam tikaman dan berselisih antara satu sama lain. Sebanyak tujuh puluh ekor ular akan mematuknya sehingga hari kiamat.Ular-ular ini terlalu berbisa hinggakan kalau seekor sahaja menyemburkan bisanya dipermukaan bumi maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh.Kemudian Nabi Muhammad s.a.w berkata: "Kubur boleh merupakan syurga ataupun neraka."

Sifat takut kepada Allah s.w.t. pasti terdapat pada manusia yang benar-benar beriman. Sifat takut ini dapat diwujudkan dan dipupuk sehingga ia tumbuh dengan suburnya kalau kita dalam kehidupan kita sehari-hari dapat mengingati akan MATI !!!


-freezer_always-
-2/12/2010-
-9:58 p.m.-