Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Saturday, November 21, 2009

aBaH oh aBaH...:-)

4:55 AM Posted by freezer_91 8 comments
Akhirnya trcapai jgk cita2ku untuk meng-'update' blog ini stlh skian lame tdk mnjenguk blog ini..:-)

Status : entahla...rasa mlas pn ad untk update blog ni..tp aknku truskn jua prjuangan meng-'updte' blog ini...:p

Esok dh nk brtlak blk ke UTP...adoiii..mls rasenyer..hurmmm..



Abah oo Abah.....

Baru-baru ini, ada seorang kawan rapat saya di YM bertanyakan saya.

Temanku: Maaf ya ****, saya nak tanya. ayah **** dah tiada ke?

Me: Haaaaaaaaaaaa??? Mana ada.. Ayah saya still ada la..

Temanku: 0oooo.. Hihihihi.. Sebab **** tak pernah sebut pasal ayah ****..

Rasa nak ketawa pun ada. Macam mana la boleh dia terfikir untuk tanya soalan macam itu. Mungkin saya dengan dia sudah lama tidak berjumpa ataupun mungkin saya tidak pernah bercakap tentang hal ABAH!!~Saya dengan dia bagaikan isi dengan kuku, semua masalah saya berkongsi dengan dia, begitu juga dengan dia. Semua keluarga dia saya kenal tapi sudah lama tidak berjumpa. Pertanyaan dia itu telah menyedarkan saya dari tidur selama ini.

Selepas dari itulah, baru saya sedar, yang mulut ini seringkali tersebut pasal mama saya sahaja. Bukankah apabila mulut ini selalu melafazkan perihal seseorang, itu tandanya kita sentiasa mengingati orang tersebut kan? Terus terang saya cakap, saya berasa bersalah. Kenapa kita jarang sekali bercerita dan menyebut pasal abah? Tak sayang abah ke? Tak ingat kat abah ke? TIDAK!!! Mestilah sayang... Just...

Abah tak banyak cakap..
Abah kurang mesra..
Abah macam tak peduli..
Abah macam taknak mendengar..

Mugkin kamu semua sudah lupa tentang masa dahulu. Inilah manusia zaman sekarang, terlalu mudah lupa. Betul lah apa yang diberitahu oleh sejarawan.

"When u forget bout the past, u r condemned to repeat it"...

Ini hanyalah sebahagian dari kisah hidup saya selama bertapak di bumi ini.

Berdasarkan dari cerita mama, sewaktu saya kecil2 dahulu(ketika masih bayi), saya susah sangat hendak tidur pada waktu malam. Asal lampu tutup jer, saya terus menangis. Abah lah yang terpaksa menjaga saya pada malam hari kerana mama perlu tidur untuk bekerja pada esok harinya. Abah tidak bekerja? Tidak. Abah bekerja juga pada paginya. Namun, kerana anaknya, dia sanggup menahan perasaan mengantuknya. Demi menjaga seorang insan yang bernama anak supaya tidak kesepian dan tidak keseorangan. Abah menahan keletihannya demi melihat karenah anaknya ini pada waktu malam yang susah sekali hendak tidur.

Pada masa itu saya dan kakak sudah masuk tidur. Saya keluar untuk pergi ke tandas dan melihat abah berada di dapur tengah menjamu selera. Abah lapar, baru balik kerja. Nasi dalam periuk nasi hanya tinggal sedikit. Abah makan sikit je. Mama tanya, “Nak tambah? Nasi ada lagi. Habiskanlah.” Abah pun berkata,”Takpelah.. Takut tengah2 malam nanti, anak2 bangun nak makan nasi, tapi nasi dah habis pulak. Ni pun dah cukup."

Ada lagi....

Setiap kali diri ini bercakap dengan mama di handset, sedarkah diri ini, siapa yang berada di sebelah mama pada masa itu? Siapa ya? Cuba jawab dengan jujur persoalan ini...

IT IS UR FATHER..

Tapi kenapa abah tak nak cakap pun? Soalan itu selalu bermain di fikiran saya. Abah hanya bercakap di belakang. Macam suara latar. Ada sekali saya cakap pada abah, "Abah ni, selalu jer cakap kt belakang, apa salahnya abah cakap terus". Namun, baha hanya mendiamkan diri sahaja.

Perangai abah macam mana??

Abah seorang yang tak banyak cakap..
Seorang yang tak pandai meluahkan perasaan..
Seorang yang tak pandai nak mendamaikan hati..

Tapi jauh di lubuk hatinya, semua perasaan yang kita anggap tak wujud atau tak ada itu sebenarnya tersemat rapi dan setiap hari mekar mewangi. Sememangnya lumrah lelaki untuk berkelakuan sedemikian rupa. Jenis yang tidak dapat untuk meluahkan apa yang dirasakan oleh mereka. Bagi golongan Adam, memendam itu lebih baik daripada meluahkannya. Jauh berbeza dengan kaum Hawa.

Still tak ingat lagi apa pengorbanan abah selama ini??!!jom2!!!ada lagi...

Masa sekolah rendah, cikgu pun berila satu tajuk esei ni."HERO SAYA". Tajuk yang mudah, ramai sangat yang buat Hero saya adalah abah saya!!!Saya sayang abah saya!!!Walaupun sewaktu sekolah menengah pun masih ada lagi tajuk esei ini. Bilangan perkataannya berubah tapi orangnya masih tetap segar di hati dan masih lagi sama iaitu ABAH. Namun, pernahkah kita betul2 untuk memahami hero kita itu?

Lagi dan lagi...

Setiap kali ada perjumpaan di sekolah, saya hanya mahu mama sahaja datang, dan bukannya abah. Saya menganggap abah tidak memahami pelajaran anak2nya. Tapi, pada satu hari itu, semasa saya darjah 6 kalau tak silap, ketika perjumpaan di kantin sekolah sempena dgn keputusan ujian pertengahan tahun, ayah yang terpaksa datang, mama ada perkara yang hendak dilakukan. Saya sangat berat hati. Saya duduk jauh2 dari abah. Tetapi, kemudiannya, apabila saya diumumkan pelajar terbaik, abah datang memeluk saya. Pada masa itu, saya tidak terlalu terasa, tapi sekarang pada usia menginjak dewasa, peristiwa itu bermain2 di kepala, dan mmpu membuatkan saya menitiskan air mata...

Pada waktu itu, saya sedang berehat di atas katil sambil berbual dengan mama melalui handset dan mama bertanya, taknak cakap dengan abah? Kemudian saya bercakap denga abah.

ayah : adik, bila balik cuti?
saya : lambat lagi abah, bulan 12 kot.
ayah : kenapa lambat sangat? abah ada beli baju untuk adik ni. nanti bila adik balik ke universiti boleh la pakai.
saya : eh, abah beli baju??nanti balik adik ambil la.
ayah : yelah, sebab tu abah tanya adik cuti bila.

kemudian, diam sekejap, lepas tu saya dengar abah macam menangis.

saya : abah? kenapa ni abah?
ayah : (suara menangis) lamanya abah tak dengar suara adik, abah tak tgk adik

MasyaAllah, mendengar kata2 abah, tiba2 saya terkaku. Baru saya sedar selama ini saya hanyalah berbual dengan mama sahaja. Tanpa memikirkan perasaan abah. Akhirnya terjawab juga persoalan saya di atas tentang abah.

Setiap kali cuti semester saya selalu bngun lewat. Abah selalu cakap,"Apala, bangun lewat je tahu. Cubala bangun tolong2 abah sikit pagi2". Nada abah bukanlah nada membebel tetapi memberi nasihat kepada anaknya.

Kak long pernah terpotong rambutnya dengan pendek ketika saya masih kecil, semuanya kerana kesilapan menggunting rambut bahagian depan. Saya masa itu sangat kecil lagi(tadika rasanya), saya berada di dalam bilik abah dengan mama. Abah berasa sebak dan bercerita kepada mama tentang kak long.

Pada masa itu, saya menganggapnya tidak penting. Namun, sekarang baru saya sedar betapa kasihnya abah kepada anak2nya. Itu baru rambut sudahpun sedih.

Masih banyak lagi...

Ingat tak masa kamu kemalangan hari tu? Siapa yang sanggup keluar malam semata-mata nak beli ubat. Masa tu, keesokan harinya exam trial SPM, abah cakap tak perlu ke sekolah. Namun, saya bertekad nak buat juga exam hari tu kerana saya tahu harapan abah dan mama. Abah cakap kepada mama suruh tidur bersama-sama saya, jaga saya dengan baik. Takut kalau2 sakit kesan daripada kemalangan tersebut.

Setiap kali saya nak balik ke asrama, abah pasti membekalkan mcm2 nasihat. Abah selalu bekalkan saya dengan doa. Dan apabila nak 'final exam', ayah akan telefon, bertanya2, dan dia akan cakap, jangan risau, setiap malam ayah melakukan solat hajat untuk kamu.

Kalau dikirakan memang banyak peristiwa saya bersama abah. Semasa saya berada di UTP, abah selalu bertanya tentang keputusan 'final exam' baru-baru ni. Sekarang baru saya sedar betapa menggunungnya harapan abah dan mama kepada saya. Kadangkala terfikir juga, mampukah saya untuk menanggungnya. Tapi, saya akan membuat abah dan mama tersenyum gembira dengan kejayaan saya suatu hari nanti.

Abah jugak seorang yang sentimental. Pernah sekali saya tengok abah termenung di tepi cermin seorang diri. “Abah tengah buat apa?”, terdetik hati ni. YSemasa saya berada di UTP, abah selalu bertanya tentang keputusan 'final exam' baru-baru ni. Sekarang baru saya sedar betapa menggunungnya harapan abah dan mama kepada saya. Kadangkala terfikir juga, mampukah saya untuk menanggungnya. Tapi, saya akan membuat abah dan mama tersenyum gembira dengan kejayaan saya suatu hari nanti. Tiba-tiba terdengar abah sedang berbual seorang diri. Pelik juga tengok abah sedang cakap seorang diri. Tiba-tiba saya terdengar abah berkata, “Meow2 duk kat luar je ye.. Meow2 takleh masuk rumah, nanti mama marah.. Tido baik2 ya..”. Kadang2 lawak juga abah ni.

Sampai sekarang walaupun saya sudah meningkat dewasa, sebelum abah tidur, abah masih lagi sempat untuk membuka pintu bilik dan berpesan kepada saya supaya jangan tidur lewat2 sangat.

SAYA SAYANG ABAH!!!

SAYA SAYANG ABAH!!!

SAYA SAYANG ABAH!!!

Saya tetap anak abah sampai bila2. Wlaupun saya sudah meningkat dewasa, saya tetap anak abah yang masih kecil itu. Saya tetap sayang abah, insyaallah... Tanpa abah, mama akan kesunyian, semangat mama tidak lagi utuh, mama akan kemurungan.. Tanpa abah dgn izin Allah, saya takkan lahir di dunia ni.. Terima kasih abah..


ADIK SAYANG ABAH MACAM ADIK SAYANG MAMA~~

Sekianlah untuk post kali ini. Hanyalah cerita tentang diri saya ini yang tidak seberapa. Maaf jika ada salah silap.

...tnpa disedari, airmata ini sdh bnyk yg mnitis, trllu mudh rsanya untk mnitis..abah, saya akn jga abah smpai ke akhir hyt sya jika diizinkan oleh Allah S.W.T...

siap..(7:00 pagi/Sabtu/21.12.2009)




Please tell the whole world who is your father.. What is so special about him? Can you see and feel his love towards you? How is that? Let’s remember it again.. Let’s think about it.. Hopefully, we’ll never forget him and we’ll always speak about him as much as we speak about our beloved mother. Insyaallah..Do you still have your father? If not, I’m so sorry to hear that. But, deep inside my heart.. I’ll be glad if you can share something about your father here. Coz in your typing, insyaallah.. Everyone else and I, will be able to see your love towards him.. Maybe not fully, but at least we do.. Once, there was a friend told me, ”Everyone is good for something.” As for that, I’m quite sure.. Your father will be proud of you as who you are, because you are good for something and he knows it very2 well.. Insyaallah.. He loves you.. He cares about you.. Let’s see..Hurmmm.. In your eyes right now.. I can see it.. Your love towards him.. Masyaallah.. This is love.. The true love ever after.. Alhamdulillah.. May Allah bless all of us here.. The One who give us this kind of love.. Thanks Ya Allah and I love You too, deeply, madly.. Insyaallah..

Friday, October 23, 2009

sUrAt dAr1 sY@iTaN....

3:16 AM Posted by freezer_91 1 comment
Kalau post sebelum ini adalah surat cinta Allah S.W.T. Mungkin syaitan juga ingin menyampaikan pesanan kepada kita melalui suratnya...

status : sibuk skit 2 3 hari ni..ngn testnyer..hu3..sbb tu xsmpt nk updte blog..:p

semoga kita semua sedar siapakah kita sebenarnya di bumi ini...:-)


Aku melihatmu kelmarin, saat engkau memulakan aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa ada sedikit pun rasa ingin sujud kepada-Nya. Lalu Subuhmu berlalu dengan begitu sahaja tanpa engkau menyesal sedikitpun.

Bahkan kemudiannya, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" kepada Ilahi sebelum memakan sarapanmu.

Kemudian, pada waktu malan engkau juga tidak sempat mengerjakan shalat Isyak sebelum berangkat ketempat tidurmu.

Kau benar-benar orang yang bersyukur, Aku menyukainya. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Wahai orang Bodoh, Kamu telahpun menjadi milikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum benar-benar mencintaimu. Malah aku masih membencimu, kerana aku bencikan Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku keluar dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya. Aku akan tetap mempergunakanmu sehinggalah aku puas hati. Namun begitu, berita buruk bagimu kerana aku tetap tidak akan puas hati terhadap kesemua anak Adam.

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana yang terbaik untukmu dihari depan. Tapi, sayangnya, kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Akanku heret dirimu masuk ke neraka bersama-sama diriku ketika hari pembalasan kelak. Sehingga kita sentiasa dapat bersama dan ini akan menyakiti hati ALLAH dan seterusnya membuat rancangan aku selama ini berjaya!!~

Aku benar-benar berterima kasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan kepada-NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu selama ini. Aku bagaikan Tuhan untukmu. Aku berasa begitu bangga mendapat 'title' sedemikian rupa. Betapa bodohnya engkau selama ini. Kita menonton filem 'porno' bersama-sama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, tidak menghormati pada orang tua , tidak menghargai masjid dan berperilaku buruk. Hatiku sungguh gembira bila aku dapat bersamamu. Marilah kita semua terus mengabaikan Allah S.W.T. Apakah engkau lupa siapakah dirimu sebenar? Terlalu bodoh dirimu wahai manusia!!!!

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. Ayuhlah, wahai orang Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya-lamanya. Aku masih memiliki rencana-rencana yang hangat untuk kita. Usahlah engkau mengikuti apa yang telah ditetapkan oleh Allah itu.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah diperbodoh, aku mentertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergilah dan teruskanlah mengajar orang-orang muda bagaimana caranya berbuat dosa. Usahlah engkau percaya akan perkataan tarbiyyah dan dakwah kerana itu semua adalah ajaran sesat yang dibawa oleh pengikut Allah S.W.T. Ikutlah aku, dan engkau akan mendapat kebahagiaan yang abadi!!!~

Lakukan semua perkara-perkara buruk di depan anak-anakmu dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak . Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang sebelum semuanya terlambat. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. Kau sudah nak mati, aku begitu gembira jika kau masih belum mengenali siapa dirimu. Namun, engkau telah mengecewakanku jika kau bertaubat pada Allah S.W.T. Memperingati orang bukan tabiatku, tapi di usiamu sekarang dan engkau tetap melakukan dosa, terlalu aneh bagiku.

Namun begitu, jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu!!~

Cara yang dapat menyelamatkan dirimu hanyalah dengan menjadi orang yang tolol kepadaku. Kerana orang yang tolol itu adalah orang yang tidak mahu mengikut perintahku dan percaya kepada Allah S.W.T.

Yang selalu menggoda dirimu,

Syaitan...

siap..(4:10a.m.)..:p

MasyaAllah...bertaubatlah selagi kita diberi masa oleh Allah untuk kita kembali ke jalan yang benar.

Semoga kita semua mati dalam keadaan Husnul Khotimah..:-)

Tuesday, October 20, 2009

eSq...

3:34 AM Posted by freezer_91 1 comment
Baru-baru ni saya ada menyertai ESQ sebagai salah seorang ATS. Syukur ke hadrat Ilahi saya dapat 'recharge' balik pengalaman saya apabila menyertai ESQ.

Subhanallah..

Betapa agungnya ciptaan Allah apabila kita merenung dan menghayatinya dengan betul-betul.

Betapa kerdilnya kita di bumi ini. Apabila kita dapat keluar dari angkasa ini, kita dapat melihat lagi betapa banyaknya galaksi-galaksi yang banyak di luar sana. Jadi di manakah rumah yang kita banggakan? Laptop yang kita selalu gunakan? Tempat pengajian yang selalu kita bermegah-megah tentangnya?

dan...

di manakah diri kita??? Apakah kita dapat melihat diri kita yang sombong itu di angkasa sana?? Bahkan apabila kita naik ke langit sejauh 1000 meter pun kita sudah tidak dapat melihat diri kita yang sebenarnya!!!!

MAKA JAWABLAH SOALAN SAYA INI....

1) SIAPA DIRIMU???
2) APA YANG KAMU MAHU????


Allahuakbar!!!!Allah Maha Besar!!!!


Ya Allah, semakin aku jauh dari-Mu, semakin dekat pula Kau menghampiriku...
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih, siapalah diriki di pandangan-Mu...
Semakin cuba ku dekatimu, semakin kuat pula Kau mendugaiku...
Oh Tuhan Yang Maha Sempurna, kerdilnya diriku di hadapanmu...
Bagaimanakah nanti apabila tiba saatnya aku berhadapan dengan-Mu...
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini...
Ya Allah Yang Maha Pengampun...
Di balik bayanga mentari, aku kealpaan dengan dusta dunia yang oenuh dengan kepura-puraan...
Di kala dinahari, aku kepasrahan, mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Ya Allah...






Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abang Redza, Abang Abduh, King, Umi Ida, dan kesemua ATS dan juga para peserta. Semoga kita dapat bertemu lagi di kemudian hari dan insyaAllah di dalam syurga kelak...

Aminn...:-)

sUrAt cInTa Allah S.W.T.

2:40 AM Posted by freezer_91 1 comment
Marilah kita sama-sama menghayati surat di bawah ni..:-)...
semoga dapat mnjd iktbar kpd kita semua..
status : letih..:(
cerita ini sy terfikir ktka berada di Flamingo mggu lps..:-)..


Saat kau bangun di pagi hari, Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepadaKu, walaupun hanya sepatah kata, meminta pendapatKu atau bersyukur kepadaKu atas sesuatu hal indah yang terjadi di dalam hidupmu kelmarin, ataupun mungkin untuk bersyukur setelah Aku hidupkan kau setelah kau mati pada malam tadi, tetapi Aku melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja. Aku kembali menanti. Saat engkau sedang bersiap, Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu, tetapi engkau terlalu sibuk.


Di satu tempat, kau duduk di sebuah kerusi selama 15 minit tanpa melakukan apapun. Maka, Aku hanya dapat melihat masa berlalu tanpa kau menegurKu. Kemudian Aku melihat kau menggerakkan kakimu. Aku berfikir kau ingin berbicara kepadaKu tetapi kau berlari ke telefon dan terus menelefon seseorang yang kau sayang untuk meluahkan perasaan. Tidakkah kau sedar bahawa Aku berada terlalu dekat dengan dirimu. Aku hanya dapat melihatmu tanpa berbuat apa-apa ketika kau pergi bekerja dan Aku menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu, Aku berpikir kau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepadaKu.


Sebelum makan tengah hari, Aku melihatmu memandang kesekeliling, mungkin engkau
merasa malu untuk berbicara kepadaKu, itulah sebabnya mengapa kau tidak menundukkan kepalamu. Kau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara kepadaKu dengan lembut sebelum mereka makan, tetapi engkau tidak melakukannya. Tidak apa-apa. Aku tidak terasa. Akan tetap Aku tunggu sehingga kau menyapaKu.


Masih ada waktu yang tinggal, dan Aku berharap kau akan berbicara kepadaKu juga walaupun sedikit, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan
banyak hal yang harus kau kerjakan. Setelah hal tersebut selesai kau kerjakan, kau menonton television, Aku tidak tahu apakah kau suka menonton television atau tidak, yang Aku tahu hanyalah kau selalu membazir masa di hadapannya, tanpa memikirkan apapun kau hanya menikmati acara yang ada.


Aku terus menanti dengan sabar ketika kau sedang menonton TV dan menikmati makananmu tetapi tetap kau tidak berbicara kepadaKu. Saat tidur Kupikir kau merasa terlalu letih. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau terus pergi ke tempat tidur dan tertidur dengan nyenyaknya. Aku tidak terasa sedikitpun dengan perangaimu itu kerana mungkin kau tidak menyedari bahawa Aku selalu hadir untukmu. Aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. Aku bahkan ingin mengajarkanmu bagaimana untuk bersabar dengan orang lain. Aku sangat mengasihimu, setiap hari Aku menantikan sepatah kata, doa atau fikiran mahupun syukur dari hatimu.


Dan hari ini....kau bangun kembali untuk meneruskan pekerjaanmu dan Aku akan menanti dengan penuh kasih sayang bahawa hari ini kau akan memberiKu sedikit waktu. Semoga harimu menyenangkan.

Yang selalu menyertaimu setiap saat,

ALLAH S.W.T.


siap..:-)(3:15a.m.)...(20/10/2009)...

Subhanallah..betapa Allah cinta akan kita semua. Namun, apakah yang kita lakukan selama ini??

Pernahkah kita terfikir untuk sentiasa bertasbih kepada Allah??
Pernahkah kita memohon kepada Allah untuk menjadikan setiap perbuatan kita adalah sebagai tasbih kepadaNya...

Thursday, October 15, 2009

s3dArkAh kIt@...????!!!

3:02 AM Posted by freezer_91 No comments
status : skrg ni terpaksa update blog malam2..sbb ptg sibuk sikit..:-p
rancangan : esk dah nk pergi ke KL..Flamingo Hotel, Ampang..ad ESQ kt sna..sesiapa yang pergi..c u there!!~..:-)

Back to the topic..marilah kita sama-sama membaca cerita ini..semoga kita sedar siapakah diri kita yang sebenarnya..



Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan pada waktu subuh. Mereka berdua ini kemudian telah mengikat tali persahabatan dan berjanji akan hidup bersama untuk selama-lamanya.

Ketika waktu subuh berakhir dan manusia itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun tersenyum sambil berkata, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!!"

Apabila masuknya waktu Zuhur dan manusia tersebut tidak juga mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil berkata, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!!"
Ketika waktu Asar mulai habis dan dilihat manusia tersebut masih lagi leka dengan aktivitinya, syaitan mulai terdiam......

Kemudian pada waktu Maghrib, temannya itu tidak mengerjakan solat juga, maka syaitan mulai gelisah dan tak tentu arah, senyumnya sudah berubah menjadi masam. Wajahnya menampakkan bahawa ia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

Apabila dilihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isyak, syaitan itu sangat panik. Ia tidak dapat membendung perasaan cemasnya lagi dan terus berjumpa dengan sahabat manusianya lalu berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan tali persahabatan kita !"

Dengan penuh kehairanan manusia ini bertanya,

"Kenapa engkau ingkar janji, bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat selama-lamanya??".

"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gementar.

"Nenek moyangku dulu hanya sekali membangkang perintah-Nya, iaitu ketika disuruh sujud pada "Adam". Hanya dengan satu kesalahan kami telah dilaknat oleh-Nya; inikan pula engkau yang hari ini sahaja aku lihat telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Aku tidak dapat membayangkan betapa besarnya murka Allah S.W.T. kepadamu!", kata syaitan sambil beredar pergi.


Fikir-fikirkanlah...:-)

letihnyerr..:(..bru blk main badminton..klh lgi hri ni..hu3..frust r..hak3..:p

Wednesday, October 14, 2009

sAaT rOh & jAs@d tErPis@h.....

2:58 AM Posted by freezer_91 1 comment
Mengantuk..:-(..tp insyaAllah akn ditahan demi menyiapkan post untuk kali ini..hu3..
status : hidup di utp memang bez!!!~hak3..

baiklah..mngrut r tu...back to the topic!!~

MATI!!!MATI!!!MATI!!!MATI!!!MATI!!!MATI!!!MATI!!!MATI!!!MATI!!!MATI!!!MATI!!!

MATI bermakna roh seseorang itu akan keluar dari jasadnya...bersediakah kita??

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang sejuk kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku sakit akibat daripada keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami untuk kali terakhir kerana ia tidak mungkin dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, janganlah kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku".

"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat Kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya."


Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang Mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat Maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka Keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan Zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata maka: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikat-Ku, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan Dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama untuk kali ini...insyaAllah..post akan diupdate selalu..klau xsbukla..hu3...tp hjung mggu ni xkt..sbb nk pg esq..:-)

Salam...:-)(pukul 4 a.m.)

Friday, October 9, 2009

sAtU pEnErb@nGaN.....

3:36 AM Posted by freezer_91 2 comments
fuhsss..sudah lama rasanya xmeng-update blog ni..hu3..
akhirnya ada jugak masa untuk menulis post yang seterusnya..harap semua dapat mengambil iktibar...insyaAllah..sama2 la kita saling ingat-mengingati antara umat Islam agar Islam terus membangun!!!~~

harap dapat memberi komen..baik atau buruk..tulis saja..jangan risau..saya open-minded person..insyaAllah..akan cuba untuk memperbaikinya..:)


Penerbangan...saya terlintas bila melihat ramai rakan-rakan saya pulang ke kampung dengan kapal terbang.

Cuba kita bayangkan, apabila kita berangkat dari alam duniawi ini, ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang jadual penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia, AirJordan mahupun MAS, tetapi
Al-Jenazah.

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, dan ianya hanyalah di atas kesudian Pencipta kita.

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih.

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana.

Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.

Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, namun sekadar kain yang diwangikan.

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA,Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam keadaan gelap gelita.

Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa sama ada kita layak ke destinasi yang diidamkan atau tidak.

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.

Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

Di mana destinasi terakhir sama ada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..
Ianya percuma, jadi simpanan di dalam bank anda tidak akan dihabiskan. Janga risau akan kehabisan wang untuk mendapat penerbangan ini. Ia F.O.C...free of charge.
Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan
Jangan risaukan penangguhan, kerana penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia
berangkat dan tiba tepat pada masanya. Tidak lewat sesaat dan tidak cepat sesaat.
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda
disenyawakan di dalam rahim ibu.

Oh, ya!!Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang bakal duduk di sebelah anda.
Hal ini kerana anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.
Oleh itu, bergembiralah selagi boleh!!!!
Itupun jika anda berpeluang untuk bergembira!!!

Ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'
Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan! Ini adalah penerbangan sekali seumur hidup! Semua orang akan merasainya!!

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
BETAPA BANYAKKAH BEKALAN KAMU UNTUK BERANGKAT???
ANDA BERSEDIA MENERIMA LAYANAN DI SANA NANTI???

sama-samalah kita fikirkan hal ini, cuba bayangkan anda akan berangkat setelah anda habis membaca post ini......

Sunday, September 27, 2009

bAnDaR iMp1aN....

12:55 AM Posted by freezer_91 2 comments
Esok dah nak balik ke UTP. Mungkin post saya tidak ter-update 2 3 hari. Kalau diizinkan Tuhan saya akan terus meng-update. InsyaAllah..=))


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. "Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman purba?" detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan tisu. Tisu itu kemudian dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik..tolong kutip tisu itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Dia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken, orang besar negara ini. "Pakcik, biarlah saya tolong pakcik untuk mengutipnya, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken membetulkan tali lehernya. "Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu mata,tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Every man has its ow price". detik Ir. Sulaiman Akhlaken. Namun, Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang canggih. Ada helikopter bergerak di udara.Bermacam-macam jenis helikopter berterbangan sekaligus. Bas sudah tidak kelihatan ke sana sini. Namun, yang adanya adalah bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka, semuanya kuno. "Ah, di mana aku sekarang ini", gerutu hati Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken.

"Hoi budak kecik!!Aku dimana sekarang?!!" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang hatinya tatkala melihat raut wajah budak itu. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat dia menjawabnya,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Lamborghini, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak.Serban mereka berwarna hitam dan berjalur biru.

"Assalamualaikum. Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman. Oleh sebab itu pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali," kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya terlalu tinggi.

"Apa? Dia nak marahkan aku?," detik hatinya. "Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat
apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?" tanyanya angkuh. "Pakcik, kami bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. "Oh, oh, maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" tanya pegawai itu pula. "Aku yang gila, atau dia yang gila?" detak hati Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah dan tak ada yang pelik. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula iaitu Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Crocodile. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang
status dan kejayaan. Dia yang kolot, dan dia jugalah yang ketinggalan zaman.

" Wahai orang kolot, pakaian aku adalah pakaian pemimpin. Aku orang besar di negara ini. Aku dah mengelilingi dunia dengan pakaian ni dan semua orang memandang tinggi padaku".

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam masih lagi belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar2nya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang2 bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti
Darul Taqwa ini."

Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken kebingungan."Di mana aku sebenarnya?" dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa tersebut dan budak kecil itu. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain dah tak ada. Ke mana perginya KLCC, KL Tower. Dia sendiri pun tak tahu.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini Jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam yang dahulunya seorang penoreh getah. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan zahir dan batin bandar ini".

"Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi Jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan2 itu terus menyerang benak pemikiran Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken.

"Pakcik, kami rayu kepada pakcik agar membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang,
lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan akhirat".

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an.

"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! Seksa Neraka amat pedih. Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken. Dia melarikan diri sekuat-kuat hatinya. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Dia terlepas. Lega, dahaga, dan lapar mula menguasai dirinya. Dia mesti makan dan minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar bunyi suara seseorang dari speaker yang berada di tepi-tepi jalan.

"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Dr. Azam, hartawan besar berada di Jalan Istiqamah. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken, orang besar di bandar Kuala Lumpue itu tidak akan mencemar duli untuk menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya
berserban dan berjubah.Matanya masih tidak dapat menerima lagi apa yang dilihatnya.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk perempuan. Di sini untuk lelaki". kata pelayan restoran tersebut. "Ceh! Diskriminasi, double-standard, lelaki dipisahkan daripada
perempuan. Apa maknanya semua itu. Siapalah seorang perempuan tanpa lelaki". Mukanya dicemekkan kepada pelayan. "Ada tak restoran lain yang mengamalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni".

Lelaki itu tersenyum lalu berkata,"Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Mohamad Amir, pemimpin Darul Taqwa ini telah menaikkan taraf wanita. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan", terangnya.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni". "Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada seorang pun yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu. Subhanallah...", keluh tuan restoran itu. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Ah! Apa yang aku peduli semua itu. Janji perut aku diisi. Nasi beriani sepinggan!"ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya, apa peliknya?". "Baik, tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala
makan berjemaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia bertambah geram, direnungnya ke hadapan. Tidak ada sebuah pun meja makan, yang ada hanyalah hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang! Jijiknya! Manusia jenis apakah mereka ini! Aku tetap aku! Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. "Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki." kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken makan dengan seleranya. Restoran itu berhawa dingin lengkap dengan peralatan serba canggih.

"Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh", ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja. Melihatkan dari raut wajahnya, seperti orang yang baru kehilangan share saham yang amat bernilai.

"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken cuba untuk mendengar perbualan mereka. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit. Malang nasib ana. Ana tunggu
lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana", keluhnya. "Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka sepatutnya membantu kita. Tolonglah terima sedekah kita ni. Susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahla nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita. Ya Allah, apakah nasib kami ini",keluh sahabat lelaki itu tadi. "Kalaulah kita hidup di zaman nenek moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementeriannya. Saya nak melabur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.

Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken bertambah pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan, berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ", kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah bercampur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini?" suaranya semakin nyaring. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 90-an dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa
menghidapnya. Batalkan saja pesanan saya tadi, banyak sangat cakap, entah kedai jenis apa ni. Langsung tak mahu untung. Saya perlukan hiburan sekarang. Di mana boleh saya dapati?" tanyanya.

"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma." Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam-macam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kerumitan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre
Cardinnya ia masih kelihatan kolot. Entah di mana falsafah moden Datuk Ir. Sulaiman Akhalaken. Pada pakaiannyakah, atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar-"KHAUF". Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu:

MATI ITU TERLALU SAKIT;
ALAM BARZAKH YANG PASTI;
MIZAN NOKTAH PENYESALAN;
IZRAEL DATANG TIBA-TIBA

Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya.

Jenis lagu pakah ni? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer:'RAJA'. Kemudian tercatatlah tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti...

FIRDAUSI MELAMBAIMU;
DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA;
KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI

Kepala datuk Ir. Sulaiman Akhlaken makin pening memikirkannya. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke? Lady Gaga ke, Eminem ke, kemana perginya artis2 yang hot itu", tanyanya kepada seorang anak muda berjubah biru di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Paling hangat di kalangan anak2 muda". "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken. Telinganya ditumpukan pada speaker di restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi negara asing itu. Ayat suci Al-Quran bergema...

"Eh, ni suara orang mengaji". "Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya", kata pemuda berjubah biru itu sambil matanya ditutup untuk menghayati lagu tersebut. Kemudian getaran suara bergema....

Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!


Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken tak tahan lagi. Ia mengeluh kebencian dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami
halalkan sajalah". Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken menjadi semakin geram. Dia berkata "Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit jenis ini sudah tidak wujud lagi, yang ada sekarang hanyalah kad kredit bank2 Islam sahaja, kami halalkan sajalah." "mana boleh! Pantang saya jika keturunan saya meminta sedekah. Saya ada harta simpanan berjuta-juta di dalam bank. Takkan la saya kena bawa semua itu barulah awak percaya saya ni bukan orang miskin! Nanti kena curilah harta saya itu!" " Darul Taqwa tak ada pencuri tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka". ujar cashier tersebut.

"Sudah!! Aku tak nak dengar semuanya. Makin lama aku di sini makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken. Dia lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar, semua pandangannya menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini dapat mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Kapal terbang sekarang sudah tidak ada Air Asia bahkan bernama 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT'. Apa maksud nama itu. Betapa hodoh dan buruk nama tersebut! Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :"KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Meluatnya! Bagila yang seksi2 sikit! Di jalan2 raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek sesama sendiri.

Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken tiba2 menjerit. Tekanan dalam jiwanya tentang apa yang dihadapinya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus bak gunung berapi.

"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk! Ada berita buruk!" Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken terbangun. Mujurlah semua itu hanyalah mimpi semata2. Dia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya pada hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? " tanya Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken. "Tidak, rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya".

"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam? " keluh Datuk Ir. Sulaiman Akhlaken. Digosok-gosok lagi matanya. Adakah dia benar2 kembali ke zaman sekarang.

ISLAM adalah tertinggi...
tiada yang lebih tinggi melainkan ISLAM...
ISLAM itu agama Allah...
agama Allah PENYELAMAT UMMAH...
maka

ISLAM PENYELAMAT UMMAH...

semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada cerita saya di atas ni...maaf jika ada salah dan silap dalam menulis cerita ini..hu3...:p

mula pada 2:00 p.m. (25/09/2009)-->lps blk dari solat Jumaat..:p
siap pada 3:40 a.m. (27/09/2009)

Saturday, September 26, 2009

bTuL2 cAnTikKaH kiTa???

4:21 AM Posted by freezer_91 No comments
Seringkali kita berbual tentang kecantikan perempuan dan kegagahan('ke-machoan') seseorang lelaki. Bolehkah seseorang lelaki menjadi seorang yang amat cantik??
Jawapannya adalah...

"Impossible is Nothing"...=))

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukanlah pada rupa parasnya tetapi pada murni rohani

Lelaki yang cantik...

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah kenal erti putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hatinya dan bukan pada rupanya...
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki....


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada otot-otot di badannya, tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah,

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Adalah perempuan yang setia pada yang satu,
Adalah perempuan yang tidak mahu hidupnya disia-siakan,

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan. Ia adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan........

k1sAh Rasullullah S.A.W. dGn pEnGeMi$...

4:08 AM Posted by freezer_91 No comments
fuhsss..2 hari dah xupdate rasanya..hu3..sibuk sikit..:p
jom kita bercerita tentang idola kita pulak...=))

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Baginda SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a."Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya.

Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, Si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila dia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu berkata.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata,"benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...." Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

betapa kita boleh melihat betapa penyabarnya idola kita iaitu Rasulullah S.A.W...
tidakkah kita mahu menjadi seperti baginda???...:))

Wednesday, September 23, 2009

dIaLoG cInTa bDk2 sAiNs...=p

3:50 AM Posted by freezer_91 No comments
I : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak mempercayai cintaku??

You : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

I : Kau jangan salah ertikan gradient garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi elemen dan bukannya compound.

You : Tapi, aku berasa seperti kasihmu inversely proportional dengan kesetiaan yg kuberikan.

I : Tapi, cintaku padamu adalah constant!!!

You : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum dibuktikan dengan Law of Trigonometric.

I : Tapi, aku mengamalkan Newton's Third Law di mana setiap tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

You : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak seperti Brownian movement.

I : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses conduction dan convection.

You : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

I: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

You: Adakah kita akan mengalami chemical reaction yang reactionnya vigorously?

I: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan light microscope.

You: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif di dalam reactivity series dan akan bertindak balas dengannya.

I: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya dan menggunakan Heron's Formula untuk mecari betapa luasnya perasaan kasih dan sayangku padamu.

You: Tapi, cintaku adalah vector quantity. Aku telah memberikan cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?

I: Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

You: Itu semua boleh diabaikan seperti yang Le Chartelier buat, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yang constant.

I: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 50 dibahagi dengan 100 daripada iman.

You: Tapi, imanku adalah infiniti!

I: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan Avogadro's constant iaitu 6.022x10^23.

You: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekananku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami proses haemolysis.

I: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolysis.

You: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau diamond, tetapi rupa-rupanya kau graphite. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........


maaf jika bahasa yang digunakan sedikit rojak(bi+bm)...hu3..sekadar untuk menghiburkan hati..:-p

Tuesday, September 22, 2009

bEgIn1kAh kItA???

3:38 AM Posted by freezer_91 1 comment
Bayangkan peristiwa ini berlaku kepada anda semua.....=))

Suatu hari ketika sembahyang Jumaat yang dihadiri oleh lebih
kurang daripada 1,000 jemaah...
Tiba-tiba, masuklah dua orang lelaki yang menutup seluruh tubuh mereka dengan
pakaian hitam.. kecuali dua biji mata dan membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu untuk menyelamatkan diri....

daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam... Lelaki tadi kemudiannya
membuka penutup mukanya dan melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman
mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan
jemaah tersebut....

Adakah cerita di atas lawak bagi anda??

fikir-fikirkanlah..

"Lawakkan, dari 1,000 orang yang mengaku dia Islam hanya
20 yang betul-betul beriman... "

"Lawakkan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan
ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki yang hanya membawa
mesingun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi sekarang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari.. lupa yang dia belum sembahyang Jumaat
lagi..."


"Lawakkan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..
itu pun bila sembahyang Jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada
lagi dahsyat..setahun 2 kali aje.. bila tibanya sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran"

"Lawakkan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi masih lagi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawakkan, kita boleh bersembang dgn makwe atau pakwe kita berjam-jam tapi bila tiba masa nak berdoa kepada ALLAh alahai.. mulalah tak cukup masa.."

"Dan yang lebih lawak lagi..berapa ramai yang sanggup membaca bahan-bahan ilmiah daripada membaca majalah-majalah picisan di luar sana"

Wallahualam..

semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari post yang tidak seberapa dan tidak sempurna ini...

=))..

bILa mAuT dAtAnG mEnJemPut....

3:10 AM Posted by freezer_91 No comments
Assalamualaikum,

sedikit perkongsian untuk kali ini..

pernahkah kita terfikir akan kematian?

"MATI"..satu perkataan yang terdiri daripada empat huruf sahaja. Tetapi perkataan tersebut boleh sahaja terjadi kepada kita pada bila2 masa sahaja. Mungkin ketika anda membaca 'post' saya ini. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

BILA MAUT DATANG DENGAN TIBA-TIBA

Aku bimbang ..sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau sekarang..aku mati?
Sembahyangku masih banyak yang belum terqada'..
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum terbayar..
Hutangku masih berlambak-lambak..
Dosaku dengan orang lain masih banyak yang belum termaaf..
Segala ilmu-ilmu yang dituntut masih belum aku gunakan ke arah kebaikan..
Kewajipanku sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini masih belum terlaksana..

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman yang manis lagi menawan??
Atau ............apakah aku akan dibelasah oleh samseng-samseng alam barzakh??
Apakah aku dapat menahan sakit tatkala ular kubur datang menggigitku akibat sembahyangku yang amat sedikit??

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apabila Maghrib masuk..semua orang ke surau menyembah Allah..
Aku masih lagi dalam perjalanan pulang ke rumah..
Orang tengah bertasbih, bertahmid, dan berzikir memuji Tuhan..
Aku tertidur akibat keletihan melakukan aktiviti seharian..
Orang menggunakan masa mencari keredhaan Tuhan..
Namun, aku masih membuang masaku dengan perkara-perkara yang lagha..

Entah bagaimana nasibku jikalau esok subuh Izrail datang bertandang untuk menjemputku..
Bagaimanakah nasibku..setelah meninggalkan dunia yang penuh dengan kezaliman ini??

Aku bimbang..sangat bimbang..
Kerana imanku masih belum cukup untuk membolehkan aku meninggalkan dunia ini dengan aman..
Ketika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendoakanku??
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah2 Al-Qur'an??
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan..
Siapakah yang akan mengenang nasibku ketika aku berada di dalam kubur nanti??
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan..
Kerana aku bukanlah orang-orang yang ternama yang berada di dalam kubur yang tersergam indah..
Oleh itu..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome??
Kenapa aku terus lalai dengan duniawi dan bukannya mengejar akhirat??
Adakah kita mahu terus alpa dalam keadaan sekililing yang sedia alpa??

Aku bimbang..sangat bimbang..

Wahai saudara2ku yang terus leka dengan duniawi di luar sana..
Kembalilah ke jalan yang benar..
Berjihadlah di jalan Allah..
Kerana hanya dengan itulah kita dapat menjadikan kita seorang insan yang mulia..
Berhentilah menjadi sahabat syaitan..
Agar hidupmu mendapat keredhaan Allah S.W.T.

dan..

sebelum engkau kembali kepada-Nya...

ingatlah slogan yang sentiasa menjadi prinsip di dalam diri saya..

"MATI SYAHID ATAU HIDUP MULIA"...

pilihlah...=))

Sekian...=))

Monday, September 21, 2009

bErsAjaK sKiT...:-p

2:22 AM Posted by freezer_91 No comments
Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, insyaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..

beReHat sEbEnTaR bErSaMa....=))

1:07 AM Posted by freezer_91 No comments
3 Remaja Bermasalah

Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka lepak. Salah seorang daripada mereka bernama Ali, dan dua orang lagi Budin dan Ciko. Aktiviti seharian mereka adalah melepak dan telah menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada suatu hari tok imam cuab untuk mentarbiyyah mereka bertiga.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu mencabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau pada waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Ok, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang tok imam sangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib dan pergilah mereka bertiga ke surau.

Tok imam pun menyuruh Ali untuk azan. Tanpa berlengah terus sahaja Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Maka, terserlahlah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Yang menjadi masalahnya, tok imam sekali angkat takbir xkhusyuk, dua kali pun xjuga, tiga pun masih lagi xkhusyuk.

Masuk je kali ke-empat, Budin memanggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur la ke belakang.

Budin pun mengangkat takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut sama mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni berpusing ke belakang dan berkata, "Haa, tengok! Sekali je saya buat tokkkk!! Takkan la itu pun susah!!" Lalu batallah solat Budin. Yang lain-lain pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan menjadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun tak habis2 memuji si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu tok imam. Kalau tak, lagi dahsyat la saya sembahyang. He heee..."

kua3....hak3...

p/s-->semoga terhibur dengan karya yang tak seberapa ini...=))

cUkuPkAh iBaD@h kItA...??

12:22 AM Posted by freezer_91 No comments
1hari=24jam
Satu TAHUN=?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
< 60th
> 70th
60th - 70th
(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th

'Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia'
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun=18250 hari=458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... . ....!

Waktu kita tidur = ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... .....

Waktu aktiviti kita di siang hari = ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat = ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..

hasilnya adalah :

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun



Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;

'Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU'.


Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya..
' Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya '

Lalu Bila Nak Beribadah???

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?


Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???

1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

hanya 2 tahun??!!!Sedangkan Yang Maha Esa telah byk memberikan nikmat kepada kita!!

Kesimpulan:waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!Kalau solat acuh tak acuh..amacam? )
2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....

itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;

dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah..dunia bukan segala-galanya buat kita semua..

FIKIR-FIKIRKANLAH...=))

Sunday, September 20, 2009

kEnAnGan ValenTiNe sEorNg MuJaHiDaH....

10:23 AM Posted by freezer_91 1 comment
Aku lontarkan pandangan pada buih-buih putih. Buih demi buih. Ku alih pula pada ombak yang beralun, menghempas pantai. Setia, ombak dan pantai, bagai janji yang dipateri. Setiap masa ombak merindui pantai yang setia menanti.

Aku larikan pula bebola mataku pada camar yang berterbangan, sekali-sekala menyambar ikan-ikan kecil di laut, kemudian terbang bebas di angkasa. Ku usir pasir di kaki dengan hujung kasut, halus bersinar bila disinari matahari. Bebola yang bersinar lembut di ufuk timur menyenangkan. Ku berterima kasih pada redup pohon rhu yang menaungiku.

Kadang-kadang daun-daun kering berguguran menimpaku. Disapa pula bayu laut yang lembut, menenangkan. Sungguh, alam ciptaan Allah yang amat indah. Saling melengkapi. Pantai ini tidak pernah berubah, masih tetap cantik. Tidak teracun dengan pembangunan yang menggila, tetap setia menerima pengunjung.

5 tahun lalu, pantai ini sama seperti ini, yang bezanya peristiwa. Bezanya sejarah yang tak dapat diubah. Pantai ini pantai yang bernastolgia. Pantai ini berserakan dengan memori yang tak pernah aku cuba cantum. Biarlah ia begitu. Biarlah aku menikmati, mengutip memori demi memori, kemudian aku ketawa dan menangis. Pantai ini pantai yang bermakna. Pantai inilah yang merubah detik-detik sejarah hidupku. Memori yang tak akan ku padam sampai bila-bila. Biarlah ia sentiasa segar, sentiasa mekar. Sama seperti hari ini, di atas bongkah batu besar di bawah pohon rhu yang teduh, 5 tahun lalu, aku duduk di sini.

Sejak pagi lagi aku sudah berada di sini. Aku tunggang VR 125 sebelum menjamah sarapan pagi, membuatkan dahi mamaku berkerut. Pertanyaan mama ku biarkan tanpa jawapan. Hatiku pecah berderai, bagai kaca dihempas ke batu. Aku dapat rasakan hatiku bagai disiat-siat. Pedih. Sungguh pedih kekecewaan ini. Aku kemudiannya mengheret kakiku tanpa arah tujuan. Menyusuri pantai yang panjang. Aku cuba lontarkan kekecewaan ini ke tepi laut untuk melepaskannya, tapi aku tak mampu.

Masakan kasih yang dibina kukuh sebelum ini boleh ku lupakan begitu sahaja. Bolehkah janji sebelum ini dilupakan begitu sahaja??

Letih mengheret kaki menyusuri pantai, akhirnya aku memilih untuk duduk di atas sebongkah batu besar yang teduh diredupi sepohon rhu tua. Aku masih tidak dapat menerima apa yang sudah berlaku. Aku teresak-esak di atas bongkah batu bagaikan seorang kanak-kanak. Aku tenggelam dengan esakanku. Ajaibnya air mataku bagai tidak kering-kering mengalir membasahi pipiku yang sudah lencun. Aku teresak dan terus teresak sambil kutekupkan kedua tanganku di muka. Aku bagaikan berada di awang-awangan, dalam duniaku yang tersendiri. Aku terus hanyut. Hanyut dalam tangisanku.

“Assalamualaikum” Satu suara lembut memberi salam kedengaran dari sebelah kananku. Aku angkat mukaku. Kelihatan seorang gadis tersenyum memandangku. Aku kira dia tua sedikit daripadaku melihatkan wajahnya yang kelihatan matang. “Waalaikumussalam” Jawabku acuh tak acuh. “Boleh saya duduk?” Gadis itu memohon kebenaran untuk duduk di sebelahku. “Duduklah, lagipun bukan saya punya”. Aku masih acuh tak acuh. Lantas gadis itu duduk di sebelahku. Kemudian dia senyap, pandangannya di lontar jauh ke tengah laut.

Kemudian bibirnya seolah-olah menguntum senyum. Dia seolah-olah menikmati keindahan alam yang indah ini. “Cantikkan?” Gadis itu tiba-tiba bersuara setelah beberapa ketika mendiamkan diri. “Hmm?” Aku kurang jelas dengan soalannya. “Cantikkan alam ini? Ombak itu..” tunjuknya pada ombak yang beralun. “Alunan ombak seolah-olah menggambarkan hidup manusia, ada ketika gembira, ada ketikanya juga akan berduka. Ia sama, kerana keduanya akan terpampan pada pantai yang setia. Begitu juga manusia, duka itu akan ada akhirnya jua”. Aku tersentap. Gadis itu seolah-olah dapat membaca pemikiranku.

“Siapa awak ni?” Aku sangsi dengan kewujudan gadis ini. “Maafkan saya kerana terlupa memperkenalkan diri. Saya Izzah”. Dia tersenyum ikhlas sambil menghulurkan tangan. “Rieyn, Adrina” Tangannya ku sambut ragu-ragu. “Boleh kita sama-sama lalui ujian ini?” Dia tersenyum memandangku menyerlahkan keikhlasannya. Aku merenungnya tanpa kata. Aku tarik panjang nafasku kemudian ku lepas beransur-ansur.

Gadis ini bagaikan mengetahui apa yang bergolak di hatiku. “Luka di hati ini tak sama dengan luka fizikal. Luka fizikal dapat dirawat, tapi luka di hati ini terus begitu”. Ujarku lemah sambil menggigit bibir. Entah bagaimana aku mempercayai Izzah. Naluriku mengatakan dia gadis yang punyai prinsip. “Ujian bukannya untuk kita larikan diri, tetapi ujian adalah tarbiyah dari Allah, untuk kita lalui, kerana di sebalik ujian itu tersimpan sejuta hikmahnya”. Tenang Izzah menuturkan kata.

“Tapi hati ini terlalu kecewa. Hati ini bagai dirobek belati”. Aku menggagahkan diri untuk bersuara. Rasanya terlalu pedih untuk aku luahkan. Air mata kurasakan kembali bergenang. Perasaanku kembali bergelora bagaikan ombak di lautan. “Sebenarnya dah lama Izzah perhatikan Rieyn. Sejak Rieyn datang ke sini lagi. Izzah perhatikan Rieyn berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai. Bila puas, Rieyn duduk kat batu ni kan?”. Izzah terangkan dengan jelas. Dan aku mula bercerita kepada Izzah.

Saya kenal Zamri setahun lalu. Dia boleh dikategorikan sebagai lelaki pilihan perempuan. Tinggi dan berwajah tampan. Orangnya juga bijak dalam pelajaran. Saya antara ramai wanita yang cuba mendampingi Zamri. Entah macam mana Zamri memilih saya sebagai temannya. Perhubungan saya dan Zamri mula intim dari hari ke hari. Tidak sah satu hari tanpa ber ‘sms’ dan telefon. Zamri seorang yang pandai mengambil hati. Dia selalu membeli hadiah untuk saya. Dia juga berjanji untuk menjaga saya sebaik mungkin. Kami digelar pasangan paling ideal di sekolah. Paling penting kami saling menyayangi. Pantai ini selalu menjadi saksi janji kami.

Saban minggu pantai ini menyambut kedatangan kami. Bersama kami melihat alunan ombak menghempas pantai lalu menghasilkan buih-buih putih. Juga kami berkejaran riang di gigi air mengutip kulit-kulit siput. Saya merasakan bahagia menyelubungi kami. Kami saling berjanji untuk sehidup semati. “Dalam usia semuda ini?” Izzah menyampuk ceritaku. “Ya, kami saling berjanji sehidup semati. Usia bukanlah penghalang kami. Kami mahu berjanji setia pada hari kekasih. Hari yang semua pasangan kekasih menyambutnya”. Sambungku. “14 Februari? Bukankah hari ini?” Izzah bagaikan tidak sabar. Tapi aku meneruskan ceritaku tanpa mempedulikan soalan Izzah.

14 Februari. Hari Valentine. Kami sudah berjanji untuk menyambutnya di sini. Di pantai yang indah ini. Tapi rupanya betullah kata orang-orang tua, kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Zamri gagal saya hubungi sejak minggu lepas. Telefon bimbitnya dimatikan. Saya tiada nombor telefon rumahnya. "Biar saya yang telefon awak." Dia selalu berkata begitu apabila saya meminta nombor telefon rumahnya. Dia telefon saya menggunakan telefon bimbitnya. Rumahnya juga tidak diberitahu kepada saya. Nanti tiba masanya saya akan tunjukkan. Dia menuturkan begitu apabila bertanyakan rumahnya. Tapi saya positif, mungkin dia tidak mahu diganggu.

Hingga ke hari inilah dia tidak dapat dihubungi. Dan kerana itulah saya di sini. Aku menamatkan ceritaku pada Izzah. “Saya mengerti perasaan awak. Setiap insan mempunyai fitrah untuk menyayangi dan disayangi”. Izzah berespon segera. “Tapi saya rasakan saya ditipu. Perasaan saya dipermain-mainkan”. Aku meluahkan perasaan yang bersarang di lubuk hati. “Rasulullah juga punyai perasaan menyayangi dan disayangi. Cintanya pada Khadijah, isteri Baginda tiada tolok bandingnya. Khadijahlah yang banyak menemani Baginda melalui ranjau perjuangan. Khadijahlah yang member perangsang kepada Baginda. Kasih sayang Khadijahlah menyelimuti hati Baginda tika keluh kesah”. Izzah pula bercerita.

“Betulkah begitu?” Aku menyoal kehairanan. Tidak pernah cerita ini diperdengarkan kepadaku. “Islam tidak menghalang kasih sayang. Buktinya ditunjukkan melalui Rasulullah s.a.w. Baginda menangis tika Khadijah meninggalkan alam ini. Sehinggakan tahun pemergian Khadijah digelar Tahun Berkabung. Kita boleh berkasih sayang tetapi jangan kita melanggar batas batasan agama kita”. Luncur Izzah menuturkan bicara.

“Islamlah cara hidup yang memenuhi fitrah manusia. Semua kehendak manusia dapat dipenuhi oleh Islam”. Izzah tersenyum memandangku. Hatiku terkesan dengan kata-kata Izzah tadi. Selama ini tiada orang yang berbicara topik ini denganku. Baba dan mama? Baba sibuk dengan politiknya. Lobi sana, lobi sini. Tabur duit sana, tabur duit sini. Wakil rakyat penggal depan sasarannya. Mama pula sibuk dengan persatuan wanitanya. Lawatan sana sini. Setiap hujung minggu ada aktiviti. Tinggallah aku keseorangan di rumah dengan Mak Cik Kiah, pembantu rumahku. Abangku di IPT. Adikku di sekolah berasrama penuh.

“Mahukah Rieyn bersama kami?” Izzah bersuara setelah melihat aku diam sejenak. “Awak buat apa kat sini sebenarnya? Awak datang dengan siapa lagi?” Aku inginkan kepastian. “Saya datang bersama kawan-kawan. Sebenarnya kami ada perkelahan. Kalau Rieyn nak sertai kami bolehlah. Kat hujung sana tu..” ujar Izzah sambil menunjukkan tapak perkhemahannya. “Boleh juga” Cepat aku menyatakan persetujuan. Aku sebenarnya ingin mengenali Izzah dengan lebih rapat. Gadis ini nampaknya punyai banyak keistimewaan.

Lantas aku telefon mama. Maklumkan aku tidak balik rumah malam ini. Mama diam tanpa kata. Bukan kali pertama aku tidur di luar. Lantas aku mengatur langkah-langkah mengikuti Izzah ke perkhemahannya. Alangkah terkejutnya aku, kesemua mereka bertudung labuh. Aku ingatkan Izzah seorang sahaja yang bertudung labuh dan berjubah. Satu fenomena baru bagiku. Sekumpulan gadis berjubah dan bertudung labuh berkelah! Setahu aku golongan seperti ini amat terbatas pergerakan. Jubah dan tudung labuh itu bagai memenjara fizikal dan mental. Namun hari ini anggapanku sebelum ini silap. Tudung labuh bukanlah membataskan aktiviti seharian. Bahkan mereka sangat peramah dan berlemah lembut.

Musyrifah, Husna dan ramai lagi menghulurkan salam ukhwah kepadaku. Aku jadi malu. Aku tidak bertudung! Aku pakai t-shirt! Aku berseluar jeans! Gaya ranggi wanita moden! Namun mereka tidak memandang aku lain dari mereka. Aku dilayan bagaikan seorang puteri. Ombak berderu menghempas pantai mematikan kenanganku.

Itu cerita 5 tahun lalu. Detik-detik yang merubah perjalanan hidupku. Tarikh yang ku ingati bukan kerana Valentine, yang kemudiannya baru aku dapat tahu umat Islam tidak menyambutnya kerana ia merupakan perayaan penganut Kristian untuk mengingati seorang paderi yang giat menyebarkan agama Kristian hingga ke akhir hayat.

Izzah tidak pernah mengerti erti putus putus asa dalam membimbingku ke jalan yang benar. Izzahlah yang mengajarku berjemaah. Mengajarku erti tadhiyyah dalam berjuang. Izzahlah yang mengajarku erti perjuangan. Izzahlah yang mencelikkan mataku terhadap penderitaan umat Islam di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Kaashmir. Juga di sini.

Aku melalui ujian yang mencabar tetapi inilah ganjaran untuk mereka yang memilih jalan ini. Aku dapat rasakan usiaku sepanjang perjuangan. Aku teringat kata-kata Syed Qutb, pejuang yang syahid di tali gantung. Katanya “orang yang hidup untuk perjuangan tidak akan merasa pendek dengan umurnya, kerana umurnya sepanjang perjuangan yang akan berterusan”.



Hari ini, di pantai ini aku memakai tudung hijau sutera Turki bercorak fauna berserta jubah juga berwarna hijau. Warna kesukaan Rasulullah. Tudung dan jubah ini sebenarnya hadiah dari Izzah sempena persahabatan kami pada saat pertama kali kami bertemu 5 tahun yang lalu. Lambang perjuangan katanya.

Buat Izzah, aku nukilkan kembali seuntai kata yang aku temui semasa menatap sebuah majalah. Mungkin penulisnya mendedikasikan buat kekasihnya, tapi tidak mengapa rasanya aku menukilkan buat sahabat seperjuangan.

Hari ini sekali lagi aku menitiskan air mata di pantai yang indah ini. Air mata kali ini bukanlah air mata yang sia-sia. Air mata buat sahabat seperjuangan yang pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Izzah pergi menemui Pencipta. Saban tahun aku pasti ke sini. Mengutip memori yang berserakan. Memori yang akan ku pastikan terus segar di hatiku. Izzah, pengorbananmu semulia namamu. Tinggallah aku meneruskan perjuangan…

di-copy from others..=))

Friday, September 18, 2009

hAssAn aL-BanNa sPe3cH...

5:54 AM Posted by freezer_91 No comments
Petikan ucapan terakhir Hassan al-Banna dalam muktamar di hadapan para pemimpin muslimin yang diadakan di Mekah al-Mukarramah:

"Wahai saudara-saudaraku,

Tahukah kamu kenapa kita tertinggal jauh ke belakang dari salafus salih? Sesungguhnya satu sahaja jawapannya dan yang tiada duanya. Ini kerana kita berpaling daripada Al-Qur'an dan tidak melakukan segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Ketahuilah bahawa muslim akan hanya merasa bahagia di alam nyata apabila mereka menjadikan Al-Qura'nul Karim sebagai perlembagaan hidup dan perlembagaan mereka.

Terimalah amanat dari aku: "Sesungguhnya Allah tidak akan menolong orang-orang fasik yang berpaling tadah dari agama mereka dan melalui jalan syaitan nir rajim. Di hari kita kembali kepada pangkuan Al-Qur'an dan sunnah yang suci, di hari itulah kita akan melihat pertolongan Allah s.w.t. terpampang di hadapan mata kita."

nAs1h@t Imam Ghazali...=))

5:45 AM Posted by freezer_91 No comments
Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak
bersifat sombong dan angkuh

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia
daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada
kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada
kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita
kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa
dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin
satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin
pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan
memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Thursday, September 17, 2009

Nil m3nGal1r sOngS@ng...

6:26 PM Posted by freezer_91 No comments
I
Sham,
Nil masih lagi mengalir tenang, sekalipun hakikatnya tidak pernah reda dengan kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyatnya. Aku seperti Nil itu. Khabarku masih baik. Cuma hidungku ini masih selesema bahana ribut pasir Khamasin yang mengamuk di Kaherah dua minggu lalu. Langit kemerah-merahan sebelum menjadi gelap-gelita. Hatta, ramai yang menyangka kiamat akan berlaku pabila siang bertukar malam serta-merta.
Sememangnya aku harus terkejut menerima kunjungan warkahmu beberapa hari yang lalu. Empat tahun tanpa sebarang berita memaksa aku beranggapan bahawa engkau tidak lagi mengenangi diri ini. Ya, zaman menengah yang manis - sebelum bergelar mahasiswa - telah kita tinggalkan. Kini aku menghampiri tahun akhir pengajian. Tinggal di Hayyu Sabi'e bersama dua orang temanku. Kalut juga memikirkan panggilan pulang yang kian menjelang datang. Harapan ayah ibu, keluarga, orang kampung, sewaktu mahu berangkat ke sini dulu, semakin acap terngiang. Dan sewajarnya aku tertarik dengan suratmu yang masih semesra dulu. Banyak persoalan yang kaulontarkan - terutama tentang Bumi Kinanah ini.
Sekadar yang kumampu, akan kuberitahu. Lantaran, sekalipun telah lebih seribu hari aku di sini - selaku seorang wanita - tidak semua tempat wajar kujejaki. Kehidupanku berlangsung sekitar Hayyu Sabi'e, Hayyu Thamin, Hayyu A'shir, Kaherah, dan universiti. Mahu bicara tentang apa ya? Membalas keluhanmu di dalam surat terhadap senario pemimpin arab, biarlah aku menyentuh tentang fenomena di sini, terutama sejarah negara ini. Sejarah Republik Arab Mesir yang bermula apabila berlakunya revolusi pimpinan Gamal Abdul Nasser. 23 Julai 1952 adalah tarikh keramat yang menyaksikan tumbangnya institusi beraja kuku besi selama ini. Beliau mati awal 70-an, seterusnya digantikan oleh Anwar Sadat yang menandatangani Perjanjian Camp David sebelum menemui ajalnya di tangan pengiringnya Khaled Islamboli - harga yang harus dibayar di atas perjanjian tercela itu. Pun begitu, Al-Azhar kekal unggul sebagai institusi ilmu Islam terulung sejak satu mileneum.
Biarpun menghadapi serangan pemikiran Barat yang menggila, yang cuba menggugat kestabilannya, namun para ulama tetap bersatu mempertahankannya. Siswazah-siswazah berketrampilan masih berjaya dihasilkan saban tahun untuk kembali memimpin umat di segenap pelosok dunia. Sehingga ke hari ini, Muhammad Sayid At-Tantawi masih lagi menerajui al-Azhar. Ah, tokoh Syeikhul Azhar yang seorang ini.
Barangkali kerana fatwanya yang sering kontroversi, para pelajar lebih mengenang kepergian Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawie yang tawaduk itu. Sebetulnya aku baru saja selesai imtihan. Bukan lagi Daur Mayu macam dulu, tapi Al-Azhar sudah beberapa tahun mempraktikkan sistem semester.
Cuti ini tidak ke mana-mana. Masa akan kuhabiskan dengan menghadiri kelas-kelas tafaqquh di samping menyertai program-program persatuan. Kala dalam pengajian inilah sebaik-baik masa untuk menyiapkan diri menghadapi masyarakat kelak. Setagal lagi, ada tanggungjawab yang menanti. Jadi, usah terlupa, aku ingin mendengar cerita-ceritamu pula dari Lembah Urdun.
Menikmati hasil kepekaanmu meladeni senario pergolakan di rantau sebelah sini.

Nilofar
Kaherah
29 Jun 1999



Sham masih terkesima apabila menerima surat bercop Madinah Nasr, Kaherah itu. Semacam tidak percaya. Penantiannya selama ini berakhir juga.
Dia tersenyum sendiri. "Alhamdulillah. Ada harapan…," bisiknya perlahan, antara dengar dengan tidak. Wajah lembut menawan bermata jeli segera memenuhi ruang mata. Dia belum betah melupakan kemesraan silam, apalagi membiarkan ia terpadam. Uzair yang ralit membaca, sempat menangkap kalimat itu. "Harapan apa?" Sham menunjukkan sampul surat bercorak papirus buatan Mesir. Uzair masih lagi belum faham. Tanpa sebarang jawapan, dengan senyuman yang masih melebar, Sham menghadapi monitor, dan terus sahaja membalas:



Nil,

Terima kasih. Aku juga tidak percaya engkau masih menganggapku sebagai sahabat, walaupun sekian lama terpisah jauh.
Aku masih lagi mengenang dunia persekolahan yang riang. Yang nyata, jarak bukanlah pemisah yang berupaya mengasingkan kita. Nostalgia silam masih terkulum kemas. Aku bersetuju dengan kata-katamu. Ya, seharusnya kita yang berada di Timur Tengah peka dengan kemelut rantau yang senantiasa bergelora ini. Jadikan ia iktibar paling mahal dalam rangkaian pengalaman sepanjang hayat. Aku tertarik amat dengan perbicaraanmu tentang Perlembahan Nil dan sosiopolitiknya. Walaupun ringkas, namun padat intinya.
Tetapi, apa kurangnya di Bumi Isra' ini? Mungkin engkau hanya mengenali Jordan sebagai negara yang rajanya berketurunan Rasulullah SAW, dan punya permaisuri yang demikian jelita. Sejarahnya, sosiopolitiknya, masa depannya, tidak seindah yang disangka. Malah khalayak selalu disogokkan dengan penipuan dan lakonan yang bersinambungan. Jordan asalnya tidak wujud. Yang ada hanyalah Sungai Jordan yang terletak dalam Palestin. Namun, sejurus berlakunya Revolusi Besar Arab, dan tersungkurnya Khilafah Uthmaniyyah di tangan Kamal Attaturk, sejarah asalnya tidak boleh dipakai lagi.
Hasil penjajahan Barat dan perpecahan arab, negara-negara di Asia Barat wujud begitu pesat. Maka, muncullah Arab Saudi, Jordan, Syria, Lebanon, dan Palestin (belum dicampur negara-negara di Teluk). Dan semestinya tidak ramai yang ambil tahu penyelewengan fakta sejarah ini malah tidak mengenali siapa sebenarnya pengasas negara Jordan ini - Syarif Hussin. Seperkara lagi, negara bersistem monarki ini, terlalu kerap bertukar Perdana Menteri. Melucukan. Serasanya, hingga kini jumlahnya hampir mencecah angka 40 sejak kemerdekaan Jordan pada 1946. Pimpinan yang tidak serasi dengan politik rajanya, akan dicantas bila-bila masa.
Aku bermastautin di Irbid, bandar ketiga terbesar di negara ini, 40 km dari sempadan Jordan-Israel. Penempatan yang hampir dengan kampus membolehkan kami berjalan kaki ke kuliah. Dengan jumlah pelajar Melayu yang kian susut tahun demi tahun, tidak sukar untuk kami mengenali setiap penuntut di sini. Dan semestinya kefasihan Lughah Arabiah lebih terjamin memandangkan Jordan tidak seteruk Mesir, Arab Saudi, dan negara-negara arab lain yang punya lahjah sendiri dan pekat 'ammienya.
Peluang untuk bertutur bahasa arab fushah terbuka luas. Namun segalanya bertolak dari diri kita juga - kebijaksanaan kita memanfaatkan suasana. Kembali berbicara soal Dataran Syam; tidak sah tanpa menyentuh Yahudi - bangsa terlaknat zaman-berzaman.
Kebencian terhadap Yahudi terlalu membuak di hati. Malah aku tinggal berjiran dengan pemuda Palestin yang punya memori ngeri. Satu keluarganya ditembakYahudi, dan dia jadi pelarian. Di sini, setiap hari melihat tampang Yaser Arafat yang berucap terketar-ketar di televisyen akan membibit rasa jelak yang tidak sedikit. Kami tidak pernah percaya dia akan membela bangsanya, sebaliknya mengkhianatinya. Lelaki nasionalis-sekularis tua itu tidak pernah menguntungkan Islam.
Apabila membaca buku 'Al-Yahudiyyah' tulisan Dr. Ahmad Syalaby, kau akan tahu betapa jijiknya bangsa paling pengecut itu. Betapa halusnya dan telitinya jarum-jarum dan strategi mereka. Kau tentu pernah mendengar tentang gagasan Israel al-Kubra, dari Nil hingga ke Furat; juga pertubuhan seperti Rotary dan Lions yang didalangi Freemason. Agen mereka ada di mana-mana.
Tetapi yang lebih menyedihkan adalah pemimpin-pemimpin arab yang kurasakan lebih hina dan munafiq. Jangan terkejut jika aku pernah membaca betapa Gamal Abdul Nasser itu pengkhianat besar (pastinya sumber ini tidak didapati di Mesir) yang telah bersekongkol dengan Yahudi di balik tabir. Memang dia politikus yang pendiam, tetapi oportunis dan licik. Malah ada kajian yang mendakwa latar belakangnya diragui. Dia berdarah Yahudi? Nil, tentunya kau dapat mengesan emosiku yang naik memuncak bila berbicara soal kemelut di Timur Tengah.
Pastinya sudah lumat kautelan hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya berbunyi: "Barangsiapa yang tidak 'ihtimam' terhadap hal ehwal orang-orang mukmin, maka ia bukan dari kalangan kami." Aku sebetulnya terlalu sedih dengan suasana pergolakan di sini. Sandiwara bodoh yang dilakonkan oleh munafiq moden dalam penjajahan bentuk baru. Perang Salib sebetulnya belum lagi berakhir.
Akhir-akhir ini aku kian kerap membaca tentang Mesir. Gerak hati mahu ke sana, tetapi segalanya baru perencanaan. Rasanya, tidak salah kiranya aku mahu melawat Medan Tahrir tempat Sofia Hanim Zaghlul dan Huda Sha'rawie mencetuskan "Tahrir al-Mar'ah", Piramid dan Sphinx di Giza, Kota Solahuddin di Iskandariah, dan menyaksikan pertemuan dua laut di Dumyat - di samping menziarahi teman-teman seperjuangan. Dan aku juga mahu kembara mencari suatu kepastian!
Shamsul Azly
Irbid
14 Julai 1999
II
"Jadi kau ke Mesir cuti soifi ni?" Sham mengangguk. Tangannya mencapai sekeping surat yang diunjukkan Uzair. Melihat tulisan tangan di sampul, sudah tahu daripada siapa. Terasa tidak sabar mahu mengetahui isinya. "Ramai lagi akhawat di sini, masih memilih yang Azhariah? Tarbiahnya ' kan sama." "Sama tapi tak serupa. Yang pertama itu lebih membekas di jiwa," jawab Sham dalam nada selamba, seraya tergelak kecil melihatkan sahabatnya menggeleng-geleng. "Aku ada membaca: Sungai Nil mengalir songsang. Betul?" tanya Uzair lagi sebelum berlalu. Sham sengih. Soalan itu tidak menarik perhatiannya. Dadanya berdebar-debar kencang. Tanpa lengah, bucu surat dikoyak, lalu isinya dikeluarkan.
Dia mula membaca:



Sham,

Benarlah, seperti katamu, kepekaan adalah deria yang paling mahal. Justeru, aku membalas suratmu ini, biarpun naluriku semacam kurang enak. Kepastian apakah yang kauinginkan? Aku kagum dengan kepekaan dan kesedaranmu yang sampai tahap itu. Nyata thaqafahmu jelas mantap, dan siapa sangka boleh membantu menolakmu suatu hari nanti menjadi politikus terkemuka, atau paling tidak penulis politik. Ya, pokoknya kemahuan dan keikhlasan dalam perjuangan. Majalah Al-Wa'yu Al-Islamie yang kubeli kelmarin menyebut tentang gerakan Ikhwanul Muslimin di pelosok Tanah Arab, tanpa menyatakan pergerakan pertubuhan itu di tempat kelahirannya - Mesir. Ia gerakan atau 'harakah' mujaddid Islam yang pertama selepas terkuburnya Khilafah Uthmaniyyah pada 1924. Gerakan yang menghidupkan kembali kewajipan jihad dan berusaha menegakkan daulah Islamiyah di maya pada ini. Diasaskan di Ismailliyah oleh As-Syahid Hasan al-Banna pada 1928. Jelasnya, Hasan bukanlah seorang filsuf, tetapi daya pemikirannya dan tahap kefahamannya terhadap Islam mendahului zamannya.
Kitab "Majmu' Rasa'il Hasan al-Banna" ada menjelaskan dasar pemikiran dan idea-idea bernasnya. Namun, dunia Islam dirasakan terlalu awal menyaksikan kematian mujaddid kurun ke-20nya ini lewat 12 Februari 1949. Ah, semua pendokong gerakan Islam semestinya mengingati peristiwa pembunuhan beliau di hadapan ibu pejabat pertubuhan Syu'banul Muslimin oleh mereka yang kemudiannya terbukti dari kalangan Polis Rahsia Mesir. Mengusik tentang dua dataran ini, sering peranan mahasiswa menjadi persoalan. Soal kita yang bergelandangan ke mari untuk mengutip ilmu-ilmu Allah.
Segalanya bertolak dari niat. Tapi niat itulah yang selalu disalah terjemahkan. Masih ramai yang ke Timur Tengah untuk mengejar segulung syahadah, tanpa memikirkan betapa thaqafah Islamiyyah dan pengalaman berorganisasi sangat penting. Pembentukan sahsiah da'ie sewajibnya bermula di sini - sekadar tazkirah untuk kita bersama. Akan tetapi, engkau kurasakan masih lagi Sham yang aku kenali.Yang kental semangatnya, berjiwa besar, juga iltizam dengan prinsip dan dasar perjuangan. Dan aku terus-terusan segan dengan persahabatan ini. Sejak zaman persekolahan, malah sehingga kini, aku masih gagal mengatasimu dalam bidang apa pun. Semakin panjang surat ini kukarang, semakin terasa bersalahnya. Mungkin inilah suratku yang terakhir, justeru usah aku kauhubungi lagi.
Engkau belum mengerti, Sham, bahkan aku sendiri begitu berat untuk memahamkanmu. Kemalangan telah membunuh kedua orang tuaku dalam sekelip mata. Kami kehilangan tempat bergantung. Adik-beradikku dibela oleh saudara-mara. Dan aku sendiri tidak tahu hitam putih masa depanku, lantas merelakan diri ini… biarpun aku sebenarnya belum bersedia. Akhbar hari ini menyebut, Hosni Mubarak mengugut Sudan yang dikatakan terlibat dalam konspirasi membunuhnya lewat letupan bom berhampiran istananya baru-baru ini. Sedihnya.
Sesama negara Islam yang berjiran - malah berkongsi air Sungai Nil- masih lagi bercakaran. Namun Nil kekal seperti dulu. Mengalir songsang dari selatan ke utara. Menerima apa saja yang berlaku di perlembahannya. Pun aku seperti Nil itu. Pasrah. Menerima seorang 'Azhari' untuk memimpin si yatim piatu yang masih samar-samar hari depannya ini, dan menemaniku sepanjang hayat. Sham, teruskan perjuanganmu. Maafkan dan lupakan aku. Aku bakal isteri orang!

Nilofar
Kaherah
26 Ogos 1999


Sham melipat surat dua helai yang baru selesai dibacanya.
Tubuhnya bergetar, disandarkan ke kusyen. Menarik nafas panjang sebelum melepaskannya perlahan. Dia berdiri, melangkah masuk ke kamar,dan menghempaskan tubuh di tilam. Atmanya sedikit terusik. Dalam hati diam-diam mengakui.
Benarlah, Nil itu mengalir songsang!