Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Saturday, July 23, 2011

Untuk Kedua-duanya

3:56 PM Posted by freezer_91 3 comments
Untuk Suamiku,

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia..
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Apalagi secantik Zulaikha..

Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi Solehah....
Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman
Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya..
Saat Isteri menjadi bisa,
Kamulah penawarnya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok,
Berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa..
Untuk belajar meniti sabar dari ridha Allah SWT..
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru ......
Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasullulah,
Pun bukan pula sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh...
Amin...


Untuk Isteriku,

Pernikahan atau perkawinan,
Menyingkap tabir rahsia..
Suami yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Muhammad saw,
Tidaklah setaqwa Ibrahim as,
Pun tidak setabah Ayub as,
Ataupun segagah Musa as,
Apalagi setampan Yusuf as...

Justeru suami hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh,
Pernikahan atau perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung,
Kamu penghuninya,
Suami adalah nahkoda kapal,
Kamu navigatornya,
Suami bagaikan anak yang nakal,
Kamu adalah penuntun kenakalannya,
Saat suami menjadi raja,
Kamu nikmati anggur singgasananya,
Seketika suami menjadi bisa,
Kamulah penawar ubatnya,
Seandainya suami mulutnya lancang,
Sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan atau perkawinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa..
Untuk belajar meniti sabar dari ridha Allah SWT..
Kerana memiliki isteri yang tidak segagah mana,

Justeru ......
Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah,
yang begitu sempurna di dalam menjaga,
Pun bukan pula Hajar,
yang begitu setia dalam sengsara..
Cuma wanita akhir zaman,
Yang berusaha menjadi solehah...

Amin...


-credit to Mr. Askar dan isterinya, Sylvia-

dhla 2 2 amik phd sama2...aishhh...terasa indah pabila melihat yang halal...



-freezer_always-
-23/7/2011-
-3.52 p.m.-

Be gentlemen!!!

Wednesday, July 20, 2011

Gadis Itu

1:45 PM Posted by freezer_91 1 comment
 Gadis itu
Wajahnya berona NUR IMAN,
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN.
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,
Dialah puteri indah RUPAWAN.
Tika gadis lain sibuk menghiasi diri,
Dia hias NUR ILAHI pada WAJAHNYA,
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
Dia selesa bersama cinta-Nya.
Tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA,
Dia tekun dengan BAIT kata TUHANnya..
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba..
Gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
INDAH dipandang namun sangat sukar untuk DIPEGANG,
MULIANYA kerana KETAQWAAN..
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA..

~shauqi afhrah~





haha...demam baitulmuslim nampaknya di UTP...^_^


-freezer_always-
-20/7/2011-
-1.45 p.m.-

Presentation oh presentation...

Sunday, July 10, 2011

Teguhkanlah Aku

1:48 AM Posted by freezer_91 No comments

"Ya Allah, Rabb Jibril, Mikail, dan Israfil. Wahai Pencipta langit dan bumi. Wahai Rabb yang mengetahui hal-hal yang ghaib dan nyata, Engkau yang menghukumi di antara hamba-hamba-Mu dalam perkara yang mereka perselisihkan. Tunjukkanlah aku, dengan seiin-Mu, pada kebenaran dalam perkara yang mereka perselisihkan. Sesungguhnya Engkau menunjukkan jalan yang lurus bagi orang-orang yang Engkau kehendaki."




-freezer_always-
-3.00 a.m.-
-10/7/2011-

Inilah kehidupan selagi mana ia dunia...

Wednesday, July 6, 2011