Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Thursday, September 9, 2010

Kuingin Dikau Menjadi Bidadariku

1:25 PM Posted by freezer_91 3 comments
Hari tu adala terbaca satu post pasal ciri-ciri teman hidup kita pada masa hadapan. Lepas baca je post tu, terus simpan niat nak buat post ini. Dah lama rasanya niat ini tersimpan, sejak dari mula-mula baca post tu lagi, dan dengan izin-Nya tercapai juga hari ini. InsyaALLAH.
Credit to si penulis(tak tahula dia nak dikenali ataupun tidak)

Ah, diri ini tidak layak untuk berbicara pasal calon isteri kerana diri sendiri masih belum lagi terpimpin. Dengan lebih tepat lagi, diri ini masih lagi dalam pembinaan sahsiah diri dan masih lagi meningkatkan iman di dalam diri. Aku yakin dengan ayat al-Quran.

"Perempuan2 yang keiji hanyalah untuk laki2 yang keji, dan laki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji pula, sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik pula. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga)"
[An-Nur : 26]

Terasa sejuk hati tatkala mendengar ayat ini. Bidadari, persiapkanlah dirimu, pertingkatkanlah iman dan takwamu agar kita mampu untuk mencari keredhan Allah bersama-sama. Isteriku, "TABARRUJ". Fahamilah perkataan ini dengan sedalam-dalamnya. Bukan hanya dari segi "make-up" wajahmu, tetapi dari semua aspek, tutur kata, perlakuan, dan sebagainya.

Aku bukanlah sesempurna Rasulullah S.A.W. Aku memerlukan seseorang untuk terus menyokong aku dalam mencari keredhaan Allah, dan aku mahu seseorang itu adalah engkau wahai bidadariku.

Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Hati yang utama ialah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan ISTERI YANG BERIMAN YANG MEMBANTU SUAMINYA DALAM MENEGAKKAN BANGUNAN IMANNYA."
(Riwayat al-Tarmizi no. 3094)

Aku menyedari dunia ini terlalu banyak dengan fitnahnya. Sudah sampai masanya zaman fitnah sampai. Aku memerlukanmu wahai bidadari untuk menjadi daya penarik bagiku untuk mengelakkan aku terkena tempias daripada fitnah di dunia ini. Bidadari, ku mahu engkau mampu memahami diriku ini. Ya, aku akan berusaha sedaya upaya untuk memahami dirimu supaya aku boleh menjagamu dengan sebaik-baiknya. Aku mahu seseorang yang boleh memahami diriku ini walaupun terlalu susah untuk difahami. Aku tidak mahu berlaku walau sekalipun pertengkaran di antara kita.

Ketaatan yang nyata. Ya, aku mahukan seorang isteri yang mampu taat padaku dan menumpukan perhatian kepadaku dengan sepenuh perhatiannya selagi aku tidak melanggar syariat Islam.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang sujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya”
(HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, disahihkan oleh Al-Albany)

Aku juga mahukan seseorang yang baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan mengaturnya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Bukanlah aku ingin menghambakan dirimu wahai bidadariku, tetapi aku ingin sesuatu dari hasil tanganmu supaya bertambah mekar cintaku kepadamu. Hakikatnya, sudah berapa ramai aku lihat orang yang menggunakan pembantu rumah dan hanya pembantu rumah tersebut sahaja yang memasak, keluarganya seperti tidak sepenuhnya bahagia.

Aku mahukan seseorang yang boleh bergaul dengan keluargaku dan saudara-maraku, khususnya dengan ibuku sebagai orang yang paling dekat denganku.

Akhirnya, tiada suami beriman yang pernah melupakan cita-cita yang satu ini. Iaitu untuk bersama-sama dengan isterinya di akhirat kelak. Dan itu juga telah menjadi impianku selama ini. Isteriku menjadi bidadariku juga di dalam syurga. InsyaALLAH.

Aku tidaklah mengaharapkan kesemuanya di atas, kerana aku tahu bahawa sifat-sifat solehah seseorang perempuan itu adalah ‘on going process’(dibina secara berterusan). Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah, tetapi dengan saling sokong menyokong antara suami dan isteri, tahap keimanan dan ketakwaan boleh ditingkatkan. Moga cinta kita membawa ke syurga, amin ya Rabb.

Bidadari
Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku
Bidadari..Bidadari..
Tenangkanlah jiwaku

Sumpah setia hidup mati
Selamanya..Kerna kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku
Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna cinta suci,
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi dari cubaan yang tak terduga
Kau umpama bintang utara,
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan...
Saat ku jatuh...bangun semula
Dan kau berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita...
Cinta Abadi HANYA di Syurga


-freezer_always-
-2.40 p.m.-
-09/09/2010-

Istiqamah atau Karamah?

8:03 AM Posted by freezer_91 No comments
Seorang ulama telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dengan tekun. Dia tidak pernah ponteng walaupun sekali melainkan apabila ada uzur syarie. Namun, ketekunan ulama tua itu tidak dihargai oleh sebahagian besar anak muda yang menuntut ilmu dengannya.

“Sepanjang kita belajar dengannya, sedikit pun tidak terserlah keluarbiasaannya,” kata salah seorang anak muridnya.

“Berbanding dengan guru-guru lain di tempat kita, guru kita ini tidak punya apa-apa keistimewaan. Semua yang ada padanya biasa-biasa saja,” tambah yang lain.

“Betul. Aku dengar guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dari celah-celah jarinya. Malang betul nasib kita..”

Akhirnya, sungutan-sungutan itu kedengaran sampai ke telinga ulama tua itu. Lalu beliau bertekad untuk memberi pengajaran yang berguna kepada anak-anak muridnya. Ketika mengajar pada suatu hari, beliau dengan sengaja telah melepaskan kapur ketika menulis di atas papan hitam. Namun anehnya kapur itu tidak jatuh..sebaliknya terus bergerak dan menulis perkataan yang hendak ditulis oleh ulama tua itu.

Melihat kejadian aneh itu, semua anak muridnya berdiri dan melopong kekaguman. Tidak sangka bahawa selama ini rupanya ulama itu turut memiliki karamah. Melihat kekaguman anak-anak muridnya, guru yang tua itu menepuk papan hitam dengan kuat lantas berkata, “Aku sangat hairan melihat sikap akmu semua. Melihat kapur ini menulis hanya beberapa ketika telah membuat kamu kagum. Bagaimana dengan aku yang telah menulis selama 40 tahun di papan hitam ini?”

Jadi, di sini kita boleh lihat bahawa hakikatnya istiqamah itu adalah lebih hebat daripada karamah.Allah sangat cintakan amalan istiqamah sekalipun sedikit. Orang yang istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang memperoleh karamah. Sejarah mencatatkan betapa ramai yang pernah diberikan karamah sesat kerana iman yang tidak istiqamah.

-freezer_always-
-09/09/10-
-08.12 a.m.-

Wednesday, September 8, 2010

iMpiAnKu...

12:58 PM Posted by freezer_91 2 comments
Terfikir sejenak, betapa diri ini terlalu hina akibat terikut2 dengan dunia dan hawa nafsu.Walaupun telah dikurniakan pelbagai nikmat oleh Allah S.W.T. sehinggakan diri ini mampu untuk menilai baik dan buruknya dunia ini, tetapi diri tetap kecundang dihayutkan oleh gelombang duniawi. Itulah "MANUSIA", jiwa ingin kembali kepada fitrah tetapi diri tetap memilih kegelapan.

Apa yang terjadi pada diri aku?!Ya, aku ingin berubah dan kembali ke jalan yang benar!Aku ingin kembali sujud dan menghina diri ini di hadapan Allah. Tetapi, kenapa, kenapa, dan kenapa aku masih lagi belum berjaya untuk membuat semua itu!

Iman...Yazid wa Yankus.
Ya, iman ini menaik dan menurun. Tetapi mengapa iman di dalam diri ini terasa terus menurun dan tidak menaik langsung.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”
[Ali Imran : 8]

Apabila diri ini mendengar peringatan agama, hati tersentuh dan menggeletar. Niat ditekadkan supaya meninggalkan segala maksiat dan kembali kepada fitrah yang sebenarnya.Ya, itu yang aku maksudkan...mata dikunci dari kemaksiatan, mulut dikunci dari kata yang sia-sia, kemaluan ditahan dari kejahatannya, tangan dan kaki digari dari melakukan fitnahnya.

Ah, sudah aku tahu penyudahnya. Hanya bertahan seketika sahaja. Selepas itu, kembali ke jalan jahiliyah semula. Dengan kehadiran halaqah compang camping, al-Quran baca tidak baca. TETAPI!!Hati ini tetap meronta ingin kembali ke jalan agama. Bagaimanakah caranya aku boleh kembali kepada fitrah Islam yang sebenar?

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)."
[Al-Qasas : 56]

Ternyata, jiwa diri terlalu sedih dengan ayat ini. Mengapa? Kerana jiwanya terasa belum diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.

Teringat akan hadis yang bermaksud;

"Wahai hamba2-Ku ! Kamu sekalian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayah kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayah daripada-Ku, nescaya Aku akan memberi hidayah itu kepadamu"
-(Hadis 40 oleh Imam An-Nawawi)-
*(betulkan jika salah)*

Jiwa diri ini kembali bersinar setelah mendengar hadis ini. Mengapa? Kerana diri ini tidak meminta kepada-Nya. Bagaimana hendak memberi jika tidak meminta.

Marilah kita sama2 berdoa kepada Maha Pemberi Hidayah. Angkatlah kedua2 belah tanganmu wahai manusia semua, janganlah engkau sombong di hadapan Allah. Tidak takutkah engkau akan azab Allah yang menanti?

"Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat".
[Al-Baqarah : 7]

Marilah kita berdoa...

"Ya Allah, setelah Kau beri ilmu kepadaku, ternyata ilmu ini tidak banyak memberi manfaat kepada diriku, malah terkadang aku ini seperti manusia yang tidak diberi ilmu dan tidak diberi petunjuk. Ya Allah, Engkaulah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, maka kurniakan aku petunjuk kepada jalanMu, Ya Allah! Kurniakanlah aku kekuatan untuk melaksanakan syariatMu. Sesungguhnya, segala kekuatan adalah milik-Mu Ya Allah"

Ternyata, doa itulah senjata orang2 mukmin. Doa telah membangkitkan keyakinan dan semangat orang mukmin untuk meneruskan kehidupan dengan syariat Allah. Dengan doalah, orang-orang mukmin tidak putus harapan kepada Allah swt.

Benarlah apa yang dijanjikan oleh Allah,

"Berdoalah, nescaya akan Ku kabulkan permintaanmu".

Nukilan si hina kepada Penciptanya...
-freezer_always-
-08/09/2010-
-12.58 p.m.-

Monday, September 6, 2010

Aidilfitri dan Ramadhan...

2:55 AM Posted by freezer_91 No comments
Aidilfitri belum menjelang tiba lagi,
Usah diucap "Selamat Hari Raya" untukku,

Kerna...
Ramadhan sudah ingin berlalu pergi meninggalkanku,
Aku tidak berkenan untuk meraikan apa2 pn pda wktu ini,

Kerna...
Waktuku hnylah untk Ramadhan sahaja,
Sekarang ini, aku hanya peduli Ramadhan dan Tuannya sahaja,
Aidilfitri belum tiba lagi, dan aku tidak thu sama ada aku lyk ataupun tidak untk meraikannya,

Kerna...
Aidilfitri hnylah hari kemenanga untuk org yg beribadah dgn sepnuh jiwa dan raganya di bulan Ramadhan, bulan yg paling mulia...

Pabila Ramadhan tiba,
Ramai orang menyambutnya,
Namun pabila hari berganti hari,
Orang2 tersebut sudah lagi tidak kelihatan lagi,
Ramadhan baginya hnyalah sekadar pada nama sahaja,
Iman dan taqwa di dalam hati sdah pergi jauh sama sekali,
Ramadhan berlalu tnpa berkta2,
Wlaupun kesdihan di hati(Ramadhan) terlalu sukar untuk disimpan...

-Afif-
-3.05 a.m.-
-06/09/2010-

Friday, September 3, 2010

SuAsAnA dI sAnA...

3:53 PM Posted by freezer_91 1 comment
Imam Abu Daud dan al-Hakim meriwayatkan drp Hasan al-Basri daripada Aisyah r.ha. isteri Nabi s.a.w., ia berkata: “Suatu hari aku teringat akan neraka sehingga membuatku menangis. Rasulullah s.a.w. lalu bertanya kepadaku, ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Aku menjawab: ‘Aku teringat akan neraka, lalu aku menangis. Apakah anda akan mengingat keluarga anda nanti pada hari kiamat?’”



Rasulullah s.a.w. menjawab yang bermaksud: “Adapun pada saat tiga keadaan, maka tidak ada seorang pun yang akan mengingati orang lain. Iaitu (pertama) pada saat penimbangan (amal) hingga ia tahu timbangan kebaikannya lebih berat atau lebih ringan. (Kedua) pada saat buku-buku catatan amal beterbangan hingga ia tahu buku itu jatuh ke tangan kanannya, tangan kiri ataukah dari belakangnya? Dan (ketiga) pada saat melintasi titian (sirat) yang terletak di atas neraka hingga ia melaluinya.”