Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Friday, February 4, 2011

Kawan Makan Kawan

3:42 PM Posted by freezer_91 2 comments
-a picture by *MindStep of deviantart-



Taman Pencarian Hidayah
4 Februari 2011
2.50 petang

Persahabatan yang akan berkekalan sehingga ke syurga. Impian setiap orang yang bersahabat. Tanpa sahabat, hidup ini tiada maknanya. Kerna, keluarga kita tidak akan senantiasa menemani kita ke mana-mana sahaja. Di situlah, peranan itu diambil alih oleh sahabat-sahabat kita. Menjaga kita, menarik kita kembali ke jalan yang benar. Itulah gunanya sahabat.

Memberi tatkala kita datang kepadanya, mencari untuk memberi tatkala kita jauh daripadanya. Memberi perhatian, itulah maksudku. Menarik kita kembali ke jalan yang benar maksudku. Mengingat tatkala terlupa maksudku. Berbicara tentang persahabatan, ada kalanya persahabatan itu akan dirasuki oleh perkara-perkara yang sangat menyakitkan.

Pabila berlakunya pergaduhan antara sahabat, jangan pernah menyalahkan dia. Mungkin sahaja perlu berbalik kepada kita semula. Cermin perbuatan kita dahulu. Biasanya Allah tidak akan pernah menzalimi hambanya. Pernah anda menyakita sahabat-sahabat anda tatkala dia memerlukan anda? Ya, mungkin anda akan berkata tidak. Bagaimana jika mereka hanya menyimpannya di dalam hati?

Kita tidak pernah mengetahui isi hati seseorang. Seperti yang sentiasa saya kata, 'everythings happen for a reason'. Sabar, sabar, dan sabar. Perisai yang paling berguna. Ayuh kita melihat satu analogi untuk melihatnya dengan lebih jelas lagi.

Angin malam menerpa wajah Afir, termenung jauh menembusi langit malam. Bintang-bintang yang berkerlipan mula ditutupi oleh awan yang tebal. Teringat akan mesej yang diterimanya tadi...
          Do my post/status yesterday(about friend) bad?
Aman, sahabatnya. Afir terus membiarkan fikirannya melayang tinggi entah sampai ke mana. Pada mulanya, Aman sangat marah kerana akaun facebooknya telah di-hack oleh orang lain. Hinggakan dia sanggup membuat status mengeluarkan kata-kata kesat. Subhanallah. Tidak sempat Afir untuk menghalang perbuatannya itu.
Semalam, status lain pula yang menarik lirik mata Afir untuk membacanya.
"Hoi!!Kalau kau rasa kau tu hebat sangat, datang sinila. Kita face to face. Jangan asyik main tikam belakang aje!!".
"Man...", Afir mengeluh.
Kadang-kadang internet ini ada kebaikannya, tetapi penuh dengan keburukannya. Hurmm...


Pernah dengar kisah seperti di atas? Ataupun pernah merasainya?

Ya, kadangkala dalam bersahabat, tidak semuanya seindah yang kita impikan. Syaitan itu bijak, dia sentiasa berfikir dua langkah ke hadapan. Oleh itu, kita hamba Allah yang kuat harus berfikir lebih sepuluh langkah ke hadapan daripada syaitan itu sendiri.

Ayuh kita ibaratkan persahabatan itu sebagai awan yang berkerlipan tadi. Semakin dipandang semakin cantik. Namun, kecantikan dan keindahan itu terus ditutup oleh awan yang tebal. Awan yang menghalang kita daripada melihat keindahan tersebut. Begitulah juga dengan sahabat kita.

Walau sebanyak mana pun keburukan yang ada padanya, pandanglah pada kebaikannya. Walaupun kebaikannya hanyalah sekecil kuman. Pandanglah yang kecil itu. Kerana jika kita mula melihat keburukan yang ada padanya, semuanya akan mula hancur sedikit demi sedikit.

Janganlah kita memanaskan lagi keadaan yang sudah tersedia panas dengan caci mencaci kerana ia tidak akan ke mana-mana. Sabarlah, ambillah masa, fikirkanlah kebesaran Allah. Walaupun jika sahabat kita itu menikam kita dari belakang pun, percayalah, itulah peluang yang terbaik untuk anda lebih dekat dengannya. Fikirkan kebaikannya, dan jangan pernah menjauhkan diri kita daripadanya. Mungkin kita semua pernah mendengar kata-kata.

"Keep your friends close and your enemies closer"

Kenapa perlu kita mendekatkan diri kita dengan musuh kita sendiri? Kerana itulah yang akan membuatkan kita tahu di mana kelemahannya dan seterusnya dapat mengalahkannya. Begitu juga dengan sahabat kita. Berlakunya pergaduhan akan membuatkan kita dengan dia semakin rapat, tahu kelemahannya dan cuba untuk  mendekatkan diri kita kepadanya. Itulah 'manusia', sentiasa sahaja ada yang tidak kena. Hendak ikutkan hatinya sahaja, tetapi bukankah kita boleh menasihatinya?

Sekali lagi, cerminkanlah perbuatan-perbuatan kita dahulu sehinggakan ada sahabat yang sanggup menyakitkan hati kita sekarang. Semuanya akan berbalik kepada kita. Tuding jari kepada seseorang dan empat jari yang lain akan menuding kepada kita.



-freezer_always-
-3.40 p.m.-
-4/2/2011-

Inginkan semuanya berakhir...

2 comments :

  1. thanks for this. i copy some. mohon di izinkan.
    sowie for all.

    ReplyDelete
  2. Nice Entry... but kite mesti pandai memilih kawan utk menemai kite d'dunia yg banyak dugaan... yg kdg2 kte jd lemah,n putus asa.. so kwn yg baik akan memipin tgn kte kembali ke jalan yg benar

    ReplyDelete