-a picture by ~Praemonere of deviantart- |
Village Free Your Mind
19 Februari 2011
3.35 pagi
Kali pertama aku menjejakkan kaki ke sebuah universiti. Penuh dengan cabaran dan dugaan. Nasib aku baik kerana mendapat ‘roommate’ yang sangat baik dan aku yakin mampu membawa aku ke arah kebaikan. InsyaAllah.
“Afir, aku ke sini, tujuan aku ada 3 sebenarnya. Study, silat, halaqah,”roommate-ku memulakan bicaranya.
“Halaqah?”
Ya. Begitulah reaksi aku pada mulanya. Jahil dari segala segi. Tidak tahu itu, tidak tahu ini. Namun, setelah beberapa ketika, Akil sentiasa membawa aku ke halaqah, mengenalkan aku keindahan Islam.
Setelah beberapa ketika, aku berhasrat bahawa sebelum aku keluar daripada universiti ini, aku ingin membuat perubahan. Aku menjadi semakin bersemangat dari hari ke hari. Aku telah menanam hasrat di dalam diriku untuk mengubah sistem hidup pelajar di universiti ini agar mereka dapat hidup lebih aman dan bahagia.
Ketika itu, aku melihat sistem-sistem hidup di universiti ini banyak dipengaruhi oleh gaya dan corak kehidupan dari barat. Masuk sahaja semester kedua, aku mula mengorak langkah untuk mengubah masyarakat kampus. Aku mula menyertai begitu banyak ‘event’ dan persatuan. Aku mengerah segala tenaga untuk mengubah masyarakat kampus.
Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Akhirnya, aku menghabiskan pengajian asasiku tanpa sedikit pun perubahan.
Sudah habis tenaga dan idea diperah untuk mengubah masyarakat kampus. Setelah difikir-fikir, aku akhirnya membuat keputusan untuk mengecilkan skop perubahanku. Jika aku masih belum mampu mengubah masyarakat kampus, apa salahnya aku mengubah rakan-rakan ‘housemate’ aku. Manusia yang rapat dengannya, pergi ke kelas dan balik dari kelas sentiasa bersama, tentu mengubah mereka tidak sesukar yang disangkakan.
Aku sentiasa menasihati mereka, bercerita tentang keburukan membuang masa. Masuk sahaja ‘undergraduate’, aku diangkat sebagai salah seorang ketua unit di dalam persatuanku. Aku yakin, di sinilah bermulanya medan untuk aku membuat perubahan.
Dipendekkan cerita, satu semester telah pun berlalu, apa perubahannya? Aku sendiri pun tak tahu. Semester lepas penuh dengan dugaan sehinggakan aku sendiri tak dapat menumpukan perhatian pada ahli-ahli unitku. Bermulanya semester ini, seorang demi seorang mula keluar dan tidak lagi mahu member komitmen yang sepenuhnya.
Aku hairan. Sampai begitu sekalikah masyarakat sekarang tidak ingin menerima Islam? Aku berasa amat sedih. Apakah punca semua ini?
Ketika melihat kembali montaj-montaj yang pernah dibuatku, aku ternampak satu ‘quote’ yang berbunyi, “Jika ingin maju ke hadapan, tolehlah ke belakang, kerana perkara dahulu akan menyerupai perkara sekarang.” Aku mula menoleh ke belakang. Melihat keputusan peperiksaanku tunggang-langgang, setiap semester hanya mendapat keputusan cukup-cukup makan sahaja.
Walaupun telah banyak ‘event’ yang aku sertai, aku tidak dapat member komitmen yang sepenuhnya. Sebab itulah terjadinya hal sekarang ni. Dan sebab itulah aku tidak dapat membawa perubahan di dalam kampus ini.
Selama ini aku hanya belajar cara untuk melakukan tugas sahaja, dan tidak diajar untuk melakukan tugas dengan berlandaskan fikrah Islam. Aku mula menyalahkan diriku, mula lari dari tarbiyyah. Mula menyepi tanpa hala tuju. Aku hilang arah, di manakah ‘mereka’?
Hatiku mula berkata-kata, “Kalaulah dulu aku mulakan langkahku dengan mengubah sikapku sendiri, pasti bukan hanya universiti berada dalam genggamanku bahkan dunia!”
Tergerak hati untuk membuat cerpen ini kerana pada waktu sekarang ini, universiti sudah mula huru-hara tentang pilihanraya kampus masing-masing. Bagi yang bertanding, saya amat berbangga dengan anda semua kerana anda telah betul-betul menunjukkan bahawa anda layak! Jika anda tidak masuk bertanding, siapa lagi akan masuk. Jadi, yakinlah bahawa anda adalah orang yang terbaik di antara yang terbaik. Bersyukurlah! Kerana anda dipilih untuk membawa Islam!
"Sampaikan Islam dengan cara yang mudah bukan susah." Itulah pesan Rasulullah S.A.W.
Bukan senang untuk membawa Islam. Dan bukannya susah untuk menyampaikan Islam. Perjalanan kita masih lagi panjang, banyak lagi yang perlu kita tempuhi, namun perjalan kita ini tidak semestinya lama kerana kita akan mati bila-bila masa sahaja.
-freezer_always-
-4.15 a.m.-
-19/2/2011-
Salam tahajud...
"Bukan senang untuk membawa Islam. Dan bukannya susah untuk menyampaikan Islam. Perjalanan kita masih lagi panjang, banyak lagi yang perlu kita tempuhi, namun perjalan kita ini tidak semestinya lama kerana kita akan mati bila-bila masa sahaja."
ReplyDeleterephrasing ayat kawe nmpok.. hehe =)