Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Thursday, September 9, 2010

Kuingin Dikau Menjadi Bidadariku

1:25 PM Posted by freezer_91 3 comments
Hari tu adala terbaca satu post pasal ciri-ciri teman hidup kita pada masa hadapan. Lepas baca je post tu, terus simpan niat nak buat post ini. Dah lama rasanya niat ini tersimpan, sejak dari mula-mula baca post tu lagi, dan dengan izin-Nya tercapai juga hari ini. InsyaALLAH.
Credit to si penulis(tak tahula dia nak dikenali ataupun tidak)

Ah, diri ini tidak layak untuk berbicara pasal calon isteri kerana diri sendiri masih belum lagi terpimpin. Dengan lebih tepat lagi, diri ini masih lagi dalam pembinaan sahsiah diri dan masih lagi meningkatkan iman di dalam diri. Aku yakin dengan ayat al-Quran.

"Perempuan2 yang keiji hanyalah untuk laki2 yang keji, dan laki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji pula, sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik pula. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga)"
[An-Nur : 26]

Terasa sejuk hati tatkala mendengar ayat ini. Bidadari, persiapkanlah dirimu, pertingkatkanlah iman dan takwamu agar kita mampu untuk mencari keredhan Allah bersama-sama. Isteriku, "TABARRUJ". Fahamilah perkataan ini dengan sedalam-dalamnya. Bukan hanya dari segi "make-up" wajahmu, tetapi dari semua aspek, tutur kata, perlakuan, dan sebagainya.

Aku bukanlah sesempurna Rasulullah S.A.W. Aku memerlukan seseorang untuk terus menyokong aku dalam mencari keredhaan Allah, dan aku mahu seseorang itu adalah engkau wahai bidadariku.

Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Hati yang utama ialah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan ISTERI YANG BERIMAN YANG MEMBANTU SUAMINYA DALAM MENEGAKKAN BANGUNAN IMANNYA."
(Riwayat al-Tarmizi no. 3094)

Aku menyedari dunia ini terlalu banyak dengan fitnahnya. Sudah sampai masanya zaman fitnah sampai. Aku memerlukanmu wahai bidadari untuk menjadi daya penarik bagiku untuk mengelakkan aku terkena tempias daripada fitnah di dunia ini. Bidadari, ku mahu engkau mampu memahami diriku ini. Ya, aku akan berusaha sedaya upaya untuk memahami dirimu supaya aku boleh menjagamu dengan sebaik-baiknya. Aku mahu seseorang yang boleh memahami diriku ini walaupun terlalu susah untuk difahami. Aku tidak mahu berlaku walau sekalipun pertengkaran di antara kita.

Ketaatan yang nyata. Ya, aku mahukan seorang isteri yang mampu taat padaku dan menumpukan perhatian kepadaku dengan sepenuh perhatiannya selagi aku tidak melanggar syariat Islam.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang sujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya”
(HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, disahihkan oleh Al-Albany)

Aku juga mahukan seseorang yang baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan mengaturnya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Bukanlah aku ingin menghambakan dirimu wahai bidadariku, tetapi aku ingin sesuatu dari hasil tanganmu supaya bertambah mekar cintaku kepadamu. Hakikatnya, sudah berapa ramai aku lihat orang yang menggunakan pembantu rumah dan hanya pembantu rumah tersebut sahaja yang memasak, keluarganya seperti tidak sepenuhnya bahagia.

Aku mahukan seseorang yang boleh bergaul dengan keluargaku dan saudara-maraku, khususnya dengan ibuku sebagai orang yang paling dekat denganku.

Akhirnya, tiada suami beriman yang pernah melupakan cita-cita yang satu ini. Iaitu untuk bersama-sama dengan isterinya di akhirat kelak. Dan itu juga telah menjadi impianku selama ini. Isteriku menjadi bidadariku juga di dalam syurga. InsyaALLAH.

Aku tidaklah mengaharapkan kesemuanya di atas, kerana aku tahu bahawa sifat-sifat solehah seseorang perempuan itu adalah ‘on going process’(dibina secara berterusan). Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah, tetapi dengan saling sokong menyokong antara suami dan isteri, tahap keimanan dan ketakwaan boleh ditingkatkan. Moga cinta kita membawa ke syurga, amin ya Rabb.

Bidadari
Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku
Bidadari..Bidadari..
Tenangkanlah jiwaku

Sumpah setia hidup mati
Selamanya..Kerna kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku
Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna cinta suci,
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi dari cubaan yang tak terduga
Kau umpama bintang utara,
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan...
Saat ku jatuh...bangun semula
Dan kau berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita...
Cinta Abadi HANYA di Syurga


-freezer_always-
-2.40 p.m.-
-09/09/2010-

3 comments :