Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Monday, January 3, 2011

Menuju Puncak(Part 2)

10:33 PM Posted by freezer_91 No comments

















-a picture by *theflickerees of deviantart-


(from part 1)...

Semuanya tidak pasti dalam pandangan aku,

Tetapi, jika aku mengikut peraturan jalanraya,

Jika aku memandu dengan berhemah,

Tidak mustahil aku akan sampai dengan selamat,

Aku sampai di cabang tiga,

Keliru untuk memilih cabang yang mana satu,

Tidak tahu untuk mengambil yang mana,

Aku turun dari kereta,

Bertanyakan petunjuk dari orang yang berkenaan,

Aku mendengar dengan teliti,

Agar nanti aku tidak tersesat jalan,

Aku meneruskan perjalananku,

Dari situ aku lihat,

Kenderaan yang berada di birai-birai jalan,

Lantas sesuatu datang menyerang benak fikiranku,

Oh, mungkin mereka penat dalam perjalanan ini,

Penat mengharungi mehnah kehidupan agaknya,

Di sana jambatan yang harus aku harungi,

Aku berada di atas air sekarang,

Logik akal tidak akan dapat menerima kenyataan itu,

Tapi itulah kehidupan,

Penuh dengan kejutan yang mendatang,

Aku kembali bersendirian di atas jalanraya ini,

Keseorangan dalam mencari destinasiku yang sebenarnya,

Papan tanda lorong memotong di hadapan menarik lirik mataku,

Namun, tiada apa yang hendak dipotong,

Kerna aku bersendirian atas jalan ini,

Kadang-kadang aku terfikir,

Kenapa terlalu ramai yang datang dari arah bertentangan,

Terlalu pelik,

Aku berada di atas jalan yang salah?



bersambung...


-freezer_always-
-1/1/2011-
-Menuju ke Puncak Banjaran Titiwangsa-

Kembara hamba mencari cahaya yang sebenar-benarnya...

0 comments :

Post a Comment