-a picture by *Floriandra of deviantart-
Aku terus membuka lampu,
Lampu yang mengeluarkan cahaya,
Cahaya yang dapat memberikan aku jalan yang sebenarnya,
Ada sebuah kereta di belakangku,
Membuka cahaya lampu yang tinggi(spotlight),
Menyukarkan lagi pandanganku,
Melemahkan lagi semangatku untuk memandu,
Mungkin dek kerana kebesaran cahayanya itu,
Dia boleh menggunakannya begitu sahaja,
Tanpa memikirkan keadaan orang lain,
Hujan, Kabus, Jalan licin, Jalan berlubang,
Terlalu banyak untuk ku tempuhi,
Aku tahu, semua itu hanyalah sementara sahaja,
Kerna destinasi akhirku pasti membenarkan aku berehat,
Keretaku terjatuh dalam lubang kecil,
Namun, itu langsung tidak mengganggu gugat peganganku untuk melalui jalan ini,
Hujan semakin lebat,
Tidak pasti aku akan bertahan berapa lama lagi,
Aku keseorangan di atas jalanraya,
Sungguh aku lemah jika bersendirian,
Tiba-tiba, datang sebuah kereta dari arah belakang,
Memberikan aku semangat baru,
Mengingatkanku bahawa aku tidaklah keseorangan,
Di situ aku melihat sebuah motor,
Merempuh hujan badai,
Aku terkesan melihatkan keadaan penunggang motor itu,
Walaupun keadaannya amat sukar,
Dibasahi hujan, di atas motor yang tidak berbumbung,
Dia rela menempuh jalan itu,
Terlintas di benak fikiranku,
Semangat apakah yang dia miliki,
Semangat yang kental berjaya menolaknya ke hadapan,
bersambung...
-freezer_always-
-1/1/2011-
-Menuju ke Puncak Banjaran Titiwangsa-
Menelusuri malam yang gelap mencari cahaya...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemacam analogi saya baca, pasai kehidupan. bila kita rasa susah, sebenarnya ada lg kot yg lg susah tp depa kuat semangat..err mintak maaflah kalau tersalahhh tafsirannn..huhu
ReplyDeleteintan : try la..best dpt bt ayat..:)
ReplyDeletekayun : betul!!anda tidak slh lagi..^^, sggh, stiap ksshan itu tdk smstinya berakhir dgn pnylsaian. kdg2, pnylsaian itu ada di prtghan, kita shja yg trlpas pndang..