-a picture by ~paraNoidK of deviantart-
Detik 12 malam ini menjadi penentu usaha aku pada semester 1. Adakah turun ataupun naik keputusannya? Tetap menjadi persoalan lagi. Tatkala muhasabah diri, inilah gunanya ketenangan yang senantiasa kita selalu minta dari Allah. Untuk menempuh, menyelesaikan masalah dengan begitu tenang sekali.
Kita semua bodoh, pada mulanya. Namun, meningkatnya usia kita selari dengan meningkatnya pemikiran kita. Ketika kita semua membangun, otak dan akal kita juga turut membangun. Dapat mengenal apa itu makanan, apa itu tahi. Tetapi, pernahkah kita terfikir, kenapa keputusan peperiksaan kita berlainan di antara satu sama lain? Sedangkan umur kita sama, otak kita sama matang, akal kita sama matang, tapi kenapa keputusan kita tidak pernah sama?
Ada yang 3.5 ke atas, ada yang dapat 2.5 ke bawah.
Persoalan yang penuh tanda tanya. Dunia, penuh dengan cabaran yang sentiasa datang kepada kita. Walau sejauh mana kita lari, secekap mana kita mengelak, cabaran itu tetap akan datang kepada kita. Namun, dapatkah kita melalui cabaran tersebut? Tatkala 'scholar' kita digantung, bolehkah kita menangani 'stress' yang keterlaluan? Kita sendiri masih belum tahu apa jawapannya.
Tapi, tenanglah wahai hati, tahulah bahawa Allah sentiasa bersamamu, walaupun dalam keadaan tenang, mahupun susah. Allah tidak pernah mengukur kejayaanmu untuk bersamamu, tetapi Allah akan tetap bersamamu setiap masa. Walau bagaimana jahat sekalipun kita pernah berbuat pada-Nya, masih belum terlambat untuk kita kembali kepada-Nya dengan sebenar-benar kembali.
Kadangkala kita jatuh dalam kehidupan ini, dan kita merasakan tiada kekuatan langsung untuk bangun kembali. Tatkala kita jatuh, kita berasa sangat malu, hinggakan hendak memakai topeng supaya tiada orang mengenali diri kita. Tatkala kita jatuh, kita hanya berlagak seperti orang biasa, seorang yang bersemangat waja, seorang yang penuh dengan ketabahan, walaupun pada hakikatnya, kita tidak pernah kembali bangkit untuk mendapatkan semangat yang baru.
Tetapi, kalau kita jatuh sekali, dan tidak ada upaya untuk bangun kembali, adakah diri ini akan dengan sendirinya bangun? Tidak sama sekali. Berusahalah, percayalah pada diri, yakinlah pada diri sendiri, yakinlah pada Allah, yakinlah bahawa kita mampu melakukannya.
Pengurus American Football pernah berkata, di dalam dunia ini terdapatnya 3 jenis manusia. Manusia pertama adalah manusia yang apabila dia jatuh, dia akan segera bingkas bangun dan terus berlari melawan arus. Manusia yang kedua adalah manusia yang apabila dia jatuh, dia akan bangun dengan perlahan dan tidak menghiraukan orang lain. Manusia yang ketiga adalah manusia yang apabila dia jatuh, dia akanterus terbaring di atas padang dan mendongak ke langit, berfikir bahawa tiada harapan lagi untuknya.
Di golongan manakah kita berada?
Do not look for friends who make you feel comfortable, but look for friends who force you to continue to grow.
-freezer_always-
-11.23 p.m.-
-10/1/2011-
Penantian tidak semestinya berakhir dengan pengakhiran, kadangkala pengakhiran itu berada di tengah...

"Kegagalan itu kadangkala mampu menghidupkan kembali hati dan jiwa yang telah mati"
Pengurus American Football pernah berkata, di dalam dunia ini terdapatnya 3 jenis manusia. Manusia pertama adalah manusia yang apabila dia jatuh, dia akan segera bingkas bangun dan terus berlari melawan arus. Manusia yang kedua adalah manusia yang apabila dia jatuh, dia akan bangun dengan perlahan dan tidak menghiraukan orang lain. Manusia yang ketiga adalah manusia yang apabila dia jatuh, dia akanterus terbaring di atas padang dan mendongak ke langit, berfikir bahawa tiada harapan lagi untuknya.
Di golongan manakah kita berada?
Do not look for friends who make you feel comfortable, but look for friends who force you to continue to grow.
-freezer_always-
-11.23 p.m.-
-10/1/2011-
Penantian tidak semestinya berakhir dengan pengakhiran, kadangkala pengakhiran itu berada di tengah...
Walau bagaimana jahat sekalipun kita pernah berbuat pada-Nya, masih belum terlambat untuk kita kembali kepada-Nya dengan sebenar-benar kembali.
ReplyDeletethanx a lot. this post give a greater good strength for me ;)
pnh baca buku LA TAHZAN??
u can be like the writer of the book.
i like the way you are.
go go go! go abe freezer go!
insyaAllah...strength is only from Allah...kembalilah kepadanya..:)..
ReplyDeletepenah jugak...thnx2..
no more bad status k..