-a picture by *GONE-EVERLONG of deviantart-
Bahasa melambangkan bahasa. Ringkas tetapi cukup mendalam maksudnya. Tanpa bahasa, tiadalah bangsa. Tanpa bangsa, hilanglah bahasa di dunia ini. Persoalannya, benarkah jika tiada bahasa, maka bangsa tersebut akan hilang? Jawablah dengan jujur. Ayuh kita lihat keluasan tatkala tibanya saat ini. Bagi saya, memang tanpa bahasa, bangsa tersebut akan terjejas. "Terjejas" dan bukannya "lenyap".
Seperti yang saya katakan, perlunya keluasan di sini. Sekarang jumlah blogger sudah mencapai berjuta-juta orang. Semuanya dengan hal-hal masing-masing. Ada yang pro kerajaan, anti kerajaan, semi kerajaan, pendek kata, setiap blogger itu memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat dan ilmu yang berguna kepada para pembaca.
Blogger merosakkan bahasa? Apa cara? Menggunakan 'shortform'? Yg? Tlh? Kaw? Itu tidak boleh dianggap satu perkara besar selagi mana dia tahu untuk bertutur dalam bahasa ibundanya. Hilangnya ataupun rosaknya bahasa adalah di mana seseorang itu tidak tahu untuk bertutur dalam bahasa ibundanya. Meringkaskan perkataan tidak berkaitan langsung dalam hal-hal merosakkan bangsa.
Seorang profesor madya dari UKM kalau tidak silap saya pernah berkata bahawa, ringkasnya perkataan mampu membuat satu revolusi baharu terhadap Bahasa Melayu itu sendiri. Perkataan ringkas sudah tentunya tidak boleh sesekali menggantikan Bahasa Melayu yang rasmi tetapi sekurang-kurangnya ia mampu menyingkatkan komunikasi sesama kita.
Alam itu terlalu luas untuk diteroka, janganlah menyempitkan diri berbahas tentang masalah bahasa yang tidak akan berkesudahan, kerana itu semua tidak penting. Apa yang penting adalah ilmu di dalam entri seseorang blogger tersebut. Sama ada berfaedah ataupun tidak, itu terpulang kepada individu yang membaca untuk menilainya.
Mungkin sahaja dapat membuka mata kita tentang isu-isu semasa. Mungkin sahaja dapat menajamkan akal fikiran kita. Mungkin sahaja entri tersebut kadangkala boleh menarik seseorang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Mungkin sahaja entri tersebut boleh menarik orang yang sesat kembali ke pangkal jalan. Semuanya mungkin, dan akan terus kekal dengan perkataan mungkin. Tetapi ingat, seorang individu itu mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ada yang minat untuk membaca entri bahasa ringkas. Ada yang menyampah untuk membacanya dan lebih suka kepada bahasa baku.
Bukankah lebih mudah jika orang yang meminati bahasa ringkas membaca blog yang menggunakan bahasa ringkas juga? Jangan pernah menyusahkan diri kita untuk memberikan ilmu kepada orang lain hanya kerana bahasa kita kurang baik. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan, tapi itu semua tidak penting, apa yang penting adalah tekadnya kita untuk menyampaikan ilmu kepada orang ramai.
Pernah sekali Nabi Muhammad S.A.W. menghantar seorang sahabat ke Yaman. Nabi sentiasa berpesan kepadanya.
"Agama yang paling Allah sayang adalah agama yang benar dan yang memudahkan"
-Hadis riwayat Ahmad-
Apabila Nabi Muhammad S.A.W. menghantar wakilnya untuk menyampaikan ajaran Islam, Nabi sentiasa berpesan kepada mereka semua...
"Bagi senang cerita agama jangan jadi payah, bagi khabar gembira kepada orang, jangan bagi orang lari"
Nah, itulah dia. Idola kita sepanjang zaman tidak pernah mengatakan bahawa untuk menyampaikan sesuatu ilmu itu memerlukan bahasa baku. Yang ada hanyalah bahasa yang mudah dan difahami! Sekarang ini, perjuangan kita untuk memperjuangkan Bahasa Melayu ataupun Islam? Ataupun tanpa Bahasa Melayu itu, Islam akan hilang? Introspeksi diri kita sekali lagi, ayuh lihat, beruntungkah Islam mendapatkan Melayu jika beginilah sikap orang Melayu yang memperjuangkan benda yang sia-sia?
Saya ingin berkata di sini bahawa 'keringkasan' bahasa itu tidak pernah menjadi penghalang seseorang itu untuk menyampaikan ilmu. Bukalah minda, fikirkan keluasan, jangan sesekali merehatkan otak anda itu. Menurut kajian, manusia hanya dapat menggunakan 3-5% sahaja daripada kepandaian otak dan akal fikiran mereka. Bahkan, Einstein hanyalah dapat menggunakan 13% sahaja daripada otaknya. Ke mana yang selebihnya?
Jadi, alangkah baiknya, kita hentikan perdebatan yang tidak berkesudahan dan cuba introspeksi diri. Cuba untuk menyampaikan ilmu dengan sepenuhnya. Cuba untuk menggunakan bahagian otak dan akal fikiran tentang perdebatan tersebut untuk meneroka alam ini dengan lebih luas. Janganlah berbangga kalau setakat dapat berpijak di ISS dengan kecanggihan orang lain, dengan menumpang, kita tidak akan ke mana-mana.
Ilmu itu akan terus berkekalan dan akan terus membuat pahala kepada kita sekiranya digunakan.
"Yang wajib kita perjuangkan ialah Islam, bukan bangsa. Perjuangan bangsa ialah perjuangan taghut yang Nabi tidak mengaku ummat. Apalagi kerajaan yang zalim yang tidak menghukum dengan hukum Allah, memakai undang-undang otak manusia. Sebab itu jika mereka mati di dalam perjuangan bangsa, Nabi tidak mengaku umat"
(Ustaz Ibrahim Libya, 1985)
-freezer_always-
-1.46 a.m.-
-12/1/2011-
Menjadikan malamku indah dengan cinta kasih sayang dari-Nya...
tQ ^^
ReplyDeleteapa-apapun sama-samalah kita jaga bahasa Malaysia ni. di samping menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ni.
ReplyDeletegadis terbilang : welcme..juz my opinion..^^
ReplyDeletehollowgram : insyaAllah..bersatu kita teguh...:)