Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Saturday, January 1, 2011

Azam Baru : Skrip Yang Berulang

10:41 PM Posted by freezer_91 No comments

-a picture by ~terataki of deviantart-


1/1/2011(12:01 pagi)

Tahun baru ini, aku mahu menjadi diri aku yang tidak pernah dilihat orang lain.

Tahun baru ini, aku mahu meninggalkan segala kemaksiatan yang pernah aku buat dahulu.

Tahun baru ini, aku akan sentiasa melekat dengan buku.

Tahun baru ini, aku pasti akan menjadi pelajar yang terbaik di dalam kelasku.

Tahun baru ini, aku akan member komitmen yang sepenuhnya terhadap tugasan-tugasan yang diberikan kepada aku.

Detik  12 malam tahun baru bermulalah kehidupan aku yang baru. Kehidupan yang akan menjadikan aku lebih baik dan lebh berdisiplin daripada sebelumnya. Aku sudah berubah! Wahai tahun 2011, treat me well ok!

Berkobarnya semangat di dalam hati tiada siapa yang tahu. Biarlah hanya Allah sahaja yang tahu betapa perubahan aku ini adalah semata-mata untuk-Nya. Aku ingin kembali mencari diri aku yang sebenarnya. Menjalankan tugas aku yang sebenarnya.



1/3/2011(12.01 pagi)

“Ishh, Isyak belum solat lagi ni, takpela, lagipun Subuh pun lambat lagi, baik aku tengok cerita dahulu.”

“Fir, assignment minggu lepas kau dah siap? Aku nak tiru boleh tak? Bukan apa, aku Cuma tak cukup masa saja nak buat assignment tu.”

“Mesyuarat lagi! Apa yang nak dibincang pun entah apa la. Malas la. Baik off handphone terus.”

“Arghhh!!! Bosannya baca buku IMSE ni. Eh, komik la, baik aku baca komik dulu, tenangkan fikiran dulu la.”

Pernah dengar? Pernah tengok? Pernah alami?

Ya, itulah kita. Asal ada sahaja tahun baru, azam turut sama diperbaharuinya. Melihatkan dirinya yang tidak menjadi pada tahun lalu, kita akan berubah menjadi yang terbaik pada tahun ini. Sebulan...Dua bulan...Dua bulan setengah...

Masuk sahaja bulan ketiga, semuanya hilang. Seperti tiada apa-apa yang pernah dihajatinya. Kembali kepada dirinya yang dahulu. Masa yang sama, tarikh yang sama, yang berbeza hanyalah bulannya sahaja.
Keadaan ini sekaligus memperlihatkan kita bahawa walaupun ‘hari’ tidak dapat menyekat kita daripada perubahan, sudah tentu sekali ‘bulan’ akan melakukannya. Hanya tunggu masa sahaja yang menentukan semuanya, lambat atau cepat. Ya, lambat atau cepat, kebanyakan dari kita akan kembali kepada diri kita yang dahulu.

Masa, adalah sesuatu yang sangat mementingkan dirinya. Jika kita menganggap masa adalah manusia, ia boleh dikategorikan dalam sifat koleris. Koleris yang teramat kuat. Koleris, sifat yang tidak menghiraukan sesiapa pun, yang dia tahu hanyalah bergerak dan terus bergerak ke hadapan. Apa yang penting, dirinya ada pekerjaan untuk dilakukan. Sama ada kita ingin mengambilnya serius ataupun tidak, dia akan terus bergerak. Itulah bahayanya masa.

Kenapa Ini Berlaku?

Persoalannya, kenapa ini kerap kali berlaku? Semuanya terletak kepada diri masing-masing. Dari pandangan saya, pemikiran kita sudah di-set, tahun baru, azam baru. Seharusnya, setiap hari, tetapkanlah azam yang baru. Berazamlah untuk menjadi yang lebih baik dari semalam.

Hidupnya kita di pagi hari adalah dengan izin Allah S.W.T. Hidupnya kita pada hari ini adalah untuk menambahkan kebaikan yang kita buat semalam dan bertaubat di atas segala kesalahan semalam. Kita semua tidak mungkin akan berjaya jika hidup keseorangan di atas muka bumi ini. Perlunya sahabat yang senantiasa mendokong kita. Dengan itu, walaupun kita jatuh, adanya seribu bahu yang dapat menyokong dan menahan kita daripada jatuh tersungkur

Anip : Fir, aku lemah la sekarang. Aku tak tahu kenapa aku sekarang ni. Asyik sedih sahaja kerjanya.

Afir : Larhhh...Anip yang aku kenal tak seperti ini pun dulu. Selalunya dia yang bagi nasihat kepada aku. Ini dah terbalik la pulak.

Anip : Entahla, kejadian yang berlaku kepada aku 2 3 hari ni mengganggu aku sangat-sangat.

Afir : Tetapkanlah azammu wahai kawan. Jangan pernah kita kalah kepada masa yang asyik menekan kita. Masa tidak akan menunggu kita untuk berubah. Ayuh kita ubah kata-kata itu. Kita tidak akan menunggu masa untuk berubah. Faham kan?

Anip : ...

Afir : Aku bukanlah hendak sombong, tapi setiap malam, sebelum aku melelapkan mata, aku akan cuba mengingat balik apakah dosa yang pernah aku buat pada hari tersebut. Kadang-kadang, aku juga mencatat setiap kali aku membuat dosa.

Anip : ...

Afir : Anip, tidak mudah untuk menginggalkan segala kejahilan kita pada masa dahulu. Cuma kita perlu perbetulkan minda kita. Setiap hari yang mendatang, jangan pernah sesekali jadi diri kita. Jadilah diri kita yang lebih baik. Jika hari ini kau buat sepuluh dosa, mungkin esok kau patut menahan diri kau daripada melakukan dosa melebihi sepuluh. Dengan itu, kau akan merasa bahawa diri kau adalah yang terbaik.

Anip : Hurmm...Terima kasih Fir.

Afir  : Sama-sama, ingatlah, kalau ada masalah kita boleh kongsi. Aku tak kisah pun.

Jangan sesekali menjadi diri kita. Jadilah diri kita yang lebih baik. Tidak perlulah kita bertanyakan orang lain bahawa adakah diri kita sudah cukup baik. Kerana tidak ada istilah yang sudah cukup baik itu. Mesti ada ruang yang boleh diperbaiki lagi agar kita menjadi seorang yang diperbaharui azamnya pada setiap hari.

Janganlah hanya pada tahun baru kita membuat azam yang membara. Kerana kita sudah tahu bahawa azam itu tidak akan kekal lama. Ya, mungkin ada orang dapat menunaikan azam mereka itu, tetapi ingin saya mengajukan satu persoalan kepada anda, berapa ramaikah yang sudah berjaya menunaikan azam mereka itu dan berapa susahkah mereka untuk menunaikannya?

Bukankah lebih mudah jika kita sentiasa menanam azam kita setiap kali kita bangun. Kerana setiap pagi adalah hari yang baru dan teramat bermakna buat kita semua. Jadi...

Tahun 2011...

Biarlah tahun 2011 menjadi tahun di mana kita menetapkan azam bukan sahaja pada tahun baru ataupun awal Muharram, tetapi setiap hari, setiap saat, setiap minit, setiap jam. Itulah manusia yang akan berjaya, InsyaAllah.

Jadilah kita bintang yang senantiasa berkelipan. Menyinari orang lain dan memberi contoh yang terbaik untuk orang lain.


p/s : mencuba untuk update blog setiap hari. Tidak pun setiap minggu.


-freezer_always-
-10:41 p.m.-
-01/01/2011-

0 comments :

Post a Comment