Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Sunday, January 2, 2011

Menuju Puncak(Part 1)

10:56 PM Posted by freezer_91 No comments
-a picture by ~et221093 of deviantart-




Selekoh tajam...

Belok ke kiri...

Belok ke kanan...

Awas...

Double-line...

Itulah jalan yang akan aku lalui,

Aku ingin ke puncak itu,

Puncak yang tiada tandingannya,

Aku bertolak pagi hari lagi,

Tanpa penat jerih aku tempuhinya,

Kadang-kadang aku terpaksa memperlahankan kenderaan,

Akibat daripada kecuaian pemandu lain,

Namun, yang pasti, aku tahu,

Jalan ini akan membawa kita ke satu destinasi yang sama,

Lori-lori yang datang dari arah bertetangan,

Menggerunkan aku,

Menyedarkan aku bahawa walaupun kita besar dan gagah,

Cukup mudah untuk kita terbalik,

Untuk kita jatuh ditimpa kemalangan,

Melihatkan jalan yang lengang,

Aku melajukan kenderaan,

Tetapi, aku juga tahu betapa besarnya risiko kelajuan itu.

Aku terus memandu,

Untuk sampai ke destinasi yang dituju,

Melihatkan papan tanda kilometer menyedarkan bahawa perjalanan aku sangat jauh lagi untuk ditempuh,

Aku tak tahu apa yang ada di hadapan aku,

Apa yang ada di sebalik selekoh itu,

Apa yang ada di atas nanti,



bersambung...



-freezer_always-
-1/1/2011-
-Menuju ke Puncak Banjaran Titiwangsa-

Menikmati keindahan alam ciptaan Allah...

0 comments :

Post a Comment