-image by parisiansunrise of deviantart-
Toronto
20 Januari 2011
5.15 petang
Tadi, dalam perjalanan pulang dari Jaya Jusco, kawanku, Faizal memasang lagu ini. Sudah lama tak dengar lagu ni, termenung seketika, ingin menitis rasanya airmata apabila lirik diperhati satu persatu. Dihayati dengan mendalam.
Satu... kasih nan abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Kasih yang tiada berbelah bahagi yang dicurahkan oleh seseorang kepada kita. Takkan siapa dapat menandinginya. Tiada apa yang dapat menyekat kasih sayangnya kepada kita. Kita merajuk, dialah yang memujuk. Kita menangis, dialah yang mengesat airmata kita. Itulah kasih ibu. Ibu kita yang menahan perit jerih menahan 9 bulan untuk melahirkan kita. Siapa lagi yang sanggup berkorban sebanyak itu kepada kita kalau bukan ibu kita sendiri? Fikirkan, apa yang kamu lakukan sekarang? Pernah sakiti hatinya? Pernah mengatakan tidak kepadanya? Apa dan apa yang telah kita lakukan. Ibu, aku sayang kepadamu. Tiada yang dapat aku ganti jasamu ibu. Ibu, akan ku tunaikan hasratmu suatu hari nanti setelah aku berjaya. Akanku membuat kau tersenyum melihat anakmu berjaya.
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ayah, terlalu banyak jasanya yang kita tidak nampak. Dia lah yang berpayahan menjaga kita tatkala kita lahir. Mencuba untuk menjadi seorang bapa contoh kepada anak-anaknya. Ayah mana yang tidak sayangkan anaknya. Walaupun sekarang sudah banyak kes bapa memukul anaknya, jauh di sudut hatinya, ada sinar di situ. Sinar sayangnya seorang bapa kepada anaknya. Itulah lumrah. Jangan pernah kau buangkan kasihmu terhadap kedua ibu bapa mu. Jangan pernah kau lari dari kenyataan walau seburuk mana pun ibu bapa mu itu. Manusia itulah yang menjaga mu dari sekecil tapak tangan. Sayangilah mereka sampai yang termampu.
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Konklusinya, tatkala kita dimarahi oleh kedua ibu bapa kita, itu tidak bermakna sayang mereka sudah pudar, bahkan itulah tandanya sayang mereka makin hari makin bertambah. Makin sayang kepada kita. Fikir-fikirkanlah. Sampai takat mana sudah kita gembirakan kedua ibu bapa kita. Sedangkan jika dilihat pada umur mereka yang semakin meningkat, raut wajah mereka yang semakin berkedut, tidak pernahkah kita terfikir bahawa mungkin saat ini ibu kita telah mati?
Sekadar perkongsian...
-freezer_always-
-2.44 a.m.-
-22/1/2011-
Muhasabah dalam perasaan yang bercelaru...