Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Wednesday, September 8, 2010

iMpiAnKu...

12:58 PM Posted by freezer_91 2 comments
Terfikir sejenak, betapa diri ini terlalu hina akibat terikut2 dengan dunia dan hawa nafsu.Walaupun telah dikurniakan pelbagai nikmat oleh Allah S.W.T. sehinggakan diri ini mampu untuk menilai baik dan buruknya dunia ini, tetapi diri tetap kecundang dihayutkan oleh gelombang duniawi. Itulah "MANUSIA", jiwa ingin kembali kepada fitrah tetapi diri tetap memilih kegelapan.

Apa yang terjadi pada diri aku?!Ya, aku ingin berubah dan kembali ke jalan yang benar!Aku ingin kembali sujud dan menghina diri ini di hadapan Allah. Tetapi, kenapa, kenapa, dan kenapa aku masih lagi belum berjaya untuk membuat semua itu!

Iman...Yazid wa Yankus.
Ya, iman ini menaik dan menurun. Tetapi mengapa iman di dalam diri ini terasa terus menurun dan tidak menaik langsung.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”
[Ali Imran : 8]

Apabila diri ini mendengar peringatan agama, hati tersentuh dan menggeletar. Niat ditekadkan supaya meninggalkan segala maksiat dan kembali kepada fitrah yang sebenarnya.Ya, itu yang aku maksudkan...mata dikunci dari kemaksiatan, mulut dikunci dari kata yang sia-sia, kemaluan ditahan dari kejahatannya, tangan dan kaki digari dari melakukan fitnahnya.

Ah, sudah aku tahu penyudahnya. Hanya bertahan seketika sahaja. Selepas itu, kembali ke jalan jahiliyah semula. Dengan kehadiran halaqah compang camping, al-Quran baca tidak baca. TETAPI!!Hati ini tetap meronta ingin kembali ke jalan agama. Bagaimanakah caranya aku boleh kembali kepada fitrah Islam yang sebenar?

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)."
[Al-Qasas : 56]

Ternyata, jiwa diri terlalu sedih dengan ayat ini. Mengapa? Kerana jiwanya terasa belum diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.

Teringat akan hadis yang bermaksud;

"Wahai hamba2-Ku ! Kamu sekalian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayah kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayah daripada-Ku, nescaya Aku akan memberi hidayah itu kepadamu"
-(Hadis 40 oleh Imam An-Nawawi)-
*(betulkan jika salah)*

Jiwa diri ini kembali bersinar setelah mendengar hadis ini. Mengapa? Kerana diri ini tidak meminta kepada-Nya. Bagaimana hendak memberi jika tidak meminta.

Marilah kita sama2 berdoa kepada Maha Pemberi Hidayah. Angkatlah kedua2 belah tanganmu wahai manusia semua, janganlah engkau sombong di hadapan Allah. Tidak takutkah engkau akan azab Allah yang menanti?

"Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat".
[Al-Baqarah : 7]

Marilah kita berdoa...

"Ya Allah, setelah Kau beri ilmu kepadaku, ternyata ilmu ini tidak banyak memberi manfaat kepada diriku, malah terkadang aku ini seperti manusia yang tidak diberi ilmu dan tidak diberi petunjuk. Ya Allah, Engkaulah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, maka kurniakan aku petunjuk kepada jalanMu, Ya Allah! Kurniakanlah aku kekuatan untuk melaksanakan syariatMu. Sesungguhnya, segala kekuatan adalah milik-Mu Ya Allah"

Ternyata, doa itulah senjata orang2 mukmin. Doa telah membangkitkan keyakinan dan semangat orang mukmin untuk meneruskan kehidupan dengan syariat Allah. Dengan doalah, orang-orang mukmin tidak putus harapan kepada Allah swt.

Benarlah apa yang dijanjikan oleh Allah,

"Berdoalah, nescaya akan Ku kabulkan permintaanmu".

Nukilan si hina kepada Penciptanya...
-freezer_always-
-08/09/2010-
-12.58 p.m.-

2 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)."
    [Al-Qasas : 56]~~di sebabkan ayat inilah yg mbuatkan aku rsa terlalu kerdil..rasa amat malu pdNYa..sehingga aku menanggis merayu memohon hidayah dan petunjuk..(aku ingin jdi insan terpilih izinkanlah...dan skrg sdh 2 thun sudah berlalu..dan hasilnya Aku trlalu brsyukur...

    ReplyDelete