-picture by ~holiveira of deviant art-
"Today's class is finished until here. Tomorrow we will continue on fourier series", Dr Josefrina mengakhiri kata-katanya dan terus keluar dari bilik kuliah. Dua orang pemuda yang berada di penjuru bilik kuliah masih lagi belum bergerak kerana ingin memberi laluan kepada orang lain.
"Aku memang dah give-up la Im", rengek Afir tentang subjek yang paling tidak digemarinya. Differential Equation ataupun yang lebih dikenali sebagai DE. "Jangan pernah putus asa Fir, bukankah putus asa itu adalah salah satu daripada sifat orang-orang kafir".
"Ni haa, "Wahai anak-anakku! Pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir", surah Yusuf ayat ke-87", kata Naim berserta dengan dalilnya sekali.
"Terima kasih Im kerana senantiasa memperingatkan aku bahawa kita di dunia ini bukanlah keseorangan untuk memikul ini semua. Sudah tentu Allah akan sentiasa berada bersama-sama kita". Mereka kemudian terus berjalan menuju ke bilik mereka. Kelas tadi adalah kelas yang terakhir untuk hari ini.
Kebiasaannya pada hari Rabu, mereka hanya ada satu kelas sahaja iaitu pada pukul 9 pagi. Hati Afir terus kecewa apabila melihatkan betapa rosaknya masyarakat di sekelilingnya. Perkataan "couple itu haram" memang sudah basi di kalangan kita. Namun, ia bagaikan masuk telinga kanan dan terus keluar telinga kiri tanpa meninggalkan walau sedikit kesan pun.
Afir melihat seorang perempuan berseluar jeans dan berbaju T-Shirt lengan panjang berwarna terang. Bertudung bawal. Kelihatan sedang asyik bergelak tawa dengan teman lelakinya sambil berjalan melepasinya. Dia hampir tidak mempercayai apa yang dilihatnya.
'Eh, biar betul? Takkanlah Kak Balqis tu? Tak mungkin...'
"Qis, you ni nakallah!" Afir tiba-tiba menangkap suara teman lelaki si perempuan. Tersirap darahnya. Jika diikutkan hatinya, hendak sahaja dia menegur kakak seniornya itu. Namun diurungkannya niat di hati. Terus berjalan lirih. Hatinya hampir gugur.
Tidak disangka-sangka bahawa seorang muslimah yang dahulunya dihormati olehnya kini menjadi sedemikian rupa. Sampai sahaja di bilik, dia terus merenungkan dirinya. Teringat kembali tentang Kak Balqis tadi.
Tidak semena-mena airmatanya mengalir. Sedih dan kecewa diadun menjadi satu. Apakah teman-teman sekolahnya juga akan menjadi seperti itu? Dia tidak mahu itu terjadi. Dia terus berdoa. Suasana pagi yang cerah itu terasa suram di hatinya.
Afir bergerak ke komputer ribanya. Jemarinya digerakkan menghalakan tetikus untuk membuka tetingkap Google Chrome Browser. Laman Facebook menjadi pilihan. Sekali lagi dia terlihat sesuatu yang diharapkannya tidak akan pernah berlaku. Gambar teman sekelasnya di tingkatan 5 dahulu dengan seorang lelaki. Sungguh mesra berdua-duaan.
"Farihin pun ke?". Lantas dia terus menekan info dan terus terpampang bahawa jelas Farihin kini sedang dilamun cinta. Jelas menunjukkan di situ. In a relationship with Fakar.
Ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Aku mesti selamatkan seorang muslimah yang dahulunya aku sangka tidak akan pernah terjebak dengan jenayah sebegini rupa.
Telefon bimbit lantas dicapai oleh Afir.
Mesej yang ringkas ditaip olehnya.
"Assalamu'alaikum Warahmatullah"
"Wa'alaikumussalam Warahmatullah. Ha, Afir, apa khabar?"
"Aku sihat je. Kau?"
"Aku pun sihat. Macam mana kampus kau?"
"Baguslah kalau kau sihat?"
"Insya-Allah. Hah, mimpi apa kau tiba-tiba cari aku ni?"
"Entahlah, aku tadi terlihat kau dengan lelaki lain di dalam facebook".
"Oh, dia tu teman lelaki aku yang barula. Lupa nak bagitahu kau. Tula, lama sangat menghilangkan diri".
"Farihin, kadangkala kita lupa dari mana kita berasal dan kepada siapa seharusnya cinta kita ditaburkan".
"Afir, aku sudah cuba menahan perasaan aku. Tetapi dia terlalu baik bagi aku. Aku yakin dia dapat jaga aku dengan lebih baik".
"Ingatlah, tiada lelaki yang lebih baik melainkan menurut perintah Sang Pencipta. Kau boleh tengok Surah An-Nur ayat ke-30"
"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa Yang mereka kerjakan."
(An-Nur : 30)
"...."
"Ya, manusia terkadang tersilap. Itu lumrah kehidupan Farihin. Tiada bumi yang tidak pernah hujan. Tiada manusia yang tidak pernah terjatuh. Tetapi yang penting adalah kita tetap bangun kembali. Tidak kira berapa kali kita jatuh."
"Afir, aku bersyukur sangat kau dapat memberi nasihat kepada aku. Tetapi aku sudah terlalu jauh. Aku dah terlalu cintakan dia".
"Farihin, tiada yang terlambat selagi kematian tidak menjemput kita. Matilah kita dalam keadaan muslim. Surah Ali-Imran ayat ke-102".
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim"
(Ali-Imran : 102)
"Maafkan aku Fir. Eh, jom kita keluar nak tak hujung minggu depan?"Farihin cuba mengalih topik.
"Farihin, tiada yang lebih indah daripada mendapat redha Ilahi. Seindah apapun sesuatu itu dalam pandangan kita, tanpa redha Allah, ia tetap sia-sia. Allah cintakan kita Farihin. Allah sayangkan kita. Tinggal kita nak sayang diri kita atau tidak. Dan maafkan aku, aku sekarang bukan Afir yang dulu lagi. Senang untuk keluar dengan perempuan bukan muhrim. Ini aku mesej kau pun kerana aku rasa aku masih dapat selamatkan kau. Tapi maaf, mungkin lepas ini aku tidak akan mesej kau lagi. Kita tetap kawan. Tetapi kita mungkin tidak boleh mesej seperti dahulu lagi. Mesej tentang pelajaran boleh sahaja".
"Yela2. Aku faham la. Alim sangat la pulak kawan aku seorang ini. Dulu bukan main couple dengan Mimi".
Mesej itu Afir biarkan tidak terjawab. Kerana dia merasakan bahawa kawannya itu mungkin tidak akan mendengar cakapnya lagi.
Tidak.
Mungkin Farihin masih boleh diselamatkan lagi. Cara aku salah dengan menegurnya tadi. Ada cara yang lebih betul.
Lantas dengan cepat dia mencapai telefon bimbitnya dan menghantar mesej kepada salah seorang akhwat di UIA.
"Salam, ukhti. Ana nak minta tolong sedikit. Ana ada kawan, nama dia Farihin. Ana tahu sekarang dia terumbang-ambing di sana. Mungkin disebabkan culture-shock. Jadi ana nak minta tolong enti untuk ajak dia masuk halaqah enti. Ana tahu jauh di sudut hatinya masih ada keinginan untuk kembali ke jalan yang benar. Minta tolong jasa baik enti".
"Insya-Allah, ana akan cuba".
Afir terduduk melutut. Dia berasa amat bersalah. Air matanya terus mengalir. Dia kembali menata hatinya. Wudhu' diambil. Sejadah dihamparkan. Solat Dhuha didirikan. Hatinya merintih memohon secebis kekuatan daripada Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Bukan sahaja perempuan, tetapi lelaki kelasnya dahulu turut menjadi mangsa kepada jenayah ini. Kautkah aku untuk membimbing mereka? Bagi lelaki, aku akan terus membimbing mereka ke jalan yang benar. Tetapi bagi perempuan, aku akan cuba menolong mereka dengan menghantar akhwat untuk mentarbiyyah diri mereka. Ini kerana niat tidak menghalalkan cara.
“Ya Allah, ampunkan aku yang lemah dalam membimbing teman-temanku. Aku sendiri tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik buat mereka. Aku tahu aku lemah, aku banyak dosa. Namun aku tetap berharap agar aku mampu kembali kepadamu setiap kalu aku tersungkur. Dan itulah juga harapanku buat teman-temanku. Bantulah mereka untuk mengenal syariatMu dan memperjuangkan agamaMu. Peliharalah diriku dan diri mereka daripada terpengaruh dengan keindahan dunia yang menipu ini.”
Airmata terus menjadi saksi betapa sedihnya hati ini.
-freezer_always-
-30/11/2010-
-3:07 a.m.-
0 comments :
Post a Comment