Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Friday, November 26, 2010

Keluasan Itu Penting...

1:55 PM Posted by freezer_91 No comments

-picture by ~nauticalstar13 of deviant art-


Hidup...
Terlalu singkat untuk dibicarakan. Terlalu pedih untuk dibicarakan. Terlalu rumit untuk dibicarakan. Ini semua adalah kerana hidup manusia tidak pernah sempurna dan tidak akan sempurna. Perbuatan yang baik pun kadang-kadang mendapat kritikan orang ramai, inikan pula perbuatan jahat.

Apa yang ingin saya lakukan di sini hanyalah membuat klarifikasi tentang perkara yang sinonim di kalangan masyarakat kita. Iaitu "KELANTAN". Sebut Kelantan, politik datang, sosial datang, ekonomi datang. Datang membicarakan tentang baik dan juga buruk.




Post ini saya temui di dalam forum ehoza.com. Jadi tidak perlu rasanya saya menjelaskan dengan lebih lanjut lagi tentang tanggapan orang ramai terhadap rakyat Kelantan. Kerana itu semua sudah dijelaskan di atas.

Bila saya lihat post macam ni, agak terkilan rasa di hati. Tapi tidak mengapa kerana setiap orang mempunyai pandangannya yang tersendiri. Cuba kita bawa perkara ini ke tahap kaum pula. Apabila kaum Melayu berbual, Cina dikatakannya berpuak dan tidak pernah berkongsi apa yang mereka ada. India pula dikatakan hanya menghiraukan hal mereka sahaja dan sentiasa tidak ingin ambil tahu pasal kaum lain.

Sampai bilakah generasi mengata sana mengata sini akan terus berlaku? Saya ingin menanyakan satu soalan kepada ada semua. Mengapa apabila datangnya hal seperti ini, tidak kita melihat kepada keluasan. Keluasan di sini bermaksud mengapa tidak kita meletakkan Islam itu sebagai tunjang utama jika berbicara hal ini.

Allah menjadikan kita berbangsa-bangsa, bernegeri-negeri, beragama-agama, kenapa? Supaya kita saling kenal mengenal antara satu sama lain.

"Wahai umat manusia kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami menjadikan kamu berpuak-puak supaya kamu berkenalan. Sesungguhnya semulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.”
(al-Hujurat:13)

Saya nak kata di sini, mengapa tidak kita melihat keluasan dari ayat ini? Kalau kita tengok ayat ini, cukup jelas di situ mengatakan "supaya kamu berkenalan". Dan Allah menambah lagi bahawa sesungguhnya semulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Ini bermaksud bahawa tidak sahaja kenal mengenal tetapi adalah orang yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah S.W.T.

Jika kita tengok ada budak kelantan berpuak, janganlah terus membuat anggapan yang bukan-bukan. Tidak salah kan jika saya memberi cadangan supaya anda mendekati mereka dan bergaul bersama mereka. Kerana apabila seorang mula mengata orang lain, perkara itu akan berterusan dan penghujungnya adalah infiniti. Manusia, hanyalah melihat dengan mata kasar tetapi bukannya dengan mata hati. Tentu ada sahaja yang salah.

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan".
(al-Alaq:1)

Dari sinilah kita akan mula menerima kekurangan masing-masing. Manusia tidaklah sempurna dan jangan berharap kita akan mendapat kemanisan berkawan selagimana kita tidak dapat menerima kekurangan masing-masing.

"bdk kelantan ni bila die sorg jer ddk ngan bdk ngeri lain die ok....
but bila dtg lagi sorg kelantan,mmg die lari dari kite n join bdk tu.....
bnde ni aku dh nmpk bnyk kali n aku prnh alami.....
diorg ni mmg suka brpuak2.....
xpndai nk brsosial lgsung ngan org lain....."
(quote dari salah satu komen dalam forum tersebut)

Memang, kami tidak pandai bersosial, tetapi apa salahnya anda yang pandai bersosial datang kepada kami. Mengenali kami dengan lebih mendalam lagi dan rapat dengan kami. InsyaAllah, kami akan menerima anda dengan baik. Di sini, saya tidak mengatakan bahawa kami rakyat Kelantan adalah kerabat diraja, tetapi itulah kami, terlalu susah apabila keluar dari negeri kami sendiri. Kami lebih cenderung untuk mencari orang yang sama loghat dengan kami. Jadi mungkin anda juga perlu memahami kami di samping kami memahami anda. Kami akui bahawa itu adalah kelemahan kami yang sangat "fatal".

Inilah yang dimaksudkan "communication". "Communication" akan terjadi apabila adanya "transmitter" dan "receiver". Kami cuba untuk menjadi receiver yang terbaik dan anda cubalah untuk menjadi transmitter yang terbaik. Kerana dalam apa pun yang kita lakukan, sebagai umat Islam haruslah melakukan yang terbaik.

"Cakap luar". Rasanya semua orang tahu apakah yang dimaksudkan cakap luar. Bagi budak Kelantan, cakap luar adalah apabila kita meninggalkan loghat kita dan cuba bercakap formal. Di sini, saya tidak ingin menggunakan "cakap luar" tersebut kerana kita semua adalah sama dan bahasa kita adalah bahasa melayu. Tiada istilah yang dinamakan cakap luar.

Dari kisah saya sendiri, apabila cuba untuk cakap formal, ada sahaja rakyat negeri lain menegur,"kau tu orang kelantan, come on la, cakap la kelantan, xpyh ckp luar". Bukan sahaja rakyat negeri lain, bahkan rakyat negeri Kelantan sendiri yang berkata sebegitu rupa. Kami sudah penat. Penat untuk menjadi transmitter ataupun receiver yang terbaik. Cubalah kita sedar tentang diri kita. Ke mana kita selepas ini.

Red Warriors. Kali pertama memengani Piala Malaysia sejak 89 tahun ia diperkenalkan. Kali pertama piala tersebut menjejakkan kakinya di bumi Kelantan ini. Tetapi untuk mencapai kejayaan sebegitu rupa, pelbagai tohmahan dan cacian yang kami terima. Di dalam hal ini, saya tidak ingin menyalahkan sesiapa, media mahupun penonton. Kerana kita mestilah melihat dari segi keluasan berfikir.

Ada yang betul dan ada juga yang salah dari pihak media. Begitu juga dengan pihak penonton. Oleh itu, kita haruslah husnuzon di sini. Berfikir positif. Pihak media haruslah lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan apa-apa tentang para penyokong. Penyokong TRW juga haruslah sedar bahawa mercun dan botol air tidak akan dapat melambangkan kegembiraan ataupun kemarahan. Janganlah kita bergurau senda hanya dengan melempar mercun sesuka hati kerana kita pun tahu apa akibatnya. Saya bukanlah hendak menghina, tetapi hanyalah peringatan untuk kita semua.

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin".
(Az-Zariyat:55)



-freezer_always-
-26/11/2010-
-3:16 p.m.-

0 comments :

Post a Comment