Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Saturday, March 5, 2011

Hati : Bermasalahkah Dirimu?

7:00 PM Posted by freezer_91 3 comments
-a picture by ~onixa of deviantart-



Taman Dalam Hati
3.08 a.m.
2/3/2011

"...Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata..."



Lagu Istikharah Cinta alunan Sigma terus menerus berkumandang di gegendang telinga. Dua tiga minggu ni, hati ini terasa tidak begitu tenang. Entah ke mana menghilangnya ketenangan yang sebelum ini menjadi aset utama dalam melakukan setiap gerak kerja.

Terlalu runsing barangkali?
Terlalu sedih?
Terlalu kecewa?

Entahlah. Masih belum terjawab lagi semua persoalan itu. Apa yang penting sekarang ini aku memerlukan seorang sahabat yang mampu mengembalikan ketenangan aku. "Ketenangan", tidak terasa tatkala masih ada, namun sekali dia cuba menghilangkan diri, diri ini huru hara, tidak tentu hala. MasyaAllah. Sungguh, jarang sekali kita bersyukur kepada Pencipta ketenangan itu sendiri.

Tetikus di tangan sudah tidak tahu hendak dihalakan ke mana lagi. Cuba melihat gtalk, siapa yang masih 'online' lagi.

"Eh? Tak tidur lagi rupanya." getus hatiku.


palestinatercinta : Assalamualaikum.

zach : Waalaikummussalam. Xtidur lg?

palestinatercinta : Belum, masih belum tergerak hati nak tidur. Hati tak tentu hala la pulak...huhu

zach : Larhhh, kenapa pulak? Ce cite ce cite...hehe

palestinatercinta : Entahlah zack, aku sendiri pun tak tahu, kenapa la boleh hati bleh jatuh cinta tiba2 sahaja.

zach : Ouhhhh, masalah hati la ni rupanya. Ok2, citer sikit.

palestinatercinta : Macam nie zack, bnda nie dh lme dh, tp aku je yg bt senyap. Malaslah nk tegur2 dia. Tak baik pulak. Tapi aku takut la zack, adakah dia bleh baca isi hati aku nie? Hurm...

zach : Then???

palestinatercinta : Aku takut aku hilang dia, entahlah zack, hati ni asyik nak berbisik rindu je. Kalau tengok fb dia sahaja pun aku dah jadi tak tentu hala.

zach : Hurmmm...

palestinatercinta : ....

zach : Dalam usaha kita nak mendekatkan diri kita kepada Allah, akan ada banyak halangan yang akan cuba memesongkan kita dari mendekati Allah dan memikirkan pasal perjuangan. Ataupun dalam bahasa mudahnya adalah A'waridh.

palestinatercinta : A'waridh???

zach : A'waridh ini adalah nafsu, syaitan, orang kafir dan lain-lain lah.

palestinatercinta : Ouhhhhh....hehe

zach : Ada satu puisi yang ditulis yang berkata,"Apakah engkau risau terhadap apa yang Allah telah tentukan kepadamu???"

palestinatercinta : Hurmmm....Aku selalu sahaja fikirkan pasal jodoh aku. Adakah dia ataupun tidak? Entahlah...

zach : Ada satu hari tu, aku tanya ustaz, adakah 3 perkara iaitu rezeki, jodoh, dan ajal maut adalah perkara yang kita tak perlu usaha ustaz? Then, ustaz tu jawab,"Kita usaha, tapi kita tak risau". Kita usaha tapi kita bukan bergantung kepada usaha tersebut, sebab Allah memang dah jamin. Usaha kena seiring dengan tawakkal, 50-50.

palestinatercinta : Ok2....

zach : Kau tak perlu risau tentang benda ni sebab Allah dah jamin untuk kita, tambah-tambah lagi kita adalah orang yang menolong agama Allah.

palestinatercinta : Maksudnya?

zach : Haaaa, cuba tengok Surah Muhammad ayat ke-7. Tuliskan...

palestinatercinta : "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
[QS. Muhammad, 47:7]

zach : Faham kan sekarang ni?

palestinatercinta : InsyaAllah...

zach : Kau perlu risau dan banyak fikir pasal perjuangan, umat, macam mana kedudukan kita di sisi Allah, syurga atau neraka, sebab perkara itu semua Allah tak jamin untuk kita.

palestinatercinta : Hurmmmm....

zach : Kau tak perlu memikirkan macam mana hendak mendapatkan redha muslimat tersebut, tapi fikirkanlah macam mana nak dapatkan redha Allah. Kerana jika benar muslimat itu jodoh kau, insyaAllah, Allah akan simpankan dia untuk kau.

palestinatercinta : Syukran zack....=)

zach : Afwan, xpe. Apa gunanya sahabat jika tidak saling ingat-mengingati. Oklah, aku nak beradu dahulu..hehe

palestinatercinta : Ouhhhh, ok2...salam.

zach : Wslm...


Apa yang telah aku lakukan Ya Allah...

Aku telah hanyut dengan perasaan ini. Aku hanyut dengan permainan perasaan ini. Aku khilaf Ya Allah. Aku terus termenung melihat skrin laptop seperti menunggu sesuatu akan muncul. Aku merenung kembali dosa-dosaku sebelum ini...


"...Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan

Sebagai mahar hantaran..."


Lagu Mahar Cinta nyanyian Devotees sedang berkumandang. Terasa sedih di hati...






-freezer_always-
-7.00 p.m.-
-5/3/2011-


Kembali untuk melihat diri sendiri...

3 comments :

  1. Saya ada nukilkan sebuah sajak, yang mungkin boleh meredakan sedikit, inshaAllah.

    Jemput menjenguk di link ini.

    http://istimewanya.blogspot.com/2011/03/tentang-seseorang.html

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk post nie..perkongsian berguna utk saye n pembace2lain insyaALLAH..ALLAHUMMAFTAH ALAIKA..

    ReplyDelete
  3. hati saya tersentuh.terima kasih atas cerita ini.

    ReplyDelete