-google- |
Village Situ Sini
24/3/2011
3.00 p.m.
(Status : IMSE undone~)
Alhamdulillah, betapa besarnya nikmat yang Allah telah curahkan kepada kita setiap hari. Udara yang disedut tiada pernah dipinta di dalam doa kita. Air di laut dan sungai akan senantiasa mengalir walaupun tanpa tadahan tangan dari kita. Itulah tanda betapa sayangnya Pencipta kepada makhluknya. MasyaAllah, mengapa kita tidak pernah melihatnya sebelum ini?
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [QS. An-Nahl, 16: 18]
Bangunnya kita di pagi hari, terus melupakan Allah. Saat di mana mata kita tertutup di malam hari, dan terbuka di pagi hari, di manakah Allah di hati kita? Cuba bayangkan di saat kita tidak lagi dapat membuka mata, tidak dapat bergerak badan, masyaAllah, tatkala itulah Allah datang dalam benak minda kita.
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan,"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". [QS. Ibrahim, 14 : 7]
Harga selautan syukurku hanyalah setitis nikmatku di bumi. Ya Allah, terasa begitu tenang sekali malam ini. Walaupun diriku penuh dengan 'assignment', projek, 'research paper', namun, entah mengapa aku merasakan sangat tenang pada malam ini. Terima kasih ya Allah.
Mungkinkah esok aku masih ada untuk menikmati ketenangan ini? Atau mungkin sahaja inilah ketenangan yang terakhir bagiku. Dosaku menggunung tinggi, hanya Allah sahaja yang tahu. Diri ini sudah banyak melakukan kesilapan. Masa terbuang begitu sahaja.
Imam Al-Ghazali pernah menanyakan soalan kepada anak-anak muridnya :
"Apakah yang paling jauh?"
Pelbagai jawapan diberi dan tidak satu pun mengena.
Kemudian beliau menjawab, "Yang paling jauh adalah masa yang telah berlalu."
Ya Allah, rahmat-Mu sentiasa luas, dihamparkan kepada hamba-hamba-Nya. Aku tahu, malam ini aku insaf, tetapi tatkala aku memulakan hari yang baru, aku mula menjauhkan diri dari-Mu. Aku sentiasa memungkiri janjiku kepada-Mu. 5 kali sehari wajib aku berjanji kepadamu.
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah."
Namun, usai sahaja aku melipat sejadah, aku kembali kepada aku yang dahulu. Ya Allah...
Alhamdulillah, aku bersyukur kepadamu ya Allah, kerana diberikan ketenangan sebegini rupa. Sudah berapa lama aku tidak mendekatkan diri sedekatnya kepada-Mu. Aku tahu, walaupun hanya selangkah aku menuju kepada-Mu, beribu langkah pula Engkau rapat padaku.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan"
[QS. al-Hasyr, 59 : 18]
Andai esok aku sudah tiada lagi,
ingin sekali aku meminta kepada Allah,
agar diberikan masa untukku bertaubat.
Itulah manusia,
sentiasa kembali apabila terhimpit,
terlupa apabila senang.
Ya Allah, tetapkanlah hatiku ini. Semoga diri ini terus berada di atas jalan yang benar. InsyaAllah...
p/s : terasa ingin menulis entri, alhamdulillah, syukur ya Allah...
-freezer_always-
-4.14 a.m.-
-24/3/2011-
Ketenangan yang amat sukar dicari...