1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, dan juga sebab untuk kita semua ketawa dan menangis. Banyak air mata telah mengalir di atas muka bumi yang indah dengan ciptaan-Nya ini. Airmata yang mengalir ke pipi dan terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah putus menjatuhkan airmata dengan pelbagai sebab.
TANGISAN TERCELA ATAU TERPUJI???
-->Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan
meraung dan memukul-mukul dada.
-->Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau menangis kerana takut akan azab
dan siksa Allah.
TANGISAN DAPAT MEMADAMKAN API NERAKA
Rasulullah saw bersabda :
"Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila airmatanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali airmata. Sesungguhnya airmata dapat memadamkan lautan api neraka."
AIRMATA TAUBAT NABI ADAM A.S.
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat
takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas
gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah
Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai
Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!."
AIRMATA YANG TIADA DITUNTUT
- Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita, bukankah Tuhan yang telah
menentukannya.
- Janganlah menangis kerana menonton filem hindustan, kerana itu kan cuma lakonan.
- Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas, mungkin dia bukanlah
jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
- Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan, mungkin kita kurang
membuat persediaan.
- Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan, mungkin kita
kurang bersedekah buat amalan.
- Janganlah menangis kalau tiada pekerjaan, kerana rezeki
itu adalah pemberian Tuhan.
Oleh itu.....
Simpanlah airmata2 tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat keampunanNya jua.
Junjungan Mulia S.A.W. bersabda:
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di! waktu malam." "Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat n aungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya." "Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."
Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku menangis atas 3 perkara :
1) Berpisah dengan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil
datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau
neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah S.A.W. bersabda :
Jagalah mayat ketika kematiannya &
perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memiliki mu."
:-)........."sampaikanlah walau satu ayat" al hadis........:-)
semoga kita semua dapat ,engambil iktibar setelah membaca petikan ana di atas yang tidak seberapa itu.
nice article..
ReplyDelete^^