Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Thursday, June 17, 2010

LuQmAn HaKiM II...

11:35 PM Posted by freezer_91 1 comment
2 post la malam ni ek.
Entah kenapa saya kagum sangat tentang kisah Luqman. Betapa setiap bicaranya mempunyai hikmah yang tersendiri. Jika sebelum ini kita bersama Luqman bersama2 nasihatnya, sekarang marilah kita menyusuri kisah hidup Luqman itu sendiri. Setelah membuat "research", inilah hasilnya.
Semoga kita dapat menyusuri kisahnya dengan mata hati kita. BACA DENGAN NAMA TUHANMU!!!

Dan sesungguhnya kami(Allah) telah mengurniakan hikmah(kebijaksanaan) kepada Luqman: Hendaklah engkau bersyukur kepada Allah! Siapa yang, sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan siapa kufur sesungguhnya Allah itu kaya lagi terpuji.

Surah Luqman; ayat 12

Luqman al-Hakim(Luqman yang bijaksana) adalah anak kepada Faqhur bin Nakhur bin Tarikh(Azar), oleh itu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. atau dikatakan juga beliau anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.

Luqman di katakan hidup selama seribu tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s. bahkan pernah menolong Nabi Daud a.s. memberikan hikmah atau kebijaksanaan. Dia pernah menjadi kadi yakni hakim untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.

Para ulama’ sepakat mengatakan Luqman itu seorang ahli hikmah (bijaksana) bukan seorang nabi kecuali Ikrimah dan Assyi’bi sahaja mengatakannya nabi kerana lafaz hikmah dalam ayat ini dimaknakan “kenabian”. Dan dikatakan apabila Luqman disuruh memilih hikmah dengan Nubuwwah(Kenabian) dipilihnya hikmah.

Adalah diceritakan , bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: ” Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukum yang benar?” Jawabnya” Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan aku pilih Afiat(selamat) dan aku tidak mahu bala (ujian). Tetapi jika ditugaskan juga aku akan taat kerana aku tahu bahawa Allah kalau menetapkan sesuatu kepadaku Dia pasti menolong dan memeliharaku.

Kemudian para malaikat pun bertanya” Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi hikmah?” Luqman menjawab: sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, jika tersalah jalan ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik dari dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih dari akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat. Malaikat takjub mendengar kata-kata Luqman. Apabila Luqman tertidur, dia dikurniakan hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah.

Ada pula diceritakan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu @ gembala kambing. Apabila bertemu seorang lelaki dia bercakap penuh hikmah sehingga lelaki itu takjub lalu bertanya ” bukankah engkau seorang gembala kambing?” Luqman menjawab “benar”. Lalu tanya lelaki itu “bagaimana engkau mencapai kedudukan bagini?” Luqman menjawab ” Aku mendapat dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tidak ambil tahu apa yang bukan urusanku”.

Sesetengah ulama’ mengatakan Luqman seorang hamba hitam dari Sudan Mesir, bibirnya tebal dan tapak kakinya retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang Sudan itu 3 orang iaitu Bilal bin Robah, Mahja’ hamba saidina Umar dan Luqman. Orang keempat pula ialah an-Najasyi raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi s.a.w.

Dipetik dari Tafsir al-Quran, Pustaka Mizan, oleh Ahmad Sonhadji Mohamad

LuQmAn HaKiM...

11:09 PM Posted by freezer_91 1 comment
Luqmanul Hakim

Citra hidupmu begitu mempesona
Mutiara hikmah nasihatmu berharga
Pada kata yang tersurat
Ada maksud yang tersirat
Suri tauladan buat panduan umat

Kau tersendiri dalam menabur bakti
Punyai misi untuk dicontohi
Ketinggian budi dan keindahan pekerti
Mengangkat dirimu semulia para nabi

C/O
Peribadimu Luqmanul Hakim
Cermin suluh peribadi mukmin
Kerna kepintaran dan kecerdikan kau disegani
Jati dirimu Luqmanul Hakim
Menjadikan kau insan terpilih
Segalanya diharungi dengan gigih
Terkadang dirimu bagaikan tersisih
Di sisi Tuhan kau tak pernah terpinggir

Biarpun lelah mendera
Kau tidak pernah mengalah
Menempuh ranjau penuh tabah
Terpahat memoirmu
Di kanvas sejarah
Tercatat di Al-Quran dalam satu surah


Mestica-Luqmanul Hakim

Alhamdulillah...
tiba2 shaja tergerak hati untk mndengar lagu ini..
MasyaAllah...terdetik hati ini...untuk menulis post ini..disebabkan sifat2 yg dtnjukkan oleh Luqmanul Hakim sehinggakan tercatat dalam sebuah surah di dalm kitab suci al-Quran..

Di sini..saya ingin berkongsi ttg 25 nasihat Luqmanul Hakim...

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - Org2 yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan
mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu,
maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja untuk tanam2man.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan
dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar2 takut(takwa), tentulah
engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai oleh orang rmai dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging
burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg
terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan
janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang2 yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu
tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura2 membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan
demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg
pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg
tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu
darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riak yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan
kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara,
usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat
daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr
berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata
nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg
selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

MasyaALLAH...betapa hebatnya semua nasihat yg diberikan oleh Luqmanul Hakim...kalaulah kita dapat mengikuti nasihatnya..nescaya kita akan mendapat kebahagiaan yang paling kita cari.

Iaitu kebahagiaan spiritual....aminn..:)

Friday, May 28, 2010

bErSabArlah kErAnA DoSa aNdA SeDang DiHapUskAn(Part 1)

2:40 PM Posted by freezer_91 3 comments
Alhamdulillah...akhirnya cuti sem smpai jgk...lama plak tu..sebelum hanya smggu je..tp untk kli ni...2 bulan!!!amazing!!!!

Di kesempatan ini, saya ingin mmanjat stinggi-tggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana telah mencuit sekelumit perasaan saya untuk terus menulis blog ini. Tidak lupa pula kepada Baginda Rasulullah S.A.W. Oleh kerana perjuangan beliau lah kita dapat menikmati nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam.

Sebelum ini, saya berhajat hanya untuk membiarkan sahaja blog ini. Kerana saya sememangnya tiada masa untuk menulis. Akan tetapi, apabila dilihat semula ke mana saya mnggunakan masa saya, sedih yang teramat kerana banyak masa yang telah dibuang. Harap-harap cerita saya pada kali ini dapat memberi iktibar untuk kita semua.

....

Cuaca panas. Matahari terik. Awan sedikit. Deruan angin yang kering terus-menerus bertiup tanpa henti dan menyegarkan hamba-hamba Allah di atas muka bumi ini. Lokasinya adalah Hentian Sungai Lebey. Di situ terlihat 2 orang anak muda yang baru sahaja turun dari musalla Hentian Lebey dan menuju ke kedai kopi yang berdekatan.
"Man, o... Man. Kau rasakan pukul berapa agaknya kita sampai nanti?"Azri memulakan perbualannya. Mereka sebenarnya baru sahaja turun dari musalla setelah menunaikan solat Dhuha. Bagi mereka ibadat sunat tidak seharusnya dipandang ringan oleh semua umat Islam. Sepatutnya mereka menganggap bahawa ibadah sunat ini adalah sebahagian dari ibadah wajib. Soalan tadi masih belum dijawab oleh Man. Apa yang Azri dengar hanyalah angin yang bertiup sahaja.

"Man!!!!Kau ni kenapa?!!"Azri menepuk bahu Man. Ekoran daripada tepukan itu, Man terkejut dan cuba untuk mengelak daripada dirinya untuk melatah. "Entahlah Ri, aku pun tak tahu apa yang terjadi dengan diri aku sekarang ni. Aku macam tak tentu arah, semua yang aku lihat semuanya tak berguna di sisi aku. Dan aku sendiri tak tahu apa tujuan aku untuk ke universiti. Aku rasa macam otak ak blank."

"Kau biar betul Man. Kau jangan buat aku bimbang. Mengucap Man, mengucap. Ingat Allah. Mungkin ini adalah dugaan dari-Nya"kata Azri cuba menenangkan temannya itu."Oklah kalau macam tu, lepas ni biar aku yang pandu kereta sampai ke u. Kau just duk relax je. Rehatkan minda kau tu. Kau ni, banyak fikir sangat kot. Sebab tu jadi macam tu."

Setelah selesai minum, mereka menuju ke kereta dan meneruskan perjalanan. Azri dan Aiman, dua sahabat karib sejak dari sekolah menengah lagi. Kini, mereka melanjutkan pelajaran di universiti yang sama iaitu UNIVERSITI TARBIYYAH PENDAKWAH ataupun lebih dikenali sbg UTP di Tronoh, Perak.



Bagi mereka, di dunia ini tiada apa-apa yang mereka perlukan. Dunia hanyalah sementara sahaja, disebabkan itulah mereka bertekad untuk melanjutkan pengajian di UTP. Man dan Azri sememangnya satu kelas dan bercita-cita untuk menjadi salah satu golongan daripada 7 golongan yg mndapat perlindungan daripada-Nya di akhirat kelak. Iaitu 2 lelaki yang bertemu dan berpisah kerana Allah S.W.T.

"Man, man, man, bangun man. Kita dah sampai ni", begitulah kata-kata didengari oleh Aiman kerana dia masih lagi dalam keadaan mamai. Sepanjang perjalanan tadi yang memakan masa hampir 4 jam, dia hanya tidur sahaja dan membiarkan Azri untuk memndu kereta. Walaupun dia merasakan telah ckup tidurnya, namun dia masih berasa fikirannya terlalu kosong.

"Aku di mana?Apa aku buat di sini?2x5 berapa?26 kah??", persoalan bertubi-tubi ditujukan kepada Azri setelah sampai di bilik mereka iaitu V3D. Persoalan yang terkeluar dari mulut Aiman itu telah membuat Azri kaget dan tidak mampu berkata apa-apa. Dia berasa ada yang tidak kena dengan sahabatnya itu kerana biasanya dia tidak sebegini dan sentiasa ceria tuannya. Jauh di dalam hatinya, dia berdoa kepada Yang Maha Esa agar tidak berlaku apa-apa terhadap kawannya itu."Dah-dah. aku rasa lebih baik kau pergi mandi dulu. Lepas tu, insyaAllah segarlah tubuh badan tu".

Setelah mandi, mereka bersiap2 untuk pergi menyahut seruan Allah."Ri, jom pergi masjid, aku still rasa blank la. Mungkin di masjid nanti aku akan mendapat sedikit ketenangan".
Mendengar luahan rakannya itu, Azri terus bersetuju untuk pergi ke Masjid An-nur. Perjalanan mereka mengambil masa kira-kira 3 minit sahaja. Tempat masjid ini amatlah strategik kerana ia terletak di antara village2 iaitu V6 dan village yang lain2nya. Masjid ini sentiasa dipenuhi oleh pelajar dan orang2 luar. Pelajar yang tidak berkeupayaan untuk datang ke masjid hanya bersembahyang di surau village masing2.

Setelah selasai solat Maghrib, Aiman mengambil peluang ini untuk bermuhasabah diri sendirian. "Allah....."dia mengeluh panjang. Dia tidak tahu benda apa yang telah memasuki dirinya hinggakan dia tidak mengenal dirinya sendiri. Tidak tahu apa yang dibutnya di sini. Di merasakan tidak ada gunanya dia hidup di atas muka bumi ini. "Entah syaitan manalah yang telah menghasut aku sebegini rupa. Jika ini adalah salah satu ujian-Mu, ak tabah ya Allah".



Dalam dirinya sekarang ini hanyalah kosong. Dia hanya mampu berfikir pada saat itu sahaja dan setelah itu semua pemikirannya akan hilang begitu sahaja. Hafalan tentang pelajaran dan al-Quran bagaikan telah hilang ditiup angin. Dia seakan-akan tiada arah untuk dituju dan tiada matlamat untuk hidup. Itulah ulasan yang paling tepat mengenai diri Aiman pada waktu sekarang ini. Dia terus duduk di situ dengan fikirannya yang kosong. Seminit kemudian, azan Isyak mengejutkannya dan dia terus pergi untuk menunaikan solat berjemaah.

Selepas selesa solat Isyak, mereka berdua terus pulang ke bilik. Sesampainya mereka di bilik, Aiman dengan tiba-tiba sahaja terjatuh!!"Man!!!!!!!",jeritan Azri terlalu kuat sehingga mengejutkan semua penghuni rumah mereka.

......

Apa yang berlaku pada Aiman?
Part 2 nnti dlu ek..hehe..:)..selamat membaca!!~

Assalamualaikum w.b.t.

Tuesday, January 19, 2010

beTul jGk Kn..:p

5:00 AM Posted by freezer_91 4 comments
Assalamualaikum...

tergrak hti la plak nk tulis 2 post mlm ni...post kedua saya nk tlis ttg ape org kte....Other's People Views(lam thinking skills)..hak3..:p...sy cbe tuk bwk 2 wtak yg berbeza...dan inilah jdnya..hak3..:p..

SAYA KATA:

Alaa..rlax r..idup msh pnjg lg..kita kn bru umur 19..
Pnjg lg la..
Tua2 nnti kita taubatlah kuat2..
Biar kita nngis smpai hbis air mata..

SAYA JAWAB:

Orang muda bila dh hidup mmg xkn tua2..
Kecualilah jd mcm pakcik ni..dah btul2 tua..
Ingat orang muda..idup mmg msh pnjg..
Tapi belum tentu masih panjang lagi..
Entah2 esok lusa Izrail datang menjemput..

..................................................


SAYA KATA:

Exam tuh ssh la..
Kna blaja sggh2..
Bia ape org kte..
Jnji kita berjaya..
Alaa..hbskn tjuk ni jer..lps ni pergi smbhyg la..smbhyg pn kna cpt2..nnti xsmpt nk hbskn bcaan..mls la nk tdo n bgn qiam..baik bca buku smpai hbis..

SAYA JAWAB:

Exams tu senang aje..
Dah ada tarikh untuk diuji..
Dah ada syllabus untuk diikut..
Kalau ajal.. entah bila siapa pun tak tahu..
Banyak pula tu peringkat ujiannya..
Dan berapa bykkah kita tlh mmbca buku slps ajal?..
Munkar Nankir, Neraca Mizan..etc...etc...

....................................................

SAYA KATA:

Jadikanlah hari jadi kita sbg stu hri yg xdpt dlpakan..
Keluarkah dan celebrate lah dgn rkan2 dan dgn tmn istimewa..
Biarkn si dia dpt mnnjukkan btapa ksihnya dy kpda kita..
Pergilah dan raikanlah!!~..

SAYA JAWAB:

Setiap kali tibanya hari jadi kita..
Kita semakin dekat dengan kematian..
Ingatlah kematian xkre mse dan tmpt..
Dan ingtlah sjauh mna anda tlah memnfaatkn msa sthun anda yg lps..
Tmn istmwa dan rkan xkn tlg kita msk syurga dan xkn mmbela kita..sbb mreka pn ad dri sndri untuk dbela...

........................................................

SAYA KATA:

Hidup mstilh mncri psgn hdup yg btul2..
Perlulah bermula dr wktu sklh lg..
Mnyintai si dia dr sklh..
Mnyintai dgn spnuh htiku..
Ssgghnya dia la yg prtma dan trakhir..
Dan ak ykin..dialah yg terbaik buatku..I miss him!!!I love him!!!MISS U!!!~(yuckss~)

SAYA JAWAB:

Wawawawa..
Bercinta xslh..tp hndklh dgn cra yg btul..
Bknnya dr wktu sklh ke ape ke..
Mmg "suck"(sorry 2 say)..
Xsdar ke siapa spttnya kita cintai??
Xsdar kah siapa yg spttnya kita curahkah sgla prasaan kita??
Awek @ pkwe...apa sgtla..fkirla mnusia oii!!!~..
Xbleh ke kte tkrkn h bg "him" kt ats td jd hruf besar??
I miss Him!!!I love Him!!!!MISS HIM!!!
Taip mmg sng...tp mmbuatnya hny empunya dri yg thu...

........................................................

SAYA KATA:

Cari lah kerja yg hbat2..
Gaji besar2..
Baru hdup ini puas!!!~..

SAYA JAWAB:

Ye ke hati dah puas??
Dah cukup ibadah nak tmpah kubur luas-luas?
Dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
Dah ckup zikir untuk santapan rohani?
Dah ckup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?


WAHAI MANUSIA!!!SEDARLAH!!!BANGKITLAH!!!!LEPASKANLAH ALAS KAKIMU!!!!SUJUDLAH MENYEMBAH KEPADA YANG ESA!!!!

CRILAH CINTA YANG SEMPURNA!!!!TINGGALKANLAH SEGALA PERKARA YANG DIMURKAI!!!!TIDAK TAKUTKAH KAMU TERHADAP ALLAH KELAK??!!!~

sy mngglkan anda smua dgn stu soalan..jwbla dgn jjur...

Selama ini. kita sering igtkn siapa?Di sekolah..di ktil sblum kita tidur..sblum kita mkn..???....

kEraNa SeLemBar BuLu MaTa

4:04 AM Posted by freezer_91 1 comment
fuhss...seriously...dh lme xupdate blog ni..dh bersarang lme dh..nk kmas2 la skit blog ni...hri ni nk update la skit..hu3..maaf krana sdh lme xupdate blog ni..hu3...

mak aihh...labah2 pn ad lam blog ni..mmg sah2 dh lme xupdate nh..mne xnye..dh thn bru ni...n post yg lps adlh pd bln November thun lps..hu3..

mood..:..epi jer..:)

assalamualaikum...di sini saya ingin berkongsilah sedikit cerita..moga2 dpt mmberi pengajaran kepada kita semua...:)

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi dia berkeras membantah. "Tidak!! Demi langit dan bumi perkara itu adalah tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau sememangnya telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun berkata,"di manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tidak ada seorang pun kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya sbg si pemerhati."
Disusul oleh telinga, "Saya sbg si pendengar."
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya sbg si pencium."
Bibir mengaku, "Saya sbg si perayu."
Lidah menambah, "Saya sbg si penghisap."
Tangan meneruskan, "Saya sbg si peraba dan peramas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah!!! kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membela dirinya lagi. Dia telah putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan itu, tiba2 terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Sayapun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg sunyi, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika dia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabi pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?

Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia
telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan diantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara kepada
para penghuni syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga kerana pertolongan selembar bulu mata." Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."

Surah Al-Ashr

dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

igtlah whai mnusia..ssghnya hri smkn hmpr ke pnghujungnya..bertaubatlah...insaflah...dab muhasabahlah diri kita sendri..yg sdg mnulis ini pun msh byk kslpn..terlalu lemah dri ini rsanya...masing2 lah kita slg ingt mengingati antara satu sama lain...insyaAllah...:)

assalamualaikum......