Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Friday, May 28, 2010

bErSabArlah kErAnA DoSa aNdA SeDang DiHapUskAn(Part 1)

2:40 PM Posted by freezer_91 3 comments
Alhamdulillah...akhirnya cuti sem smpai jgk...lama plak tu..sebelum hanya smggu je..tp untk kli ni...2 bulan!!!amazing!!!!

Di kesempatan ini, saya ingin mmanjat stinggi-tggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana telah mencuit sekelumit perasaan saya untuk terus menulis blog ini. Tidak lupa pula kepada Baginda Rasulullah S.A.W. Oleh kerana perjuangan beliau lah kita dapat menikmati nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam.

Sebelum ini, saya berhajat hanya untuk membiarkan sahaja blog ini. Kerana saya sememangnya tiada masa untuk menulis. Akan tetapi, apabila dilihat semula ke mana saya mnggunakan masa saya, sedih yang teramat kerana banyak masa yang telah dibuang. Harap-harap cerita saya pada kali ini dapat memberi iktibar untuk kita semua.

....

Cuaca panas. Matahari terik. Awan sedikit. Deruan angin yang kering terus-menerus bertiup tanpa henti dan menyegarkan hamba-hamba Allah di atas muka bumi ini. Lokasinya adalah Hentian Sungai Lebey. Di situ terlihat 2 orang anak muda yang baru sahaja turun dari musalla Hentian Lebey dan menuju ke kedai kopi yang berdekatan.
"Man, o... Man. Kau rasakan pukul berapa agaknya kita sampai nanti?"Azri memulakan perbualannya. Mereka sebenarnya baru sahaja turun dari musalla setelah menunaikan solat Dhuha. Bagi mereka ibadat sunat tidak seharusnya dipandang ringan oleh semua umat Islam. Sepatutnya mereka menganggap bahawa ibadah sunat ini adalah sebahagian dari ibadah wajib. Soalan tadi masih belum dijawab oleh Man. Apa yang Azri dengar hanyalah angin yang bertiup sahaja.

"Man!!!!Kau ni kenapa?!!"Azri menepuk bahu Man. Ekoran daripada tepukan itu, Man terkejut dan cuba untuk mengelak daripada dirinya untuk melatah. "Entahlah Ri, aku pun tak tahu apa yang terjadi dengan diri aku sekarang ni. Aku macam tak tentu arah, semua yang aku lihat semuanya tak berguna di sisi aku. Dan aku sendiri tak tahu apa tujuan aku untuk ke universiti. Aku rasa macam otak ak blank."

"Kau biar betul Man. Kau jangan buat aku bimbang. Mengucap Man, mengucap. Ingat Allah. Mungkin ini adalah dugaan dari-Nya"kata Azri cuba menenangkan temannya itu."Oklah kalau macam tu, lepas ni biar aku yang pandu kereta sampai ke u. Kau just duk relax je. Rehatkan minda kau tu. Kau ni, banyak fikir sangat kot. Sebab tu jadi macam tu."

Setelah selesai minum, mereka menuju ke kereta dan meneruskan perjalanan. Azri dan Aiman, dua sahabat karib sejak dari sekolah menengah lagi. Kini, mereka melanjutkan pelajaran di universiti yang sama iaitu UNIVERSITI TARBIYYAH PENDAKWAH ataupun lebih dikenali sbg UTP di Tronoh, Perak.



Bagi mereka, di dunia ini tiada apa-apa yang mereka perlukan. Dunia hanyalah sementara sahaja, disebabkan itulah mereka bertekad untuk melanjutkan pengajian di UTP. Man dan Azri sememangnya satu kelas dan bercita-cita untuk menjadi salah satu golongan daripada 7 golongan yg mndapat perlindungan daripada-Nya di akhirat kelak. Iaitu 2 lelaki yang bertemu dan berpisah kerana Allah S.W.T.

"Man, man, man, bangun man. Kita dah sampai ni", begitulah kata-kata didengari oleh Aiman kerana dia masih lagi dalam keadaan mamai. Sepanjang perjalanan tadi yang memakan masa hampir 4 jam, dia hanya tidur sahaja dan membiarkan Azri untuk memndu kereta. Walaupun dia merasakan telah ckup tidurnya, namun dia masih berasa fikirannya terlalu kosong.

"Aku di mana?Apa aku buat di sini?2x5 berapa?26 kah??", persoalan bertubi-tubi ditujukan kepada Azri setelah sampai di bilik mereka iaitu V3D. Persoalan yang terkeluar dari mulut Aiman itu telah membuat Azri kaget dan tidak mampu berkata apa-apa. Dia berasa ada yang tidak kena dengan sahabatnya itu kerana biasanya dia tidak sebegini dan sentiasa ceria tuannya. Jauh di dalam hatinya, dia berdoa kepada Yang Maha Esa agar tidak berlaku apa-apa terhadap kawannya itu."Dah-dah. aku rasa lebih baik kau pergi mandi dulu. Lepas tu, insyaAllah segarlah tubuh badan tu".

Setelah mandi, mereka bersiap2 untuk pergi menyahut seruan Allah."Ri, jom pergi masjid, aku still rasa blank la. Mungkin di masjid nanti aku akan mendapat sedikit ketenangan".
Mendengar luahan rakannya itu, Azri terus bersetuju untuk pergi ke Masjid An-nur. Perjalanan mereka mengambil masa kira-kira 3 minit sahaja. Tempat masjid ini amatlah strategik kerana ia terletak di antara village2 iaitu V6 dan village yang lain2nya. Masjid ini sentiasa dipenuhi oleh pelajar dan orang2 luar. Pelajar yang tidak berkeupayaan untuk datang ke masjid hanya bersembahyang di surau village masing2.

Setelah selasai solat Maghrib, Aiman mengambil peluang ini untuk bermuhasabah diri sendirian. "Allah....."dia mengeluh panjang. Dia tidak tahu benda apa yang telah memasuki dirinya hinggakan dia tidak mengenal dirinya sendiri. Tidak tahu apa yang dibutnya di sini. Di merasakan tidak ada gunanya dia hidup di atas muka bumi ini. "Entah syaitan manalah yang telah menghasut aku sebegini rupa. Jika ini adalah salah satu ujian-Mu, ak tabah ya Allah".



Dalam dirinya sekarang ini hanyalah kosong. Dia hanya mampu berfikir pada saat itu sahaja dan setelah itu semua pemikirannya akan hilang begitu sahaja. Hafalan tentang pelajaran dan al-Quran bagaikan telah hilang ditiup angin. Dia seakan-akan tiada arah untuk dituju dan tiada matlamat untuk hidup. Itulah ulasan yang paling tepat mengenai diri Aiman pada waktu sekarang ini. Dia terus duduk di situ dengan fikirannya yang kosong. Seminit kemudian, azan Isyak mengejutkannya dan dia terus pergi untuk menunaikan solat berjemaah.

Selepas selesa solat Isyak, mereka berdua terus pulang ke bilik. Sesampainya mereka di bilik, Aiman dengan tiba-tiba sahaja terjatuh!!"Man!!!!!!!",jeritan Azri terlalu kuat sehingga mengejutkan semua penghuni rumah mereka.

......

Apa yang berlaku pada Aiman?
Part 2 nnti dlu ek..hehe..:)..selamat membaca!!~

Assalamualaikum w.b.t.

3 comments :