Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Thursday, December 29, 2011

Sekadar Menghias

8:04 AM Posted by freezer_91 1 comment


Kita semua melalui satu proses di mana setiap hari yang mendatang akan bertambahlah umur kita dan semakin pendeklah jarak kita dengan kematian. Tidak ada siapa yang boleh menjangka apa yang akan berlaku esok, mungkin kita boleh mengagak tetapi hanya Allah sahaja yang menentukan kehidupan ini. Mungkin kadang-kadang kita merasakan kita amat lemah dan tidak mampu melakukan sesuatu tugasan itu, tetapi dengan izin Allah, kita boleh buat perkara tersebut. Namun, ada yang merasakan dirinya amat besar, dirinya amat kuat, mampu melakukan semua perkara, tetapi dia gagal dalam hidupnya.

Tatkala berada di zaman sekolah rendah dahulu, ada kawan-kawan kita yang selalu mendapat nombor satu, nombor dua mungkin, boleh dikatakan sebagai 'top student'. Akan tetapi bukan semua yang mampu untuk meneruskan keberjayaan mereka sehingga ke hari ini.

“Maka (fikirkanlah) adakah orang yang dihiaskan kepadanya amalan buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya baik, kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah kamu membinasakan dirimu (Wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan”
[QS. Fatir, 35:8]

Dalam agama Islam, antara perkara besar yang ditekankan adalah perkara yang dinamakan tawakkal. Iaitu kita bergantung kepada Allah S.W.T. Manusia disuruh berusaha tetapi manusia kena yakin bahawa di atas segalanya adalah kuasa Allah S.W.T.


"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya...."
[QS. at-Talaq, 65:2-3]

Ayat ini kita selalu nampak di kedai-kedai mamak, yakni ayat seribu dinar. Rezeki ada dimana-mana sahaja, mungkin tatkala kita bercakap tentang rezeki, kita hanya nampak sebuah pekerjaan di mana mempunyai gaji yang besar. Namun, adakah kita sedar bahawa kita dapat makan itu adalah satu rezeki yang Allah berikan. Mungkin Allah berikan kurnia dalam hidup kita walaupun tatkala kita berfikir, kita tidak akan mampu memilikinya dengan kadar kebijaksanaan dan kekuatan kita. Kerna Allah adalah Maha Memberi Rezeki.

Cukuplah Allah bagi diri kita semua ini. Suka ingin berkongsi mesej yang diterima dari beberapa orang sahabat pada hari lahir yang lepas.


“Ya Hayyu, Ya Qayyum, (Wahai Tuhan Yang Maha Hidup & Maha Berdiri). Dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Baikilah urusanku semua sekali, janganlah Engkau serahkan nasibku kepada diriku sendiri, walau hanya sekelip mata.”
[Hadis Riwayat an-Nasaie]


"Hari ini adalah hari lahirmu, hari ini bertambah lagi usiamu, hari ini bertambah jua tanggungjawabmu, hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang dek ujian yang akan mendatang. hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu melambung onak dan duri. Hari ini allah telah memendekkan lagi jarakmu dengan-Nya. Semakin berkurang tempoh untuk beramal, semakin kubur mempersiap tempat untukmu. Semakin bersedia malaikat maut datang menjemput, semakin dekat masa amalan dapat dihitung dan semakin hampir haruman Firdausi atau azabnya Jahannam."

"Mereka yang menyahut seruan Allah (agar meneruskan jihad) setelah mengalami luka-luka (dalam peperangan Uhud), bagi mereka yang berbuat baik (mentaati Allah dan Rasul) dan bertaqwa mendapat ganjaran yang besar. Mereka ialah orang-orang yang apabila diberitahu; bahawa musuh sedang berkumpul untuk memerangi kamu, maka takutlah kepadanya. Tiba-tiba iman mereka bertambah dan mereka berkata; "Cukuplah Allah (yang menolong kami) dan sebaik-baik yang kami bertawakkal kepada-Nya"[QS. al-Imran, 3:172-173]

Kita punya kehidupan, kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku di masa hadapan. Bertawakkallah. Ada kadangkala Allah uji hidup kita, namun ingatlah, cukuplah Allah yang menolong kita semua. Dan apabila kita lihat, sampai satu saat kita lalui masalah tersebut bagai air yang mengalir laju sahaja. InsyaAllah.


-freezer_always-
-7.54 a.m.-
-29/12/2011-

Aku mencari hatiku yang hilang...


haha, jeng jugak aku nih..haha, mslh sggh klu dei tgk bnda ni gk..haha


sneak peek, tak tahu la bile nak siap video nih, kekeringan idea, baru 4 minit siap, target 10 minit lebih, hahaha...=="

1 comment :