“Sepanjang kita belajar dengannya, sedikit pun tidak terserlah keluarbiasaannya,” kata salah seorang anak muridnya.
“Berbanding dengan guru-guru lain di tempat kita, guru kita ini tidak punya apa-apa keistimewaan. Semua yang ada padanya biasa-biasa saja,” tambah yang lain.
“Betul. Aku dengar guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dari celah-celah jarinya. Malang betul nasib kita..”
Akhirnya, sungutan-sungutan itu kedengaran sampai ke telinga ulama tua itu. Lalu beliau bertekad untuk memberi pengajaran yang berguna kepada anak-anak muridnya. Ketika mengajar pada suatu hari, beliau dengan sengaja telah melepaskan kapur ketika menulis di atas papan hitam. Namun anehnya kapur itu tidak jatuh..sebaliknya terus bergerak dan menulis perkataan yang hendak ditulis oleh ulama tua itu.
Melihat kejadian aneh itu, semua anak muridnya berdiri dan melopong kekaguman. Tidak sangka bahawa selama ini rupanya ulama itu turut memiliki karamah. Melihat kekaguman anak-anak muridnya, guru yang tua itu menepuk papan hitam dengan kuat lantas berkata, “Aku sangat hairan melihat sikap akmu semua. Melihat kapur ini menulis hanya beberapa ketika telah membuat kamu kagum. Bagaimana dengan aku yang telah menulis selama 40 tahun di papan hitam ini?”
Jadi, di sini kita boleh lihat bahawa hakikatnya istiqamah itu adalah lebih hebat daripada karamah.Allah sangat cintakan amalan istiqamah sekalipun sedikit. Orang yang istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang memperoleh karamah. Sejarah mencatatkan betapa ramai yang pernah diberikan karamah sesat kerana iman yang tidak istiqamah.
-freezer_always-
-09/09/10-
-08.12 a.m.-
0 comments :
Post a Comment