Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Wednesday, September 8, 2010

iMpiAnKu...

12:58 PM Posted by freezer_91 2 comments
Terfikir sejenak, betapa diri ini terlalu hina akibat terikut2 dengan dunia dan hawa nafsu.Walaupun telah dikurniakan pelbagai nikmat oleh Allah S.W.T. sehinggakan diri ini mampu untuk menilai baik dan buruknya dunia ini, tetapi diri tetap kecundang dihayutkan oleh gelombang duniawi. Itulah "MANUSIA", jiwa ingin kembali kepada fitrah tetapi diri tetap memilih kegelapan.

Apa yang terjadi pada diri aku?!Ya, aku ingin berubah dan kembali ke jalan yang benar!Aku ingin kembali sujud dan menghina diri ini di hadapan Allah. Tetapi, kenapa, kenapa, dan kenapa aku masih lagi belum berjaya untuk membuat semua itu!

Iman...Yazid wa Yankus.
Ya, iman ini menaik dan menurun. Tetapi mengapa iman di dalam diri ini terasa terus menurun dan tidak menaik langsung.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”
[Ali Imran : 8]

Apabila diri ini mendengar peringatan agama, hati tersentuh dan menggeletar. Niat ditekadkan supaya meninggalkan segala maksiat dan kembali kepada fitrah yang sebenarnya.Ya, itu yang aku maksudkan...mata dikunci dari kemaksiatan, mulut dikunci dari kata yang sia-sia, kemaluan ditahan dari kejahatannya, tangan dan kaki digari dari melakukan fitnahnya.

Ah, sudah aku tahu penyudahnya. Hanya bertahan seketika sahaja. Selepas itu, kembali ke jalan jahiliyah semula. Dengan kehadiran halaqah compang camping, al-Quran baca tidak baca. TETAPI!!Hati ini tetap meronta ingin kembali ke jalan agama. Bagaimanakah caranya aku boleh kembali kepada fitrah Islam yang sebenar?

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)."
[Al-Qasas : 56]

Ternyata, jiwa diri terlalu sedih dengan ayat ini. Mengapa? Kerana jiwanya terasa belum diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.

Teringat akan hadis yang bermaksud;

"Wahai hamba2-Ku ! Kamu sekalian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayah kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayah daripada-Ku, nescaya Aku akan memberi hidayah itu kepadamu"
-(Hadis 40 oleh Imam An-Nawawi)-
*(betulkan jika salah)*

Jiwa diri ini kembali bersinar setelah mendengar hadis ini. Mengapa? Kerana diri ini tidak meminta kepada-Nya. Bagaimana hendak memberi jika tidak meminta.

Marilah kita sama2 berdoa kepada Maha Pemberi Hidayah. Angkatlah kedua2 belah tanganmu wahai manusia semua, janganlah engkau sombong di hadapan Allah. Tidak takutkah engkau akan azab Allah yang menanti?

"Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat".
[Al-Baqarah : 7]

Marilah kita berdoa...

"Ya Allah, setelah Kau beri ilmu kepadaku, ternyata ilmu ini tidak banyak memberi manfaat kepada diriku, malah terkadang aku ini seperti manusia yang tidak diberi ilmu dan tidak diberi petunjuk. Ya Allah, Engkaulah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, maka kurniakan aku petunjuk kepada jalanMu, Ya Allah! Kurniakanlah aku kekuatan untuk melaksanakan syariatMu. Sesungguhnya, segala kekuatan adalah milik-Mu Ya Allah"

Ternyata, doa itulah senjata orang2 mukmin. Doa telah membangkitkan keyakinan dan semangat orang mukmin untuk meneruskan kehidupan dengan syariat Allah. Dengan doalah, orang-orang mukmin tidak putus harapan kepada Allah swt.

Benarlah apa yang dijanjikan oleh Allah,

"Berdoalah, nescaya akan Ku kabulkan permintaanmu".

Nukilan si hina kepada Penciptanya...
-freezer_always-
-08/09/2010-
-12.58 p.m.-

Monday, September 6, 2010

Aidilfitri dan Ramadhan...

2:55 AM Posted by freezer_91 No comments
Aidilfitri belum menjelang tiba lagi,
Usah diucap "Selamat Hari Raya" untukku,

Kerna...
Ramadhan sudah ingin berlalu pergi meninggalkanku,
Aku tidak berkenan untuk meraikan apa2 pn pda wktu ini,

Kerna...
Waktuku hnylah untk Ramadhan sahaja,
Sekarang ini, aku hanya peduli Ramadhan dan Tuannya sahaja,
Aidilfitri belum tiba lagi, dan aku tidak thu sama ada aku lyk ataupun tidak untk meraikannya,

Kerna...
Aidilfitri hnylah hari kemenanga untuk org yg beribadah dgn sepnuh jiwa dan raganya di bulan Ramadhan, bulan yg paling mulia...

Pabila Ramadhan tiba,
Ramai orang menyambutnya,
Namun pabila hari berganti hari,
Orang2 tersebut sudah lagi tidak kelihatan lagi,
Ramadhan baginya hnyalah sekadar pada nama sahaja,
Iman dan taqwa di dalam hati sdah pergi jauh sama sekali,
Ramadhan berlalu tnpa berkta2,
Wlaupun kesdihan di hati(Ramadhan) terlalu sukar untuk disimpan...

-Afif-
-3.05 a.m.-
-06/09/2010-

Friday, September 3, 2010

SuAsAnA dI sAnA...

3:53 PM Posted by freezer_91 1 comment
Imam Abu Daud dan al-Hakim meriwayatkan drp Hasan al-Basri daripada Aisyah r.ha. isteri Nabi s.a.w., ia berkata: “Suatu hari aku teringat akan neraka sehingga membuatku menangis. Rasulullah s.a.w. lalu bertanya kepadaku, ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Aku menjawab: ‘Aku teringat akan neraka, lalu aku menangis. Apakah anda akan mengingat keluarga anda nanti pada hari kiamat?’”



Rasulullah s.a.w. menjawab yang bermaksud: “Adapun pada saat tiga keadaan, maka tidak ada seorang pun yang akan mengingati orang lain. Iaitu (pertama) pada saat penimbangan (amal) hingga ia tahu timbangan kebaikannya lebih berat atau lebih ringan. (Kedua) pada saat buku-buku catatan amal beterbangan hingga ia tahu buku itu jatuh ke tangan kanannya, tangan kiri ataukah dari belakangnya? Dan (ketiga) pada saat melintasi titian (sirat) yang terletak di atas neraka hingga ia melaluinya.”

Thursday, June 17, 2010

LuQmAn HaKiM II...

11:35 PM Posted by freezer_91 1 comment
2 post la malam ni ek.
Entah kenapa saya kagum sangat tentang kisah Luqman. Betapa setiap bicaranya mempunyai hikmah yang tersendiri. Jika sebelum ini kita bersama Luqman bersama2 nasihatnya, sekarang marilah kita menyusuri kisah hidup Luqman itu sendiri. Setelah membuat "research", inilah hasilnya.
Semoga kita dapat menyusuri kisahnya dengan mata hati kita. BACA DENGAN NAMA TUHANMU!!!

Dan sesungguhnya kami(Allah) telah mengurniakan hikmah(kebijaksanaan) kepada Luqman: Hendaklah engkau bersyukur kepada Allah! Siapa yang, sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan siapa kufur sesungguhnya Allah itu kaya lagi terpuji.

Surah Luqman; ayat 12

Luqman al-Hakim(Luqman yang bijaksana) adalah anak kepada Faqhur bin Nakhur bin Tarikh(Azar), oleh itu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. atau dikatakan juga beliau anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.

Luqman di katakan hidup selama seribu tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s. bahkan pernah menolong Nabi Daud a.s. memberikan hikmah atau kebijaksanaan. Dia pernah menjadi kadi yakni hakim untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.

Para ulama’ sepakat mengatakan Luqman itu seorang ahli hikmah (bijaksana) bukan seorang nabi kecuali Ikrimah dan Assyi’bi sahaja mengatakannya nabi kerana lafaz hikmah dalam ayat ini dimaknakan “kenabian”. Dan dikatakan apabila Luqman disuruh memilih hikmah dengan Nubuwwah(Kenabian) dipilihnya hikmah.

Adalah diceritakan , bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: ” Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukum yang benar?” Jawabnya” Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan aku pilih Afiat(selamat) dan aku tidak mahu bala (ujian). Tetapi jika ditugaskan juga aku akan taat kerana aku tahu bahawa Allah kalau menetapkan sesuatu kepadaku Dia pasti menolong dan memeliharaku.

Kemudian para malaikat pun bertanya” Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi hikmah?” Luqman menjawab: sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, jika tersalah jalan ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik dari dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih dari akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat. Malaikat takjub mendengar kata-kata Luqman. Apabila Luqman tertidur, dia dikurniakan hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah.

Ada pula diceritakan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu @ gembala kambing. Apabila bertemu seorang lelaki dia bercakap penuh hikmah sehingga lelaki itu takjub lalu bertanya ” bukankah engkau seorang gembala kambing?” Luqman menjawab “benar”. Lalu tanya lelaki itu “bagaimana engkau mencapai kedudukan bagini?” Luqman menjawab ” Aku mendapat dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tidak ambil tahu apa yang bukan urusanku”.

Sesetengah ulama’ mengatakan Luqman seorang hamba hitam dari Sudan Mesir, bibirnya tebal dan tapak kakinya retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang Sudan itu 3 orang iaitu Bilal bin Robah, Mahja’ hamba saidina Umar dan Luqman. Orang keempat pula ialah an-Najasyi raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi s.a.w.

Dipetik dari Tafsir al-Quran, Pustaka Mizan, oleh Ahmad Sonhadji Mohamad

LuQmAn HaKiM...

11:09 PM Posted by freezer_91 1 comment
Luqmanul Hakim

Citra hidupmu begitu mempesona
Mutiara hikmah nasihatmu berharga
Pada kata yang tersurat
Ada maksud yang tersirat
Suri tauladan buat panduan umat

Kau tersendiri dalam menabur bakti
Punyai misi untuk dicontohi
Ketinggian budi dan keindahan pekerti
Mengangkat dirimu semulia para nabi

C/O
Peribadimu Luqmanul Hakim
Cermin suluh peribadi mukmin
Kerna kepintaran dan kecerdikan kau disegani
Jati dirimu Luqmanul Hakim
Menjadikan kau insan terpilih
Segalanya diharungi dengan gigih
Terkadang dirimu bagaikan tersisih
Di sisi Tuhan kau tak pernah terpinggir

Biarpun lelah mendera
Kau tidak pernah mengalah
Menempuh ranjau penuh tabah
Terpahat memoirmu
Di kanvas sejarah
Tercatat di Al-Quran dalam satu surah


Mestica-Luqmanul Hakim

Alhamdulillah...
tiba2 shaja tergerak hati untk mndengar lagu ini..
MasyaAllah...terdetik hati ini...untuk menulis post ini..disebabkan sifat2 yg dtnjukkan oleh Luqmanul Hakim sehinggakan tercatat dalam sebuah surah di dalm kitab suci al-Quran..

Di sini..saya ingin berkongsi ttg 25 nasihat Luqmanul Hakim...

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - Org2 yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan
mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu,
maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja untuk tanam2man.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan
dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar2 takut(takwa), tentulah
engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai oleh orang rmai dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging
burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg
terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan
janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang2 yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu
tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura2 membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan
demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg
pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg
tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu
darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riak yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan
kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara,
usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat
daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr
berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata
nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg
selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

MasyaALLAH...betapa hebatnya semua nasihat yg diberikan oleh Luqmanul Hakim...kalaulah kita dapat mengikuti nasihatnya..nescaya kita akan mendapat kebahagiaan yang paling kita cari.

Iaitu kebahagiaan spiritual....aminn..:)