Layakkah Aku Untuk Terus Berada Di Atas Jalan Ini?

Thursday, May 18, 2017

KLIBF 2017

2:19 AM Posted by freezer_91 No comments


Remember this post?

http://freezer91.blogspot.my/2011/05/klibf-2011.html

And now...

Alhamdulillah, buat kesekian kalinya pergi ke KLIBF, after 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016..........~
Tak banyak berubah btw...:'(

But comes 2017,

KLIBF 2017 with my bestfriend, my star, my love, my wife.... :)

Lots of things had changed and yet we survived.

Alhamdulillah.


-freezer_always-
-3/5/2011- -18/5/2017 -
-3.05a.m.- - 2.19 a.m. -

Aku kesesatan ditemani makhluk-Nya yang paling indah, terima kasih ya Allah...

Sunday, August 3, 2014

The Lightning Bolt

5:20 AM Posted by freezer_91 No comments
The Lightning Usain Bolt


Just finish watching 4x100m Glasgow Commonwealth 2014 featuring Usain Bolt. If before this, the main event of any track event is 100m. But with Usain Bolt running in 4x100m instead of 100m, so 4x100m became the main events. Everyone is waiting for his performance just now.

Just think how much impact can we do if we conquer the sports. Everyone should do what they are good at.

Congratulations Usain Bolt for the joyful performance. 9.58 seconds for 100m, world record.

"They said the lightning does not strike twice, but this does."
-Commentator-




-freezer_alwaysz-
-5.18 a.m.-
-3/8/2014-

Tersedar dari tidur dan timbul rasa keinginan untuk update blog. ^_^

Sunday, December 9, 2012

Unzhur : Lihatlah

5:06 AM Posted by freezer_91 No comments
Muhasabahlah dirimu sendiri....
"Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa. 
Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh, oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri."  
-As Syahid Imam Hassan Al Banna-



Assalamualaikum w.b.t.

Sekian lama meninggalkan blog ini, terus dengan keusangan seakan-akan rumah yang ingin runtuh. Namun, malam yang hening ini, hatiku telah dicuit oleh Pencipta hati itu sendiri untuk menulis sedikit perkongsian untuk kita semua. InsyaAllah, yang mana baik ambillah, yang mana buruk jadikanlah ia sempadan untuk memisahkan kita daripada hak dengan yang batil.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi kita diberikan pernafasan yang sempurna, oksigen yang cukup, untuk kita meneruskan hidup ini. Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W. kerana berkat perjuangan baginda, kita dapat menikmati nikmat iman dan juga Islam. Jika orang kata itulah nikmat yang terbesar, maka nikmat memperjuangkan Islam itu sendiri lagilah besar, maka bersyukurlah para daie! Kerna Allah telah menemukan kita dengan jalan ini.



Kerja dakwah adalah kerja kita semua. Setiap orang, tatkala dia melafazkan dia Islam, maka wajib dia untuk menyebarkan Islam. Yang paling penting sekali adalah kita kena tahu kenapa kita perlu untuk menyebarkan Islam. Ini adalah disebabkan kita yakin bahawa Islam itu adalah yang terbaik!

Orang yang tak menyebarkan Islam bukti dia tidak yakin akan Islam. Tidak yakin bahawa Islam adalah yang terbaik! Sebab dia tak yakin lah, dia tidak menyebarkannya. Memang sudah menjadi fitrah manusia apabila sesuatu benda itu baik, mereka akan berkongsi dengan orang lain tapi bagi benda yang tak baik, untuk orang yang hati busuk, mereka akan berkongsilah. Tetapi bagi orang yang hati dia baik, bila dia rasa benda itu baik, maka dia nak orang lain pun merasai apa yang dia rasai. Kemanisan Islam.

Oleh kerana Islam adalah benda yang baik, dan bagi orang-orang yang meyakini dan merasai benda ini, mereka ingin berkongsi dengan orang lain. Bila rasa perkongsian itu timbul, maka timbullah kerja yang kita namakan dakwah.




Kenapa kita ajak orang lain? Sebab kita nak orang lain sama-sama merasai nikmat kemanisan Islam dan kita nak sama-sama mendapat nikmat di akhirat nanti. InsyaAllah.


Sebab itu kita berpegang apa yang Allah firman :

“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” 
 (Q.S. al- Anbiya : 107)

Maka kita umat Nabi Muhammad S.A.W. kena bertindak dan menyifatkan rahmat itu kepada seluruh alam juga.

Bagaimana agaknya sifat sebuah rahmat kepada manusia? Cuba berfikir sejenak, cuba muhasabah diri.

Tentulah rahmat itu adalah dari segi ingin menyelamatkan orang lain, nak bagi orang lain rasa indah di dunia dan juga di akhirat, dan ingin berukhuwah hingga ke syurga. Maka, kerja-kerja Islam ini perlulah diteruskan walaupun terpaksa menempuh mehnah yang pelbagai.


Allah berfirman :
"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)." 
(Q.S. at-Taubah : 42)

Ayat ini menceritakan tentang Perang Tabuk.


"...tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka..."


Benda ni jauh, jauh ni membawa makna mungkin kita sempat untuk melihat hasilnya atau mungkin tidak. Jauh ini adalah akhirat, bukan dunia. Hasilnya bukan di dunia, tetapi hasilnya adalah di akhirat. Hasil yang kita dapat di dunia belum menentukan bahawa kita mendapat kebaikan daripada kerja kita itu. Sebab itulah letakkanlah di setiap kerja atau perbuatan kita, akhirnya adalah akhirat. Tak menang di dunia tak apa, tetapi yang paling penting kita menang di akhirat.




Teringat saya akan kisah seorang sahabat bernama Khabbab al Arat r.a. Dia dibebaskan oleh Saidina Abu Bakar setelah diseksa kerana memeluk Islam. Khabbab telah dibakar, belakang tubuhnya diletakkan di atas bara api sehinggalah api itu padam disebabkan darah dan lemak yang keluar daripada tubuh Khabbab.

Pada suatu petang, Khabbab datang berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. di waktu mana Nabi sedang berehat di bawah bayangan Kaabah. Lalu Khabbah berkata, "Ya Rasulullah, kenapakah engkau tidak berdoa kepada Allah supaya memberikan kemenangan kepada kita. Sudah ramai di antara kita yang diseksa wahai Rasulullah, di kalangan mereka ada diseksa dengan pelbagai bentuk siksaan."

Mendengarkan permintaan Khabbab, Nabi S.A.W. bangun dalam keadaan merah muka Baginda sambil mengingatkan Khabbab :

“ Wahai Khabbab! Sesungguhnya umat dahulu daripada kamu, ada di antara mereka dibelah tubuhnya dengan gergaji sehingga terbelah dua jatuh ke bumi, ada yang disikat tubuhnya dengan sikat besi yang tajam sehingga luruh kulit, daging dan urat mereka, ada yang ditanam hidup-hidup. Kamu ini adalah kaum yang gopoh. Demi Allah! Sesungguhnya Dia menyempurnakan urusan ini dengan memberi kemenangan kepada Islam sehingga orang-orang musafir dari San’a’  ke Hadratul Maut Yaman tidak lagi berasa takut dan bimbang kerana wujudnya keamanan dengan kemenangan Islam melainkan kepada Allah dan bimbang serigala mengganggu kambingnya”.

Perjalanan Islam adalah panjang. Kadangkala ada orang berkata bahawa Islam adalah agama Allah, dan bila agama Allah, Allah mesti tolong tak kira apa pun. Memang betul Allah akan tolong, tetapi bersyarat. Dan pertolongan Allah bukan untuk dunia tetapi adalah untuk akhirat!

Apa sangat yang kita hendak di dunia ini? Yang kita mahu sebenarnya hanyalah bahagia. Apa guna kita ada kuasa tapi tidak bahagia? Apa guna kita banyak duit tapi tidak bahagia? Apa kita sihat dan kuat tapi tidak bahagia?

Jadi, kemenangan yang sebenar di dunia dan akhirat adalah bahagia. Kerna bahagia inilah, ramai orang tersalah sangka bahawa dengan ada kuasa kita bahagia, dengan menjadi kaya kita bahagia, dengan menjadi segak kita bahagia, kita hanyalah menyangka semata-mata.




Betulkah orang kaya bahagia? Kalau kita bertanya kepada mereka, kadangkala mereka sendiri tidak berjumpa dengan kebahagiaan yang mereka cari. Contohnya, kalau kita nak keluar rumah, tak ada masalah langsung, tapi bagi orang kaya, perlunya cctv, perlunya pak guard dua tiga puluh orang untuk menjaga rumahnya. Orang kaya nak tidur malam pun kadang-kadang risau. Kerana apa? Kerana hakikat kebahagiaan yang dicari tidak menepati kebahagiaan yang Allah hendak.

Kadang-kadang kita mencari bahagia dengan membuang sebahagian kebahagiaan yang dia miliki. Contohnya, ibu bapa yang bekerja 24 jam, overtime lagi, kerana apa? Kerana ingin mencari harta untuk diberi kepada keluarganya yang pada sangkanya untuk kebahagiaan. Yang sepatutnya dia hanya bekerja 8 jam sehari, anak-anak dia gembira bersama-sama dengan dia, tetapi kerana hendak cari kebahagiaan hasil daripada harta yang banyak, dia tinggalkan keluarganya. Dia telah mencabut kebahagiaan dalam keluarga yang dia miliki kerana dia nak mengejar kebahagiaan yang dia nak. Ini adalah konsep yang salah dalam mencari kebahagiaan.

Kita letakkan nilai kebahagiaan dalam Islam bukan terletak kepada harta atau sebagainya, tetapi bila kita rasa tenang dan cukup. Nabi S.A.W. pernah bersabda bahawa orang yang fakir adalah orang yang tidak pernah cukup dengan apa yang ada padanya. Kita ini sebenarnya fakir, kerana apa? Tidak pernah cukup! Tetapi sejauh mana kita dapat mengawal kefakiran itu. Jangan sampai kita buat perkara haram untuk dapatkan perkara yang kita nak.

Rasulullah bersabda, “Bukanlah kekayaan itu diukur dengan limpahan kemewahan dunia. Tetapi kekayaan itu adalah kayanya hati. (Hadis Riwayat Muslim) 

Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya apa yang dinamakan kaya adalah kayanya hati, dan faqir adalah faqirnya hati (yang tidak pernah berasa cukup). (Hadis Riwayat Ibnu Hibban. Dinilai sahih oleh al-Albani) 

Rasulullah bersabda, “Redhalah dengan apa yang ALLAH berikan kepadamu nescaya engkau menjadi orang yang paling kaya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai hasan oleh al-Albani) 

Rasulullah bersabda, “Seandainya manusia memiliki lembah berisi harta, tentu ia masih menginginkan harta yang banyak semisal itu pula. Mata manusia barulah penuh jika diisi dengan tanah. Allah tentu akan menerima taubat bagi siapa saja yang ingin bertaubat. (HR. Bukhari no.6437)




-freezer_alwaysz-
-12/9/2012-
-5.05 a.m.-

Betapa indahnya tatkala Engkau mengejutkan hamba-Mu untuk bersujud di malam hari...

Friday, July 13, 2012

Wednesday, July 4, 2012

Teruskan Perjuanganmu

4:41 PM Posted by freezer_91 No comments

"Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh, oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri."

-As Syahid Imam Hassan Al Banna-





-freezer_always-
-4.38 p.m.-
-4/7/2012-

Midsem break starts today and I'm still here...